MEI 26 10: HARI ini, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan menempatkan anggotanya di depan premis judi di seluruh negara untuk mengedarkan risalah membantah judi bola kepada para pengunjungnya.
Ketuanya, Nasarudin Hassan berkata, mereka akan ditugaskan mengedar risalah itu sehinggalah lesen judi bola dibatalkan.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, anggota DPPP akan melakukan tugas itu secara bergilir-gilir mengikut sifnya. Pemuda PAS juga, katanya, menjemput semua insan yang prihatin yang anti-judi, termasuk bukan Islam, untuk membantu mengedarkan risalah tersebut.
Katanya, ini kerana judi diharamkan oleh semua agama. Menurutnya lagi, risalah tersebut akan diedarkan sepanjang waktu operasi premis terbabit, serta bergantung kepada kemampuan sif petugas.
Pemberian lesen judi bola sepak baru-baru ini mendapat tentangan hebat daripada Pakatan Rakyat serta masyarakat Islam dan bukan Islam. Nasruddin sebelum ini telah mengarahkan dewan Pemuda PAS negeri mengadakan demontrasi membantah pemberian lesen judi itu.
Jumaat lalu, demontasi membantah lesen judi itu diadakan serentak oleh lima negeri - Selangor, Perak, Pulau Pinang, Terengganu dan Negeri Sembilan. Manakala Jumaat ini, demonstrasi bantahan yang sama akan diadakan di Kedah, Perlis, Kelantan, Pahang dan Selangor.(AK)
2 comments:
TAHNIAH PAS!!!!!!!!
Di mana Menteri Wanita dari Jelutong yang berakap tentang kerukunan rumha tangga?
Bukankah judi salah satu punca kegagasan rumah tangga dan anak-anak terbiar?
Kenapa Jab Kebajikan Masyarakat perlu menghabiskan ratusan juta ringgit untuk membantua golongan ini, bila semausudah faham judi antara faktor utama semua masalah ini?
Bilakah Menteri dari Jelutong ini nak melakukan anjakan paradigma dan bertindak membentulkan maslah sebenar masyarakat dari menyibyk dalam persoalan lain.
Oh, lupa, menteri ini juga dulu yang amat marah kepada JAWI kerana menahan sedara maranya yang ditangkap minum arak di Kuala Lumpur.
Layakkah orang seperti ini bercakap tentang memperjuangkan wanita Islam di Malaysia???
buat lah cara ISLAM.
judi terang2 haram. Patut ditegah.
memang negara ni majmuk 43% darinya bukan orang Islam
tapi patutkah kita layan mereka yg nak? dan lebih kesal lagi orang yg mengaku Islam pun nak. hairan?
bukankah judi menjerumus orang kelembah kerugian berpanjangan, malah sukar untuk berhenti ketagih judi. Jadi bertaubatlah segera mereka yg tahi judi, masih tidal lewat lagi selagi nyawa dibadan.Jangan tak percaya ada yg berjaya lari dari ketagih tersebut jika benar2 bertaubat.
So Pemerintah kenapa anda benarkan ini berlaku? bukankah mencegah lebih baik dari bertaubat?
Salam rantau
Post a Comment