Monday, May 10, 2010

Sibu: Mana Pemimpin PAS & PKR Nak Letak Muka?

Agenda Daily: Khabar dari Sibu…mana pemimpin PAS dan PKR nak letak muka kalau begini terus

Kasihan tengok nasib pemimpin-pemimpin PAS dan PKR yang berkempen di Sibu. Misalnya di Kampung Hilir dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Nangka, jumlah penduduk di situ yang datang dengar ceramah mereka boleh dibilang dengan jari.

Jam 10.30 malam, hanya kira-kira 20 orang. Ketika Agendadaily singgah di situ, Sabtu malam Exco PKR Kerajaan Selangor Yaakob Sapari sedang berceramah. Beliau macam cakap sorang-sorang saja kerana penonton yang ada buat tak kisah. Mereka berdiri tepi jalan sambil hisap rokok. Barangkali niat sebenar ke situ hanya nak dengar tokoh hebat PAS Datuk Dr Hasan Ali dan Naib Presiden Salahuddin Ayob berucap.

Agendadaily nak tegur kedua-dua mereka segan. Bimbang mereka malu alah kerana tak ramai yang datang nak dengar cakap mereka yang selama ini berapi-api menghentam kerajaan. Lagipun nampak kedua-dua mereka yang sedang tunggu giliran sudah macam orang mengantuk dan riak mukapun tak ada mood langsung.

Sebelum inipun, dah dengar pengundi-pengundi di Sibu bukan macam di semenanjung. Mereka bukan ambil kisah sangat pasal orang luar yang datang berceramah di tempat mereka. Lagipun, PKR dan PAS dikatakan tak begitu relevan kepada mereka. Ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Bandung, Sabtu malam juga kurang dapat sambutan. Bila Agendadaily sampai ke tempat itu ceramahnya dah habis.

Dengar cerita kira-kira 200 orang hadir.Memandangkan banyak orang makan malam di gerai di sekitar tempat itu ia nampak macam ramai. Seorang jentera kempen pembangkang yang ditemui di situ kedengaran merungut kalau begini boleh jatuh standard Anwar. Cuma Anwar yang bernasib baik kerana kes liwatnya bersambung bicara Isnin, beliau bolehlah mengelak datang berkempen ke Sibu.



Mana agaknya pemimpin PAS dan PKR dari semenanjung nak letak muka kalau jumlah yang datang dengar ceramah boleh dikira dengan jari ini berterusan.
Lagi satu yang menarik, walaupun Wong Ho Leong bertanding, yang buat kerja pasang poster dan bendera calon DAP itu terdiri dari muka-muka Melayu.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Biasalah, dalam perjuangan ada pahit maungnya. Itulah antara tarbiah untuk pemimpin.Kalau takut dilamun ombak, jangan berumah di tepi pantai.. Lihat sejarah perjuangan Nabi SAW.

7 comments:

  1. Khalid dan Mariah kena ketuai doa kat gereja minta ubah hati orang Sibu supaya sokong DAP.

    ReplyDelete
  2. dakwah apanya? isunya kat sini, PAS cuma jadik pencacai DAP je kat Sibu. Begitulah setiap kali pilihanraya, petugas PAS penuh komited tolong kempen untuk PKR & DAP. tapi bila dah berkuasa, tiba bab buat keputusan, suara PAS dikesampingkan...

    Ambik jelah contoh jelas di Penang dan Selangor as example. Kalau orang macam Tuan Haji Hasyim pun masih tak nak sedar & tak nak buka pintu hati, saya tak tahu lah nak cakap ape lagi... Teruskanlah diperbodohkan...

    ReplyDelete
  3. ikhtiar tetap kena buat, kalau bukan hari ini, esok mungkin ada, jangan mudah putus asa, sedikit2 lama2 jadi banyak penyokong pr..insyaallah

    ReplyDelete
  4. to Anonymous 4:56pm, macam la ko tu penyokong PAS walhal ko tu penkritik PAS, betul tk? Nk tya ko sket, mane yg UMNO buat 100% ikut AL-Quran dok? Aku cadangkn utk ko byk2 la hadir kuliah agama lebih2 lg tafsir Al-Quran byk pedoman yg ko dapat berbanding ko baca UTusan... Dalam Al-Quran tu bab mentadbir ada, bab hukum ada, bab sejarah ada(pengajaran), bab kekeluargaan ada, bab bermasyarakat ada, bab Akhirat pun ada... Sume yg ko nk tau ada kt situ, kt UMNO ape2 pun tkda... Mengkritik bukan la satu benda yg bijak klu kita ni bodoh dn tk bersumberkn Al-Quran. Ape beza UMNo dgn PAS ko tau ke? Klu sama bgtau la ape yg sama? Pernh dgn istilah ni dok? "Kafir Kitabi"? p cari tok-tok guru UMNO yg buleh oyak gapo dio ni Kafir Kitabi? Kita ni ni sbg MUslim Tok Guru kita Rasullullah Swt, Bukannya Reid, Bukan Obama... Akhirat nanti kne soal, Jwb seperti yg Tok guru ajar, klu tok Gurunya Reid (yg Buat perlembagaan Malaysia) sohih kne tampar ko malaikat.

    ReplyDelete
  5. jgn risau mngnai ceramah...tak perlu mng ceramah
    yg penting pergi berjumpa pengundi...rayu hati depa undi DAP dan sebab2nya....

    ReplyDelete
  6. haram jadah to bn...

    nak luluskan lesn judi..apa pendapat ko anon4:56..kalo ko islam ko jawab soalan ni yer.

    ReplyDelete
  7. Jangan hairan kalau jadi macam itu.Rakyat Sibu tu masih ketinggalan maklumat. Kalau dah kena kurung minda dan tiap-tiap tengok TV1,TV2,TV3 dan yang seangkatan dengan UBN jangan harap lah nak sokong PR. Mak & pak aku dulu camtu lah. Pemikiran rakyat Sibu belum terbuka dan melihat dunia luar sebagai ancaman pada mereka. Biarkan saja sampai angin perubahan itu. Kebenaran akhirnya akan muncul juga. Terutama apabila rakyat Sibu sedar akan kebejatan yang mereka sokong nanti. Kat semenanjung ni selepas 50 tahun, baru 5 negeri sedar bertapa jahatnya UBN ini.

    ReplyDelete