Sunday, May 30, 2010

Taliban Kuasai Sebuah Kota, Apa Tindakbalas AS?

Gambar atas: Puak Taliban yang menang. Bawah: Tentera AS yang gagal..

MEI 30, 10 Muslimdaily.net: Puak Taliban menguasai kota Barg-e-Metal di Propinsi Nuristan, setelah pertempuran sengit dengan pasukan keamanan Afghanistan hari Sabtu, 29 Mei. Para pejabat Afghanistan mengatakan bahawa pasukan Amerika Syarikat (AS) tidak berbuat cukup untuk menghadapi serangan Taliban, menyebabkan sebuah kota di perbatasan Afghanistan timur dengan Pakistan jatuh dan dikuasai mujahidin Taliban.

Seorang ahli dewan rakyat daerah Nuristan, Hawa Alam Nuristani, memberitahu wartawan presstv, pasukan Afghanistan berada di bawah tekanan serangan ribuan pejuang Taliban di daerah bergolak tersebut selama dua minggu terakhir. Pasukan pimpinan AS tidak mampu lagi membantu pegawai keamanan Afghanistan dalam menghadapi Taliban. Jurucakap Taliban Zabiullah Mujahid mendakwa 28 polis tewas, sedangkan 8 lainnya ditawan dalam perebutan kembali wilayah tersebut.

Sementara itu, pemimpin tentera AS sedang merancang serangan besar-besaran sepihak di Pakistan, terutama di daerah kesukuan yang dianggap menjadi markas Taliban Pakistan mahupun Al Qaeda. Menurut The Washington Post Sabtu, 29 Mei ini. Serangan akan dilakukan dalam keadaan yang 'sangat ekstrem'. Terutama bila Presiden Barack Obama mampu meyakinkan parlimen, setelah serangan CIA yang selama ini menggunakan pesawat tanpa manusia tidak menampakkan kejayaan.

Menurut sumber itu lagi, serangan udara paling efektif dalam mengurangi ancaman Al-Qaeda dan lain-lain, tetapi AS perlu berhati-hati untuk tidak merosakkan hubungan tentera dengan Pakistan. "Perancangan telah dimulai kembali setelah kejadian di Times Square," jelas seorang kakitangan pejabat tersebut kepada akhbar itu sambil menunjukkan rencana bom kereta di New York yang gagal. (2MA)

1 comment:

Anonymous said...

Lawan tetap lawan.
Teruskan perjuangan sehingga AS kalah.

Teruskan berdoa spya Mujahidin/Taliban menang..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails