Friday, May 21, 2010

Teroris Jahat Makan Rasuah, Bunuh Orang Tak Berdosa..

CATATAN PERJALANAN MEDAN-ACEH 11
HARI ini saya berada di Medan lagi. Malam tadi di sebuah kedai makan, hujung Jalan Laksana, di Kota Medan, saya sedang duduk-duduk sambil minum-minum ringan. Di depan saya mengadap seorang anak gadis, pelajar sebuah sekolah agama di Medan.

Sebelah petang dan malamnya, dia berkerja di kedai makan itu, untuk menampung kehidupan keluarga, paginya ke sekolah. Kerana dia anak sulung, siapa lagi yang diharapkan untuk membantu keluarga. Ayahnya, seorang penarik beca.

Setelah ada kesempatan bercakap-cakap dan bercerita agak lama, dia bertanya, "Aku nak tanya sikit Pak?". Saya angguk. Katanya, "Guru aku kata, teroris itu jahat.. makan rasuah dan bunuh orang tak berdosa. Betul Pak?"

"Oh. Orang makan rasuah memang jahat, pengkhianat negara. Biasanya mereka adalah pemimpin dan pentadbir negara." Kata saya. "..tapi bunuh orang tak berdosa itu siapa? Siapa bunuh siapa? Ramai orang kata, orang Palestin jahat. Tidak mahu damai. Bunuh sana, bunuh sini. Tak kira, kanak-kanak sekolah pun terbunuh!"

Dia nampak macam tak puas hati. Saya jelaskan lagi.

"Contohnya, sekumpulan manusia masuk ke rumah kamu, rampas semua harta dan rumah kamu sekali, rogol keluarga kamu depan mata kamu. Ayah kamu lawan, dia ditangkap dan diikat. Sambil dia diseret keluar, dibawa ke muka pengadilan mereka. Orang-orang itu berkata kepada ayah kamu, 'Kami tidak apa-apakan kamu dan akan bebaskan kamu jika kamu terima damai dan jangan lawan kami!' Saya nak tanya awak balik, adilkah mereka jika ayah kamu terima damai sedang segala yang dirompak tidak dikembalikan?"

"Memang tidak adil!" Jawabnya. "Tapi, itu di Palestin. Baru sebulan lebih, 6 orang termasuk 2 ustaz di sekolah aku ditangkap. Itu yang aku sedih. Benarkah mereka terlibat dalam keganasan seperti bom di Bali? Sedang mereka orang baik-baik, suka tolong orang dan kuat beribadat? Orang baik takkan buat begitu!"

"Baiklah. Saya sambung lagi cerita tadi. kamu kata tidak adil. Tetapi nak lawan, logik kata takkan boleh menang, kerana tiada kekuatan zahir. Kekuatan senjata tak setanding. Yang tidak lawan mereka, itulah yang dianggap baik sebagai hero. Yang melawan dianggap pengganas atau teroris, seperti kumpulan 'HAMAS' di Palestin, 'Taliban' di Afghanistan, Osama Laden, dan lain-lain. Konon 'bunuh kanak-kanak', sedangkan mereka bunuh dengan melanggar negeri orang tak apa-apa?"

"Tapi, di Indonesia, tidak ada negeri orang Islam yang ditawan atau diserang?" Dia memotong.

"Betul! Tetapi hak kebebasan melaksanakan agama sendiri itu adalah hak asasi manusia. Orang Islam wajib laksanakan syariat, hukum dan perundangan Islam, samada individu, keluarga hingga ke negara. Itu yang golongan-golongan penguasa samada penguasa negara atau penguasa dunia tidak mahu beri! Ada ulama mengatakan 'tidak sempurna iman seseorang itu selagi negaranya masih belum menjadi negara Islam yang sebenarnya.' Itu.. 'tidak sempurna iman'... itu bukan main-main!"

"Nak lawan bagaimana, kita tidak ada kekuatan?" Tanya anak gadis itu lagi.

"Nabi SAW lahir ke dunia bermula dengan seorang diri berdakwah. Memang dia Nabi, Allah tolong... Kita pun Allah janji dalam Al-Quran akan tolong orang yang menolong agamaNya. Kita wajib teruskan dakwah agamaNya. Kan kita sama-sama dengan Nabi, Allah yang itu juga menolong! Dakwah asalnya lembut. Tetapi jadi keras kalau tekanan ke atasnya keras. Itu sebab pendakwah atau pejuang jadi keras. "

"Oh. Begitu!" Mungkin dia mulai faham.

Itulah antara isu yang melanda Medan-Aceh atau Indonesia sekarang. 'Teroris atau pengganas' dijadikan alat meng'kambing hitam'kan lawan. Teroris dipuja jadi sesuatu yang menakutkan, hingga ke sekolah-sekolah dan media. Apakah ini juga perancangan kuasa besar 'bapak syaitan' untuk menggempurkan Islam?

Tapi, "Maaf Pak, sudah jam 11. Ayah aku datang jemput, esok sekolah. Mari aku kenalkan dengan ayahku!"

Saya pun berkenalan dengan ayahnya. Ayahnya seorang anggota Tariqat Naqsyahbandi. Keturunan Batak. Ibunya asal India di Kampung India, Medan, dari agama Hindu berhijrah kepada Islam. Patutlah, nampak ramai anak-anak muda berminat menghampiri dengar kami bercakap. Mungkin kerana rupanya lawa, hidung mancung macam bintang filem Hindusan!

Sekian.

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
Medan, Indonesia.
Mei 21, 10.

Catatan perjalanan sebelum ini siri Medan-Aceh...

Catatan Perjalanan dari Menado ke Aceh..

3 comments:

  1. Assalam Tuan..inilah kejayaan musuh2 ALLAH/ISLAM dlm agenda mereka dlm memusuhi dan membantai habis org2 ISLAM..kejayaan saluran media2 dan pola fikir melalui dalang2 umpamanya guru2..pemerintah duniawi menjadi jln mudah meraka utk melaksanakan divide n rule mereka..maknya kita liat generasi ISLAM sendiri tergoda dan jatuh dlm tangan mereka senang saja dan dari pihak pemerintah jln mudah ialah memgekang atau membantai habis mereka2 yg melaksanakan perintah ALLAH dgn agend .....besar mereka dgn label ..terror..penganas dan sebagainya waima pergolakan ini adalah agenda musuh2 ALLAH/ISLAM insyALLAH ISLAM pasti subor dan MENANG ini janji ALLAH...Yakin terima kaseh Tuan kerana sedikit sebanyak dpt membuak pintu hati Umat ISLAM dlm fitnah besar akhir zaman ini...Umat ISLAM buka mata buka hati mari kita bersatu mempertahan dan meyuborkan ISLAM/ALLAH

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikom Pak Ibnu,
    Tolong kasi contact no gadis hidung mancung itu...!

    Shubhi

    ReplyDelete
  3. Ha ha ha.. Aku poon..

    ReplyDelete