Monday, May 03, 2010

Bukti UMNO Beri Ruang Hina & Saman Sultan -Dr Mohd Hasyim

by ASYOK KUMAR

KL Mei 3,10: SEBUAH Blog LANH14. (http://lanh14.blogspot.com/) mendedahkan sebuah buku yang membicarakan Perlembagaan Negara. Berdasarkan catatan buku itu dinyatakan, Mahkamah Khas Raja-Raja ditubuhkan di bawah Bahagian XV, Perlembagaan Persekutuan pada 29 Mac 1993, memberi ruang kepada pihak Sultan disaman berdasarkan Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 1993 (Kekebalan Raja-Raja).

Buku itu adalah; Teks Pengajian Am STPM Kertas 1 dan 2 (Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd - Oxford). Penulisnya adalah Wong Khek Seng; Raminah Haji Sabran; dan Kok Meng Kee. Dalam Bab 6: Sistem Kehakiman Malaysia ditulis:

Mahkamah Khas (muka surat 183)

1. Mahkamah-mahkamah Khas membicarakan kesalahan oleh pihak-pihak tertentu sahaja.
2. Mahkamah ini tertutup (kecuali Mahkamah Syariah) dan tidak terbuka kepada orang ramai.

Jadual 6:4 (Jenis-jenis Mahkamah Khas di Malaysia) Mahkamah Khas Raja-Raja, kes-kes kesalahan yang dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Sultan-Sultan.

Mahkamah lain adalah Mahkawan Juvenil; Mahkamah Syariah; Mahkamah Tentera; Mahkamah Bumiputera dan Mahkamah Perusahaan.

Mahkamah Khas Raja-Raja (muka surat 185-186)

1. Mahkamah Khas Raja-Raja ditubuhkan di bawah Bahagian XV, Perlembagaan Persekutuan pada 29 Mac 1993.

2. Mahkamah ini membicarakan kesalahan yang dilakukan oleh DYMM atau Sultan mana-mana negeri atas sifat peribadinya.

3. Bidang kuasa mahkamah ini sama seperti Mahkamah Awam yang lain melalui Perlembagaan atau Undang-Undang Persekutuan dan pejabat pendaftarannya adalah di Kuala Lumpur.

4. Prosiding Mahkamah Khas Raja-Raja diputuskan mengikut pendapat majoriti anggota dan keputusannya adalah muktamat.

5. Tindakan atau prosiding mahkamah ini hanya mula dimulakan oleh Peguam Negara.

Keanggotaan Mahkamah Khas Raja-Raja

Perkara 182, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan keadilan mahkamah ini:
1. Dipengerusikan oleh Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan.
2. Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi.
3. Dua orang lain yang memegang atau pernah memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan/Mahkamah Tinggi yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja.

Bidang Kuasa Mahkamah Khas Raja-Raja

1. Mahkamah Khas ini mempunyai bidang kuasa membicarakan semua kesalahan yang dilakukan oleh DYMM atau Sultan negeri-negeri di dalam Persekutuan.
2. Mahkamah Khas memiliki bidang-bidang kuasa sam seperti mahkamah-mahkamah awam yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.
3. Semua prosedur sivil dan jenayah di mahkamah-mahkamah awam boleh dilaksanakan di Mahkamah Khas Raja-Raja.
4. DYMM atau Sultan terpaksa turun takhta jika dipenjara sehari atau lebih.

Berkata penulis tersebut, "Demikianlah, selepas membaca bahagian ini, barulah penulis faham mengapa Karpal Singh begitu berani mahu menyaman Sultan Perak. Dia yakin dia ada hak berdasarkan kewujudan Mahkamah Khas Raja-Raja ini."

Menurut Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar pada masa itu, Kapal tidak akan dapat menyaman Sultan Perak tanpa Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 1993 (Kekebalan Raja-Raja) yang turut disokong oleh Timbalan Perdana Menteri (sekarang ini) Najib Razak dan ramai menteri dan ahli Parlimen BN yang masih berkhidmat sehingga hari ini.

"Pindaan itulah yang mewujudkan Mahkamah Khas kepada raja-raja Melayu," katanya, sambil menambah adalah menghairankan ahli-ahli Umno menunjuk perasaan membantah Karpal.

"Sepatutnya mereka menunjuk perasaan di depan pejabat Najib membantah tindakan beliau dan para pemimpin Umno dan BN lain yang menyokong dan meluluskan rang undang-undang yang membolehkan raja-raja Melayu disaman," katanya.

Karpal, katanya, tidak akan mendapat laluan jika pemimpin Umno dan BN tidak menyediakan laluan dengan pindaan Perlembagaan 1993 itu. "Adalah kelakar jika orang menggunakan laluan untuk menyaman raja-raja Melayu sahaja dimarahi sedangkan orang yang menyediakan laluan itu tidak dimarahi," katanya.

Menurut editor Blog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim, sewaktu dihubungi sebentar tadi, "..berdasarkan fakta buku Pengajian Am itu, adalah penting bagi Umno terutama pemuda dan puterinya yang berpendidikan tinggi atau sekurang-kurangnya lepasan STPM yang sudah belajar Pengajian Am, memikirkan secara rasional, siapakah sebenarnya yang belot kepada Sultan dan Raja-raja Melayu."

Katanya, UMNOlah yang membuka ruang supaya Sultan boleh disaman. Pelawat-pelawat blog ini sendirilah boleh menilainya. Siapa hina dan siapa pembelot kepada Sultan. Pihak Sultan diingatkan jangan terperangkap lagi dengan politik jahat UMNO. Diamanahkan sokong, tetapi menolak supaya rebah! Diamanahkan pagar, tetapi memakan padi! (AK)

Lihat sebelum ini...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails