Tuesday, May 11, 2010

UMNO: Sejak Dulu Loteri Halal, Tangkap Loteri Haram!


Suami isteri disyaki anjur loteri haram ditahan.
KUALA TERENGGANU MEI10, 10
: Polis menahan sepasang suami isteri yang dipercayai terbabit kegiatan loteri haram dengan anggaran nilai pertaruhan mencecah RM500,000 sebulan dalam serbuan di sebuah rumah di pangsapuri Permit Harmoni, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP Fauzi Abduri, berkata dalam serbuan dilakukan 5.30 petang semalam, polis menahan seorang lelaki tempatan berumur 59 tahun dan isterinya, 55, ditahan 20 minit kemudian sebaik pulang ke rumah.

"Siasatan awal kita mendapati pasangan itu telah menjalankan kegiatan haram itu sejak empat tahun lalu di sekitar bandar ini yang membabitkan anggaran nilai pertaruhan menjangkau RM11,000 setiap hari dan mencecah RM500,000 sebulan.

"Pasangan ini menggunakan rumah kediaman mereka sendiri sebagai tempat mengumpul pertaruhan bertujuan mengelak dari dikesan oleh pihak berkuasa.

"Hasil pemeriksaan, kita telah merampas satu unit telefon bimbit, satu unit data pencetak, mesin faks dan peralatan lain yang disyaki digunakan dalam kegiatan haram tersebut," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Selain itu, Fauzi berkata hasil penemuan dokumen komputer yang mengandungi maklumat pertaruhan judi bola sepak, polis percaya pasangan itu juga mengaut keuntungan dengan menjalankan aktiviti pertaruhan judi bola sepak.

Pasangan itu ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(A)(a) Akta Judi Rumah Terbuka 1953 dan Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan. - Bernama

Dari hal judi UMNO..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails