Monday, May 03, 2010

Walaupun Kelab Karauke Kebal, Polis Lebih Kebal..

TAHAN...dua wanita GRO yang ditahan, kelmarin.
Dua wanita GRO yang ditahan, kelmarin.

KEBAL...pusat karaoke guna tiga lapis pintu.
KEBAL...pusat karaoke guna tiga lapis pintu.

KL.2010/05/03: Sebuah premis karaoke eksklusif di Desa Hartamas di sini, ibarat sebuah bilik kebal bank apabila menyembunyikan kegiatannya dengan menggunakan tiga lapis pintu tebal bagi mengaburi pihak berkuasa. Premis yang turut menawarkan pelayan pelanggan (GRO) warga asing itu hanya dibuka berdasarkan tempahan dan tidak dibuka kepada orang ramai.

Ia hanya dibuka kepada warga asing dari Korea. Aktiviti terbabit bagaimanapun dihidu Bahagian Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur sebelum menjalankan operasi di situ jam 10 malam kelmarin. Pegawai Turus D7 IPK Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Razali Abu Samah, berkata pihaknya menahan 12 wanita termasuk lapan dari Korea dan empat Myanmar dipercayai GRO.

Razali berkata, pihaknya yakin mereka turut melakukan aktiviti tidak bermoral di premis yang berada di tingkat dua sebuah bangunan tiga tingkat di sini. “Lapan wanita dari Korea dan empat dari Myanmar itu mempunyai pas lawatan sah, malah tiga warga Myanmar terbabit mempunyai kad perlindungan pelarian (UNHCR).

“Premis yang baru lapan bulan beroperasi dan tidak mempunyai lesen itu mempunyai lima bilik utama serta mempunyai pintu rahsia digunakan pelanggan untuk masuk dan keluar kerana pintu utamanya tersembunyi,” katanya.

GRO berumur 21 hingga 23 tahun terbabit dipercayai datang ke premis berkenaan bagi melayan sembilan pelanggan yang di situ. Dalam operasi itu juga, seorang GRO menyerang seorang jurugambar televisyen akibat berang aksinya dirakam. Wanita terbabit terjun dari trak polis walaupun memakai skirt pendek dan meluru ke arah jurugambar berkenaan dan cuba menamparnya.

Dia yang terlalu berang dan mabuk itu pada mulanya menolak polis kerana enggan menaiki lori polis sebelum aksinya cuba dirakam. Semua mereka termasuk pelanggan dan pemilik yang juga warga Korea dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Brickfields untuk tindakan lanjut.

Sementara itu dalam operasi yang berasingan, seramai 16 remaja bawah umur ditahan ke atas pengunjung dua pusat hiburan di sini, awal pagi kelmarin. Dalam operasi Bahagian Narkotik Bukit Aman di sebuah pusat hiburan terkenal di ibu kota itu, lebih 2,000 pengunjung diperiksa dan menahan 15 pengunjung termasuk lelaki dan perempuan kerana positif saringan ujian air kencing.

Sumber polis berkata, operasi bermula jam 1 pagi dan berakhir jam 6 pagi itu dilakukan bersama sepasukan pegawai dan anggota dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur. Dalam kejadian berasingan di Jalan Ipoh di sini, seorang remaja bawah 21 tahun bertindak kurang ajar apabila mempersoalkan tindakan seorang anggota polis menahannya kerana berada di premis hiburan lebih masa. Remaja perempuan terbabit yang dipercayai mabuk mempersoalkan tindakan pihak berkuasa kerana menahannya bersama 15 lagi rakannya.

Manakala dalam serbuan Bahagian Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur di sebuah kelab dangdut itu, mereka memeriksa 171 pelanggan yang kebanyakannya mabuk. Dalam serbuan pada jam 4.55 pagi itu seramai 16 remaja bawah umur turut ditahan. Mereka antara 171 pengunjung yang diperiksa termasuk seorang pembantu rumah warga asing.

Pegawai Turus D7, Deputi Superintendan Razali Abu Samah, berkata pihaknya mendapati premis itu beroperasi melebihi masa dan membenarkan remaja bawah umur berada di situ.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Lagi jenayah di pusat hiburan..(AS)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails