Thursday, June 03, 2010

AS Tidak Minta Tamatkan Kepungan Ke Atas Gaza

Jangan harap Obama & jalur gemilangnya dapat membantu negara Islam dan negara orang Islam..

KL JUN3, 10: Amerika Syarikat(AS), sekutu tradisi Israel yang sering menggunakan kuasa vetonya membantu negara Yahudi itu, kini tidak meminta secara khusus kepada Israel bagi menamatkan kepungan ke atas Semenanjung Gaza. Namun, ia memberi bayangan langkah itu perlu diringankan. Demikian kira-kira laporan dari Agensi.

Sementara itu berita yang dibesar-besarkan, pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei menyifatkan serangan Israel terhadap sekumpulan kapal yang membawa bantuan ke Gaza sebagai perbuatan jenayah dan kejam.

Dikatakan, beliau 'menuduh Washington dan sekutunya di Eropah' (sebenarnya itulah hakikat, bukan menuduh) kerana memberi sokongan kepada penjenayah terbabit dari segi politik, ketenteraan dan kewangan. “Israel adalah rejim yang sentiasa dahagakan darah, tidak menghomati orang lain dan bodoh,” tegasnya dalanm kenyataan yang dibaca menerusi radio.

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad pula mahukan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang boleh menghalang Israel daripada melakukan lebih banyak jenayah. Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh apabila komando tentera laut Israel menyerang kapal yang menuju ke Gaza kelmarin.

Agensi juga melaporkan, di ANGKARA, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, berkata Israel sepatutnya dihukum kerana melakukan pembunuhan beramai-ramai di atas kapal berkenaan, sambil memberi amaran kepada negara Yahudi itu supaya jangan menguji kesabaran Turki.

“Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Israel terhadap kapal yang membawa bantuan ke Gaza sememangnya wajar dikutuk,” kata Erdogan ketika berucap di parlimen semalam. Masyarakat antarabangsa semalam terus membantah tindakan Israel itu yang mencabuli hak asasi manusia.

Di JAKARTA, ribuan umat Islam berarak di beberapa bandar menunjukkan bantahan mereka berikutan kejadian di perairan antarabangsa itu kelmarin. Di pinggir ibu kota ini, 200 penunjuk perasaan memakai pakaian putih mengadakan perhimpunan di Tugu Selamat Datang, memaparkan kain rentang dan poster mengutuk Israel. Beratus-ratus lain dijangka mengadakan bantahan di luar Kedutaan Amerika Syarikat lewat semalam.

Bantahan sama turut dilancarkan di ibu kota Jawa Barat di Bandung, 1,000 pelajar mengibarkan bendera Palestin dan PBB, menuntut badan dunia itu mengambil tindakan keras ke atas Israel. Bantahan juga berlaku di Pamekasan dan pulau Madura. Lapor berita itu lagi. Sedangkan Perancis, Russia dan China, anggota tetap majlis pemegang veto PBB juga menggesa satu inkuiri bebas terhadap kejadian itu.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Dari segi perlaksanaan dalam menentang Israel-AS, Ketua UMNO Malaysia dan ketua UMNO Palestin bagaimana?

Jahannam Israel!
Jahannam Amerika!!
(AK)

Penjelasan mengenai UMNO Palestin..

1 comment:

Anonymous said...

Kerajaan AS negara besar dan kuat tiba2 jadi tikus kpd Israel.

Dear Americans
Kenapa izinkan kerajaan AS membantu Israel menzalimi warga Palestin bertentangan dengan rasa hati anda?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails