Sunday, June 27, 2010

Bakar & Saman Suara Keadilan Kerana 'Felda Bankrap'

SHAH ALAM, JUN 27 10: Umno bahagian Kota Raja hari ini mengadakan majlis membakar akhbar organ PKR Suara Keadilan yang terbaru ekoran laporannya mendakwa Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA) bankrap.

Majlis itu diketuai oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam di perkarangan Auditorium Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di Klang pada jam 1.40 petang. Turut membakar akhbar tersebut adalah ketua bahagian itu Kamaruzzaman Johari dan ketua penerangannya Datuk Razak Dawood. Upacara tersebut turut disaksikan kira-kira 50 perwakilan yang hadir sambil diiringi dengan laungan "hancur PKR" beberapa kali.

Sementara itu, Mohd Ali dalam ucapannya sewaktu merasmikan mesyuarat agung tahunan Kota Raja berkata tuduhan akhbar PKR itu adalah "tidak berasas dan mengelirukan rakyat jelata".

"Sehubungan itu saya menyokong tindakan FELDA mengambil tindakan (saman) terhadap PKR dan kepada akhbar tersebut," katanya.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas itu, Mohd Ali berkata tindakan mereka membakar Suara Keadilan merupakan kemuncak rasa tidak puas hati ahli akar umbi Umno.

"Tindakan itu wajar. Tidak ada sebab Umno tidak boleh bakar akhbar dia.

"Dulu dia bakar surat khabar orang, sekarang orang lain bakar surat khabar dia pula," katanya.

Mohd Ali berkata tindakan kerajaan mengheret akhbar tersebut ke muka pengadilan adalah tindakan yang " tepat" berbanding tindakan lain seperti menghantar memorandum bantahan. Katanya, tarikh sesuai bagi mengambil tindakan undang-undang itu terpulanglah kepada pihak FELDA sendiri.

Sementara itu, kegagalan kerajaan memberi penjelasan memerlukan satu siasatan menyeluruh yang dikendalikan oleh suatu jawatankuasa siasatan bebas di bawah Parlimen Malaysia perlu dibentuk dengan segera demi untuk menyelamat institusi Felda yang dibangunkan atas keringat dan tulang empat kerat peneroka.

Justeru, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan kerajaan dan Felda mahu menyaman akhbar Suara Keadilan dan beberapa individu atas isu yang dilaporkan adalah sesuatu yang mengejutkan.

Katanya, rakyat kususnya peneroka Felda sedang menanti penjelasan dan jawapan yang meyakinkan terhadap dakwaan atas isu-isu yang berkaitan dengan pengurusan perbelanjaan wang Felda sehingga rizab tunai merosot begitu teruk sekali.

Tambahnya, rakyat ingin mengetahui apakah semenjak 2004 hingga 2009 Felda tidak menerima apa-apa bayaran ke dalam akaunnya. Rakyat juga, katanya hendak jawapan dari kerajaan dan Felda tentang RM2 bilion yang dikatakan salah satu punca susut tunai Felda.

Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Felda memberitahu bahawa ianya digunakan untuk bantuan tanam semula sedangkan, kata beliau semua peneroka tahu itu adalah wang hasil tabungan peneroka untuk tujuan tanam semula.

Rakyat dan peneroka, ujarnya menanti penjelasan kenapa lembaga pengarah tidak dirujuk untuk kelulusan pembelian Menara Felda dari syarikat Naza.

“Sebaliknya kerajaan hanya mampu jawab ini fitnah, Felda adalah syarikat kerajaan takkan tergamak hendak menipu Melayu. Itulah sahaja yang diungkap oleh pemimpin kerajaan Umno BN,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. (AK)

Malaysian Cartoon- Felda Sex Video

Malaysian Cartoon- Felda Sex Video  by kertoon.
Cartoon making fun at the recent sex video shot in Gemas Felda.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails