Friday, June 04, 2010

Bantah Israel: M'sia 50,000 Demo, Turki Tindak Tentera?


KL, 4 Jun 10: Lebih 50 ribu menyertai perarakan dari Kg. Baru ke Keduataan Amerika siang tadi bagi membantah kekejaman tentera Zionis Israel menyerang konvoi kemanusian antarabangsa ke Gaza awal minggu ini.

Himpunan Pakatan Rakyat bersama NGO itu diketuai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kira-kira 200 orang pula hadir dalam perhimpunan anti-Israel anjuran Pemuda BN di Masjid Negara selepas solat Jumaat hari ini. Berbeza dengan perhimpunan pembangkang yang dihadiri ribuan penyokong selama beberapa jam, perhipunan ini hanya berlangsung selama 30 minit dan diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda BN dan wakil NGO.

Sementara itu, perdana menteri Turki, Erdogan pada Rabu malam (2/6) mengadakan pertemuan kecil dengan dewan nasional Turki, yang juga dihadiri oleh kepala staf angkatan bersenjata, panglima angkatan perang dan sejumlah menteri di kabinet pemerintahan Turki untuk membahas langkah-langkah yang mungkin diambil terhadap regim zionis Israel.

Surat kabar pro partai kebangkitan dan pembangunan, Yeni Safak edisi Rabu (2/6), menyatakan bahawa pertemuan tersebut selain dihadiri PM Erdogan, juga dihadiri kepala staf dan para pemimpin angkatan bersenjata Turki, menteri kehakiman, menteri dalam negeri, kepala intelijen, dan direktur keamanan umum.

Langkah-langkah militer dan perdagangan mungkin akan diambil oleh pemerintah Turki. Dinyatakan bahawa operasi tentera sebagai respon terhadap aksi kejahatan entiti Zionis yang biadap dan ganas itu. Langkah yang akan diambil pemerintah Turki ini merupakan semacam road map, yang rencananya diumumkan PM Turki Erdogan pada pertemuan fraksi Partai Keadilan dan Pembangunan di parlimen, namun pengumuman ditunda setelah diketahui hasil komunikasi telefon antara Erdogan dan Presiden Amerika Barack Obama.

Komen Blok Ibnu Hasyim: Apabila melihat salah (mungkar), betulkan dengan tangan (kuasa seperti tentera dll.), mulut (kritik, demo dll) dan dengan hati. Dengan hati itu (tiada tindakan atau kata suara , hanya membantah dalam hati) adalah selemah-lemah iman! Itu pesan Nabi orang Islam.. Siapa buat begitu dia ikut cara Islam.. Al-hamdulillah. (2MA)

2 comments:

Unknown said...

sila perbetulkan fakta , Demo 50 ribu itu bukan anjuran PKR , tapi gabungan dari beberapa NGO dan gabungan beberapa parti , semuanya bergabung dalam satu group..yang datang itu bukan semuanya penyokong PKR , ada cina , ada hindu , ada arab , ada orang putih ,ada student ,kakitangan kerajaan , malah pelancong pun ramai ikut serta ,...

Ibnu Hasyim said...

Terima kasih. Betul pembetulan tuan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails