Monday, June 21, 2010

Ditahan Polis, Bukannya Masuk Neraka -Saiful Apek


Pelakon komedi popular, Mohd. Saifulazam Mohd. Yusof, 41, atau Saiful Apek

KL. 21 10: 'SAYA cuma ditahan polis, bukannya masuk neraka'. Kata pelakon komedi popular, Mohd. Saifulazam Mohd. Yusof, 41, atau lebih terkenal sebagai Saiful Apek.

Selepas empat hari dia dibebaskan dengan jaminan polis atas dakwaan satu kes penyalahgunaan dadah, dia menganggap dirinya tidak layak dianggap sebagai ikon atau idola masyarakat. Katanya, seperti manusia lain, beliau juga mempunyai kelemahan dan tidak terlepas daripada melakukan kesalahan.

Namun, Saiful Apek yang baru muncul dengan filem Kecoh Betul itu tidak mahu masyarakat terlalu cepat menghukum kerana kesnya itu masih dalam siasatan.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Masih ada jalan kembali ya Saiful. Tidak ada dosa yang lebih besar, kecuali syirik kepada ALLAH SWT. Salam buatmu dan rakan-rakan, Saiful!

2 comments:

  1. Bila sudah berada di persada selebriti...tak ramai boleh menjaga adab dan akhlak...lantas di tipu nafsu dan syaitan.
    Artis berusaha utk menghiburkan peminat2nya, tapi kalau artis tidak taatkan Allah...hati mereka jadi gersang.

    Baliklah semua kpd agama kita...

    ReplyDelete
  2. Kita mendoakan kebaikan kepada semua Muslim. Jangan menyakngak diri kita betul2 beriman selagi kita belum ditangkan ujian dari Allah.

    Sama-sama lah kita muhasabbah diri kita.. wassalam.

    Love all..

    ReplyDelete