Mohd Asli membuat penjelasan tersebut ekoran laporan dalam Umno Online yang menyebut Dr Mohd Asri Zainal Abidin bersama 100 ulama berkelulusan tinggi, termasuk PhD akan menyertai Umno Jumaat depan. Laporan itu memetik setiausaha kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusof yang menyebut bekas mufti Perlis itu dan ulama yang lain akan menyertai Umno menerusi Cawangan Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Umno Online memetik Ab Rauf memberitahu demikian ketika berucap di mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang semalam.
Menulis dalam blognya, Dr Mohd Asri berkata perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan diadakan. "Sebarang kenyataan kepada media tidak akan dibuat setakat ini. "Saya berdoa kepada Allah agar diberikan kebaikan untuk umat Islam dan para pendakwah Islam yang ikhlas," tambahnya. Dalam laporan tersebut, Ab Rauf yang juga ketua bahagian Umno Bukit Bintang berkata, kemasukan ulama itu akan menjadikan Umno lebih segar, “dibajai dengan ilmu-ilmu Islam dan seterusnya membantu kepimpinan negara membangunkan Malaysia.” (AK)
Bekas menteri besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang merasmikan persidangan itu, dilaporkan memuji usaha Umno Bukit Bintang untuk menarik 100 ulama menyertai parti itu. Ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi, Dr Mohd Asri enggan mengulas lanjut berhubung laporan yang beliau akan menyertai Umno. Sebaliknya beliau, meminta merujuk kepada tulisan di dalam blognya itu.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Hendak cuba dakwah dari dalam agaknya?
5 comments:
Kalau masuk UMNO sebagai presiden ok lah kot...tapi
Rasul SAW pun tak join kelompok Abu Lahab macam tu...just to get the power.
Kita ada cara kita. Jgn jadi pakyet UMNO.
kalau betul, ibarat cuci tong najis la..
tapi kalau tak, nampaknya umno bermimpi disiang hari...
Elok le jugak. sekurang kurangnya UMNO tidak di cop sebagai sekular. sebenarnya UMNO yang membawa Islam kemercu kejayaan di Malaysia sekarang ini. tetapi dinafikan oleh mereka2 yang menganggap hanya parti mereka sahaja yang layak menjayakan Islam di Malaysia. x kisah lah siapa pun janji Islam ditegakkan di bumi Malaysia tercinta ini.
jika mahukan negara Islam, laksanakan hudud.
Post a Comment