KL mStar: KHAMIS JUN 3, 2010 : Penganjur Konsert 1 Inul Daratista, Apex Event Network, mempertahankan pendirian bahawa konsert melibatkan artis dari seberang itu tidak akan mendatangkan masalah kepada orang ramai kerana ia bukan berunsur lucah seperti mana yang digambarkan oleh sesetengah pihak.
Nick Jordan berkata, dia berasa kecewa apabila protes yang dilakukan oleh orang yang berkepentingan politik menganggap konsert berkenaan akan menjatuhkan akhlak muda-mudi sehingga ia dilarang dilaksanakan di Sabah pada hujung bulan lalu.
“Saya mendapat tahu konsert ini mendapat protes kerana bimbang ia akan menjatuhkan akhlak pemuda-pemudi di Tawau dan Keningau, Sabah. Atas sebab itu, pihak polis menasihatkan saya untuk menunda konsert ini sehingga hujung bulan ini.
“Kalau fikir secara logik, takkanlah persembahan selama tiga jam itu boleh mendatangkan masalah kepada penonton?.
“Apa salah Inul? Dia hanya seorang penghibur. Saya bertahan untuk mengadakan konsert ini bukan disebabkan wang, tetapi nak bersihkan namanya. Kalau orang kata konsertnya berunsur lucah, buktikan apa yang lucah?” soal Nick dalam nada tegas ketika hadir ke pejabat Mstar Online, di sini, petang semalam.
Akibat protes itu, Apex Event Network turut terpaksa membatalkan konsert berkenaan yang akan diadakan di Sunway Hotel Resort & Spa, Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat ini. Kata Nick, akibat pembatalan dan penundaan konsert itu, pihaknya telah kerugian kira-kira RM240,000 kerana ia gagal dilaksanakan mengikut waktu yang ditetapkan.
Justeru, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang berkenaan akibat masalah tersebut.
“Saya mahukan keadilan. Jadi, selepas ini saya akan berjumpa dengan peguam untuk membincangkan tentang tindakan yang boleh diambil terhadap perkara seperti ini.
“Kalau tahun 2005, saya boleh mengadakan konsert Inul, kenapa tidak kali ini? Pada tahun 2008, saya masih boleh bersabar apabila konsert Inul terpaksa dibatalkan.
“Tetapi tahun 2010 saya sudah tidak tahan lagi,” luahnya yang berharap konsert tersebut dibenarkan untuk di adakan di negara ini.
Kali terakhir Inul beraksi di Malaysia pada Mei 2005 dan pada tahun ini sudah empat kali konsert artis tersebut mendapat bantahan. Inul juga sepatutnya beraksi di Tawau dan Keningau, Sabah masing-masing pada 29 Mei dan 31 Mei lalu tetapi ia mendapat bantahan daripada Dewan Pemuda Pas negeri dan Wanita UMNO Kalabakan.
Komen Blog Ibnu Hasyim:
Pertama: Inul Daratista sendiri menjadi orang pertama yang menentang fatwa Pengurus Besar Nahdatul Ulama (PBNU) yang mengharamkan program tayangan infotainment di
Kata Inul, infotainment itu berita ‘main-main’. "Kalau infotainment dilarang, mahu jadi apa negara kita?" Jelasnya lagi, "Seperti saya, goyang saja sudah tak boleh. Saya mati
Majelis Ulama’ Indonesia (MUI) telah memfatwakan, bahawa ‘gelek gerudi’ Inul cenderung kepada aksi-aksi yang mengghairahkan serta penampilannya bertentangan dengan keputusan fatwa mengenai pornografi pada Julai 2002, di Indonesia. Pihak berkuasa
Nampaknya Inul yang menimbulkan masalah. Dengan biadap berlawan dengan majlis fatwa negara tersebut dan sepatutnya dhukum menurut syariat.
Kedua: Dua tahun lepas, pihak penganjur konsertnya di
Juga kalau di
Ketiga: Perkara 3 (1) Perlembagaan Malaysia: Agama bagi Persekutuan menyebutkan "Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan". Bahkan dikatakan Islam sebagai tonggak kesetabilan negara, dan ada yang menyebutkan
Maka adalah wajar, peraturan dan hukum Islam tidak boleh dilanggar, apalagi yang melanggar itu, adalah hasil dari pengemis iman kerdil berbanding majlis fatwa negara. Tegasnya, persembahan gelek gerudi Inul Daratista, memang tidak layak dipersembahkan di
Ada kaitan...
Kenapa bangga mengaku anak Kiai kalau kerja sepanjang hayat menari di depan kalayak ramai.
ReplyDeleteDah lah dengan keadan yang memalukan mak sendiri.
Kenapa Inul ni tak panggil semua pak kiai Nahdatul Ulamak sekali datang tengok show dia???
Nick pertahankan Inul?
ReplyDeleteDemikian maksiat akan terus di pertahankan. Kenapa mempertahankan krn hujah yg ada sudah nyata.
Memang, orang mungkin tidak bersetubuh di depan khalayak. Tetapi pasca persembahan akan menggawatkan masalah sosial yg sediada.
Mari jadikan negara bebas dari maksiat yg menurunkan maruah wanita. Inul tu wanita kan?
http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=%2F2010%2F6%2F5%2Fmstar_hiburan%2F20100604185552&sec=mstar_hiburan
ReplyDelete