BEIJING JUN 25 10: Wang tidak boleh membeli cinta. Namun di China, wang membolehkan anda memilih mana-mana daripada 50,000 gadis jelita apabila sebuah agensi mencari jodoh secara dalam talian menganjurkan pertandingan mencari jodoh bagi 18 jutawan yang menjadi ahli kepada agensi itu. Pertandingan dianjurkan jiayuan.com itu mendapat sambutan hangat di China apabila membuat temu janji secara dalam talian menjadi salah satu industri Internet paling berkembang dan berdaya saing dengan jangkaan keuntungan £120 juta (RM590 juta) setahun.
Segelintir wanita dari Vancouver, Singapura, New York dan Paris terbang ke China hujung minggu lalu untuk menyertai gadis tempatan dalam pusingan pertama uji bakat yang menyaksikan 2,600 pemohon berjaya dipilih berdasarkan berat badan, ukuran tubuh, tahap pendidikan dan umur.
Menurut pengarah urusan laman jiayuan.com., Cheng Yongsheng, ramai yang ditolak ketika sesi uji bakat itu yang turut diadili guru fengshui China yang membuat penilaian ke atas peserta berdasarkan kebolehan mereka sama ada mampu memberi keuntungan kepada bakal suami atau sebaliknya.
“Sebagai hartawan mereka mahu mencari isteri yang bersesuaian bukan setakat wajah cantik,” ujar Cheng memberitahu kumpulan 2,600 peserta itu akan dipilih lagi kepada 130 yang akan memasuki pusingan akhir bulan depan dengan 18 yang terpilih bakal menghadiri parti bersama pasangan mereka. Jelas Cheng, identiti 18 hartawan berkenaan menjadi rahsia tetapi purata usia mereka ialah 38 tahun dan masing-masing mempunyai perniagaan sendiri termasuklan perniagaan tekstil, kewangan dan hartanah.
Semua hartawan berkenaan sudah membuktikan kedudukan kewangan mereka dengan menyertakan dokumen milikan seperti vila eksklusif, kenderaan mewah dan pesawat peribadi. Seorang hartawan dari Shenzhen menjanjikan sebuah kereta Porsche kepada gadis yang terpilih menjadi pasangannya. Budaya mencari jodoh menerusi pertandingan termasuklah seperti yang diadakan di kaca televisyen sebelum ini mencetuskan kebimbangan di kalangan masyarakat di China terhadap pengaruh wang yang memainkan peranan besar dalam hubungan berumahtangga dan kekeluargaan.
Awal tahun ini peserta seorang wanita dalam pertandingan mencari jodoh di televisyen mencetuskan kemarahan masyarakat apabila dia tanpa segan silu memberitahu, “saya lebih rela hidup sengsara di tempat duduk belakang kereta BMW daripada hidup bahagia dengan membonceng basikal.” - Agensi
Komen Blog Ibnu Hasyim: Bagaimana mencari jodoh dalam Islam? Klik di sini..
Wang tidak boleh membeli cinta. Namun di China, wang membolehkan anda memilih mana-mana daripada 50,000 gadis jelita apabila sebuah agensi mencari jodoh secara dalam talian menganjurkan pertandingan mencari jodoh bagi 18 jutawan yang menjadi ahli kepada agensi itu. Pertandingan dianjurkan jiayuan.com itu mendapat sambutan hangat di China apabila membuat temu janji secara dalam talian menjadi salah satu industri Internet paling berkembang dan berdaya saing dengan jangkaan keuntungan £120 juta (RM590 juta) setahun.
ReplyDeleteAwal tahun ini peserta seorang wanita dalam pertandingan mencari jodoh di televisyen mencetuskan kemarahan masyarakat apabila dia tanpa segan silu memberitahu, “saya lebih rela hidup sengsara di tempat duduk belakang kereta BMW daripada hidup bahagia dengan membonceng basikal.” - Agensi
ReplyDeleteSemua hartawan berkenaan sudah membuktikan kedudukan kewangan mereka dengan menyertakan dokumen milikan seperti vila eksklusif, kenderaan mewah dan pesawat peribadi. Seorang hartawan dari Shenzhen menjanjikan sebuah kereta Porsche kepada gadis yang terpilih menjadi pasangannya. Budaya mencari jodoh menerusi pertandingan termasuklah seperti yang diadakan di kaca televisyen sebelum ini mencetuskan kebimbangan di kalangan masyarakat di China terhadap pengaruh wang yang memainkan peranan besar dalam hubungan berumahtangga dan kekeluargaan.
ReplyDeleteWow, sesulit itukan mencari jodoh. Rasanya iya, jika tidak ada Tuhan di hatinya.
ReplyDelete----------------
Obat Jerawat
Toko Kosmetik Online Makassar
Cream Sari