Wednesday, June 09, 2010

Jom Kembara Haji Dengan Bas! Fikir-fikirkan..

Azmi (dua dari kanan), Ahmed (dua dari kiri), Alwi (kanan) dan Razali pada majlis pelancaran KHj 2010 di Kuala Lumpur semalam

Kembara haji dengan bas

KL. JUN 9, 10: Sebelum ini ada pihak menggunakan motosikal berkuasa tinggi untuk ke Mekah menerusi program Ekspedisi 1Malaysia Kembara ke Bumi Suci 2010. Kini kira-kira 100 peserta pula akan menggunakan bas untuk ke tanah suci bagi mengerjakan haji.

Menerusi program Kembara Haji - Jalan Ke Mekah 2010 (KHj 2010) anjuran Barakah Umhaj Travel & Tours Sdn. Bhd., para peserta itu bakal memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur pada 17 Oktober depan.

Perjalanan lebih 10,000 kilometer itu dijangka memakan masa selama 60 hari. Ia akan merentasi lapan negara iaitu Thailand, Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan, Iran, Kuwait dan seterusnya Arab Saudi.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Mari kita fikir-fikir untuk kembara haji dengan bas, sebuah aktiviti ibadat yang baik. Bagaimana kosnya, dan lain-lain.

Antara dalil haji, Allah Ta’ala berfirman :

وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِين

“Menunaikan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, (bagi) orang yang mampu mengadakan perjalanan ke Baitullah, dan barangsiapa yang mengingkari (kewajiban haji) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak membutuhkan sesuatu) dari semesta \alam.” [Ali ‘Imran : 97]

Dalam ShahihAl-Bukhari dan Shahih Muslim dari shahabat Ibnu ‘Umar, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

« بني الإسلام على خمس : شهادة أن لا إله إلا الله ، وأن محمدا رسول الله ، وإقام الصلاة ، وإيتاء الزكاة ، وصوم رمضان ، وحج بيت الله الحرام »

“Islam itu didirikan atas lima rukun :
1. Syahadah (kesaksian) bahwa tidak ada yang berhak diibadahi selain Allah, dan bahwasanya Muhammad ada rasul Allah
2. Mendirikan shalat
3. Mengeluarkan zakat
4. Puasa pada bulan Ramadhan
5. Mengerjakan haji ke Baitullah."

Wallahu aklam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails