Monday, June 28, 2010

Kami Ingin Sertai Konvoi Palestin Bantuan Darat Pula..

KL, 28 Jun 10: Wakil Blog Ibnu Hasyim ingin menyertai Misi Konvoi Ramadhan ke Palestin bersama 300 hingga 500 pembawa bantuan dari seluruh dunia. Wakil blog ini ingin bersama rakyat Palestin merasai detik kehidupan dengan berpuasa, berbuka dan bersahur serta membuat liputan berita dari sana. Demikian dinyatakan oleh editornya Dr Hj Mohd Hasyim.

"Kami menyahut seruan Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, yang membuka peluang kepada mana-mana rakyat Malaysia yang ingin menyertai misi konvoi itu selama lima hari.. " kata Hj Mohd.

Mapim membuka peluang kepada mana-mana rakyat Malaysia ingin menyertai Misi Konvoi Ramadhan ke Palestin yang masih terbuka sehingga 20 Julai ini, bagi saringan memilih 60 peserta sahaja. Setiausahanya Mohd Azmi berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah Air Mata Palestin di Masjid Al-Ehsan, Seksyen 24, Shah Alam malam tadi. Beliau bersama seorang aktivis masyarakat selaku jurnalis majalah Sabili dan penulis buku dari Indonesia. yang juga peneliti isu Palestin.

"Peserta yang akan ke sana adalah orang yang sanggup mati syahid, mereka yang tidak sampai ke tahap itu dan ingin pulang, awal-awal lagi akan digugurkan ketika pemilihan bermula 20 Julai ini." kata Azmi.

"Tiada pihak membiayai mereka, pergi dengan wang sendiri," jelasnya.

Beliau juga berharap konvoi ini akan berjaya menyampaikan bantuan kemanusiaan dari seluruh dunia seperti keperluan perumahan, perubatan melalui jalan darat menerusi Rafah, Mesir setelah gagal melalui jalan laut pada 31 Mei lalu. Tiada pihak lain termasuk kerajaan, yang boleh diharap setelah beberapa kali rakyat Palestin dikhianai dalam menuntut pembebasan negara mereka dari cengkaman zionis Yahudi.

Kerajaan negara ini juga, jelasnya, telah melakukan khianat seperti membenarkan pemain kriket Israel datang bermain ke sini, memberi laluan kapal Israel untuk berlabuh di Pelabuhan Klang, membina pusat latihan memerangi keganasan di Sepang setelah diminta oleh Amerik Syarikat dan memgambil penasihat membina imej APCO yang jelas mempunyai hubungan dengan zionis.

Beliau yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) berharap umat Islam di negara ini bangkit memberikan sumbangan RM1 juta yang diperlukan bagi menjayakan misi kali ini yang bagi Mapim, mempunyai keyakinan tinggi usaha membebaskan pembebasan Palestin boleh dicapai. Menurutnya, orang ramai yang berhajat untuk kedua perkara di atas boleh menghubungi:

Mapim,
24-4-1, Diamond Square, Jalan Gombak,
Kuala Lumpur
di talian 017-5554828
dan akaun TABUNG GAZA – MAPIM
di BIMB: 0801301007582.

Sementara itu, menurut Dr Hj Mohd Hasyim lagi, "Kami juga sedang mengumpulkan wang untuk keperluan wakil kami yang akan pergi.. Jika ingin membantu sila klik 'DONATE TOLONG MENOLONG' atas kanan, halaman depan blog ini atau sila hubungi: ibnuhasyim@gmail.com

by ASYOK KUMAR

4 comments:

Anonymous said...

JOM MEMBANTU WARGA PALESTIN RAMADHAN INI.

ahmed said...

Kami menyahut seruan Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, yang membuka peluang kepada mana-mana rakyat Malaysia yang ingin menyertai misi konvoi itu selama lima hari.. " kata Hj Mohd.

ali said...

Beliau juga berharap konvoi ini akan berjaya menyampaikan bantuan kemanusiaan dari seluruh dunia seperti keperluan perumahan, perubatan melalui jalan darat menerusi Rafah, Mesir setelah gagal melalui jalan laut pada 31 Mei lalu. Tiada pihak lain termasuk kerajaan, yang boleh diharap setelah beberapa kali rakyat Palestin dikhianai dalam menuntut pembebasan negara mereka dari cengkaman zionis Yahudi.

zaid said...

Kami menyahut seruan Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, yang membuka peluang kepada mana-mana rakyat Malaysia yang ingin menyertai misi konvoi itu selama lima hari.. " kata Hj Mohd.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails