Cut Tari... mengaku pakai blaus hijau dan coli hitam.
JAKARTA. JUN 27: Kajian menunjukkan kejahatan seksual di kalangan remaja Indonesia meningkat 20 peratus, dipercayai akibat penyebaran klip video lucah tiga tertuduh Nazril Ariel, Luna Maya & Cut Tari.
Menurut Suruhanjaya Perlindungan Anak Indonesia, peningkatan itu dicatat dalam tempoh seminggu. “Lebih membimbangkan, ia juga menjadi isu utama perbualan kanak-kanak,” kata aktivis badan itu, seperti yang dilaporkan oleh media Agensi.
Sementara itu, permohonan maaf Ariel kepada umum atas isu rakaman hubungan seksnya tidak membawa apa-apa makna, kata Ketua Muhammadiyah, Din Syamsuddin, semalam.
“Minta maaf kepada Dia.
“Jika minta maaf kepada orang ramai, ia tidak menyelesaikan masalah,” katanya, semalam.
Menurut Din, perbuatan Ariel merakam aksi itu meninggalkan kesan buruk meluas di kalangan masyarakat. “Jangan nafikan apa-apa lagi, kerana pornografi dalam bentuk apa pun membawa kesan buruk,” katanya.
Sedangkan polis Indonesia dilaporkan masih bingung kerana belum menemui coli hitam dan cincin milik Cut Tari untuk dijadikan bahan bukti dalam isu penyebaran video aksi lucahnya bersama vokalis Peterpan, Ariel. “Ya, kami sudah menggeledah rumah Cut Tari di Pondok Kelapa tetapi belum ada apa-apa pun yang disita,” katanya.
Menurut jurucakap itu, mereka mencari bahan berkenaan selepas menyelidik rakaman video berkenaan. Malah, katanya, Cut Tari, 32, juga mengaku memakai blaus tanpa lengan warna hijau muda serta coli hitam ketika dia mengadakan hubungan seks. “Masalahnya, Cut Tari tidak ingat di mana dia menyimpan coli berkenaan,” katanya.
Nama Cut Tari tiba-tiba melonjak naik apabila dia dikaitkan dengan rakaman aksi lucah bersama Ariel baru-baru ini. Ia didedahkan hanya beberapa hari selepas Ariel, 28, didakwa mengadakan hubungan intim dengan kekasihnya, Luna Maya. Seperti Luna Maya, 26, Cut Tari adalah pengacara televisyen selain terbabit dalam sinetron tempatan.
Dalam perkembangan bekaitan, polis menyatakan akan menggeledah pejabat Luna Maya. Kata jurucakap itu, polis perlu terus mencari bahan bukti dan antara lokasinya adalah tempat yang sering didatangi ketiga-tiga tokoh berkenaan. “Siasatan masih dijalankan dan setakat ini suspek masih Ariel seorang,” katanya. (Sumber: Agensi Dll/AK)
Ada kaitan..
- Luna Maya & Video Lucah, Publisiti Murahan
- Tawaran Video Seks Lucah Indonesia Suatu Penghinaan
- Keganasan Artis Lucah, FPI Beri Tempoh 3 Hari.
- Pornografi Nazril: Indonesia Tak Mampu Menjerat..
- Nazril Ariel, Luna Maya & Cut Tari, Wajar Di Hukum Rejam
4 comments:
Hati2 terima follower, saya tengok ada follower tuan bergambar profile tak sopan kalau tak silap Khmergays.
T.kasih..
Ketahuilah bahawa setiap perbuatan yang kita lakukan jika ianya menjadi ikutan orang lain, maka kita juga akan mendapat balasannya.
Oleh itu jika perbuatan itu amalan yang baik, maka beruntunglah kita kerana mendapat ganjaran yang berlipat ganda tetapi jika perbuatan itu merupakan maksiat dan dosa, celakalah akibatnya kerana banyak dosa yang terpaksa kita terima.
Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :
"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Barangsiapa yang menyeru untuk berbuat kebaikan maka dia akan mendapat ganjaran pahala sepertimana balasan orang-orang yang mengikutnya, sama sekali tidak dikurangkan ganjaran pahala mereka itu barang sedikitpun. Dan barangsiapa yang menyeru untuk berbuat keburukan, maka dia akan mendapat ganjaran dosa sepertimana balasan orang-orang yang mengikutnya, sama sekali tidak dikurangkan balasan dosa mereka itu barang sedikitpun". (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah)
Rujuk: http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?ch=bm_info&pg=bm_info_khutbah&ac=344
Bila matlamat hidup ialah seks manusia akan jadi HINA, terutama wanita.
Tapi tuan Ibnu Hasyim, kenapa tak delete follower tersebut (Khmergays masih ada)
Post a Comment