Usul tergempar Dewan Muslimat PAS Pusat mengutuk kekejaman rejim zionis Israel terhadap umat Islam Palestin diluluskan sebulat suara dalam Muktamar tahunan parti itu kali ke-50 sebentar tadi.
Kota Bharu Jun 10, 2010: Bernama melaporkan Dewan Muslimat PAS hari ini menolak usul menubuhkan sayap baru muslimat muda biarpun Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Nik Mat menyarankan agar sayap baru itu ditubuhkan bagi menarik golongan muda.
Penolakan usul itu, yang dibawa perwakilan Pengkalan Chepa, Zaharah Mohd itu, dibuat secara sebulat suara oleh perwakilan di muktamar di Kota Bharu. Zaharah mencadangkan usul muslimat muda itu supaya disertai wanita muda berusia bawah 40 tahun sebagai menampung pertambahan ahli membabitkan generasi muda dan langkah menarik golongan muda.
Bagaimanapun, ketika membahaskan usul berkenaan perwakilan Ipoh Timur, Diana Mohd Sani membantah usul itu. Beliau berkata masanya belum tiba bagi Dewan Muslimat PAS menubuhkan sayap baru itu meskipun sudah menjangkau 50 tahun penubuhannya. (2MA)
No comments:
Post a Comment