Ratusan penunjuk perasaan menuntut hukuman rejam terhadap selebriti yang terlibat dengan klip video seks di Jakarta semalam.
JAKARTA JUN 23 10: Berita Agensi, melaporkan, seorang penyanyi terkenal yang pernah menjadi vokalis band Peterpan, Ariel menyerah diri kepada polis sebelum ditahan semalam berhubung dua klip video lucah yang menampilkan pelakon wajah miripnya bersama dua wanita juga memiliki wajah mirip selebriti Luna Maya dan Cut Tari.
"Ariel menyerah diri pada pukul 3 pagi selepas polis menamakannya sebagai suspek kerana melanggar undang-undang antipornografi.
"Jika dia tidak menyerah diri, kami akan menangkapnya," kata seorang penolong jurucakap polis, Zainuri Lubis.
Ariel sebelum ini berulang kali menafikan terlibat dalam video seks itu. Dalam klip video seks yang pertama, seorang lelaki mirip Ariel sedang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita yang memiliki wajah seperti pengacara terkenal, Luna Maya. Buat masa ini, Luna Maya merupakan kekasih kepada Ariel.
Satu lagi klip video menunjukkan seorang lelaki juga mirip Ariel sedang melakukan hubungan seks dengan seorang lagi wanita yang wajahnya mirip pengacara popular, Cut Tari. Cut Tari merupakan bekas kekasih Ariel dan kini sudah bersuami. Ariel berdepan dengan hukuman 12 tahun penjara jika didapati bersalah melanggar undang-undang antipornografi.
Dia juga mungkin akan dihukum penjara sembilan bulan kerana melakukan perzinaan. Skandal klip video itu telah menggemparkan Indonesia sehingga Ariel digelar sebagai Peterporn di kalangan pengguna-pengguna Internet. Demikian Agensi.
Sementara itu Berita AFP pula menyebutkan sejumlah penunjuk perasaan di sini semalam menuntut penyanyi terkenal Indonesia, Ariel dihukum rejam sampai mati berhubung skandal klip video lucah yang turut melibatkan dua wanita mirip selebriti Luna Maya dan Cut Tari
Seorang jurucakap sebuah kumpulan Islam berkata, Ariel yang berumur 28 tahun dan seorang duda sepatutnya dihukum rejam sampai mati bersama Cut Tari yang merupakan seorang pengacara televisyen terkenal. "Tubuh penzina sepatutnya ditanam separuh badan dan dibaling batu sehingga mati," kata seorang penyelaras protes itu, Fadilah Karimah.
Tunjuk perasaan itu dilakukan semasa klip video itu masih boleh dilihat di Internet. Menurut perangkaan, Indonesia mempunyai kira-kira 40 juta pengguna Internet. Demikian AFP
Muslimdaily pula menyebutkan, PKS (Partai Keadilan Sejahtera) di Musyawarah Nasional Jakarta sejak 17 Jun 2010 bersemboyan "PKS Untuk Semua", partai Islam ini menjadi heboh bila Ketua Majelis Syuro, Hilmi Aminuddin menjawab pertanyaan mengenai kes video seks Ariel dan Luna Maya, "Kami tidak masalah Ariel, Luna, siapapun dia, asal ada komitmen membina diri." (Sila klik Penuhi Syarat, PKS Siap Menerima Luna & Ariel Sebagai Kader)
Komen Blog Ibnu Hasyim: Memang menurut hukum Islam, pelaku-pelaku zina yang sudah berkahwin wajib di hukum 'rejam' sampai mati. Soalnya apakah Indonesia sebuah kerajaan Islam yang meletakkan Al-Quran sebagai dasar atau perlembagaan negara? Bagaimana penghakimannya masa kini? Jelas ianya adalah kerajaan sekular lebih kurang Malaysia juga.. (2MA)
Ada kaitan..
Boleh research sikit boleh? Hukum syariah hanya di Acheh saja? Tempat2 lain di Indonesia takde?
ReplyDeleteKalu ada, adili sahaja mereka dengan undang2 syariah. Melakukan zina, menyebarkan kepada umum dll kanun berkaitan.
Saya cadangkan padamkan kata carian ..... untuk video terlampau mereka. jangan bagi idea pd blogger nak cari video tu...
Asalamualaikum,
ReplyDeleteSyariah Islam dah jelas.
tapi bagi saya lebih baik kita bincangkan jumlah kehadiran jemaah solat 5 waktu di mesjid.
Di Lembah Kelang keadaan amat baik ataupun hampir baik.
Tetapi apabila kita meninggalkan Lembah Kelang samada ke utara selepas Rawang, dan selatan elepas Seremban, keadaan amat mendukacitakan.
Ada mesjid yang di N9 yang saya bersolat di belakang Imam.
Ada mesjid yang saya bersolat bersendirian.
Ini adalah isu lebih besar dari isu mereka yang banyak hormon.
Betul maksiat perlu dihalang.
Kalau ramai yang memberi tumpuan kepada mesjid maka kurang yang menghabiskan masa di kedai kopi menghisap rokok.
Anak-anak muda perlu dibanyakkan menghabiskan masa di mesjid.
Cadangan Tan Sri Sanusi Junid satu masa dulu untuk menwujudkan gelanggang takraw dan kolam renang di mesjid satu ide yang baik.
Semakin ramai mereka berada di mesjid semakin kurang yang menghabiskan masa bermesra dengan dadah, arak, judi dan perzinaan.
Kempen Jom ke Mesjid yang diadakan oleh kerajaan egeri Selangor perlu dipertingkatkan di semua daerah luar bandar.
Tidak ada masalah di Lembah Kelang.
Yang menjadi masalah utama ialah mesjid besar tapi kosong.
COntoh terbaik ialah Mesjid Kerling.
Lebih baik mesid lama dikekalkan dan duit yang berjuta itu dihabiskan membina rumah anak yatim yang dapat datang solat berjemaah di mesjid.
Kolam renang boh?ni idea baik ke boh?jawap ikut akal yang berteraskan A-Quran boh...jangan ikut kepala yang dikuasai akal&nafsu...
ReplyDeleteapa masalhnye dengan kolam renang... nabi pun menggalakkan ajar anak2 kamu berenang,memanah dan menunggang kuda...so rasanya takde masalah ngan kolam renang...mungkin sdr pokku rerbayangkan orang memakai bikini dan sebagainya seperti di kolam renang yg ada kini...
ReplyDelete