Monday, June 14, 2010

Nik Aziz Mahu Anwar Jadi PM, Kalau PR Tawan Putrajaya?


KOTA BHARU, 14 Jun 10: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menyokong penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin nombor satu Pakatan Rakyat kerana beliaulah paling layak dan sudah teruji.

“Saya tak mahu jadi orang nombor satu, walaupun ada orang yang mencadangkan saya begitu. Dari dulu lagi saya sentiasa menyebut orang paling layak ialah Anwar sebab dialah orang yang telah lalui tahap peperiksaan (ujian) fizikal dan mental.

“Kalau orang lantik saya, saya akan beri pada dia," kata Nik Aziz kepada media selepas merasmikan Simposium Persatuan Biologi Gunaan Malaysia Ke-11, di sini hari ini.

Nik Aziz juga berkata, Anwar juga telah lulus ujian dari segi moralnya apabila menghadapi segala cabaran dengan tabah dan penuh dedikasi.

Beliau ditanya apa komen beliau terhadap cadangan seorang perwakilan dalam muktamar PAS selepas kejayaan beliau memimpin PAS dan kerajaan negeri Kelantan selama 20 tahun.

Dalam saranannya, perwakilan dari Perlis Wan Khairizal Wan Hazim berkata gaya kepimpinan Nik Abdul Aziz juga diterima semua pihak dalam komponen pakatan pembangkang itu.

Sebelum ini, Datuk Zaid Ibrahim yang kini menyertai PKR mencadangkan agar Nik Aziz dilantik sebagai Pemimpin Spiritual (Spiritual Leader) Pakatan Rakyat.

Mengulas mengenai pandangan wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang menyamakan beliau dengan pemimpin ulung India Mahatma Gandhi, Nik Abdul Aziz berkata: “Tidak mengapa, saya terima daripada segi sifat orang melihat saya.”

Komen Blog Ibnu Hasyim: Tok Guru Nik Aziz sokong Anwar Ibrahim sebagai orang no 1 dalam PR. Bererti PR jika PR tawan Putrajaya, Anwar yang akan jadi PM Malaysia. Apakah itu maksud Tok Guru? Dan perlu diketahui juga, orang yang layak dilantik memimpin ialah orang yang tidak gila merebut jawatan pemimpin itu. (AK)

2 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Izinkan saya memberikan sedikit pandangan.

    Dalam sejarah dunia, belum pernah berlaku perubahan ideologi dengan sekadar perubahan pemimpin atau parti. Tetapi apa yang berlaku disebaliknya adalah revolusi pemikiran yang membawa kepada kebangkitan rakyat. Kebangkitan barat melalui 'reformation' dan sosialisme melalui revolusi Bolshevik, memperlihatkan bahawa penukaran ideologi memerlukan lebih dari sekadar menukar pemimpin dan parti. Penukaran pemimpin dan parti yang kerap berlaku di dunia hari ini, hanyalah perubahan manusia, pendekatan dan etika sedangkan mereka masih berada dalam skop ideologi yang sama.

    Dalam sejarahnya, Islam ditegakkan secara bernegara buat pertama kali di Madinah kira-kira 1400 tahun dulu. Masyarakat Arab Jahiliah di Makkah pada asalnya adalah dibawah taklukan Arab Yaman sedangkan pemerintahan Yaman sendiri dibawah taklukan Parsi. Makkan dihimpit 2 kekuasaan lain iaitu Pemerintahan Iraq yang turut dibawah kekuasaan Parsi. Manakala sebuah lagi kekuasaan di Jazirah Arab adalah di Palestin yang berada dibawah taklukan Rom. 3 kekuasaan di Jazirah Arab ini (Yaman, Iraq dan Palestin) sentiasa dalam keadaan tegang dan malah 2 kuasa dunia pada masa tersebut (Parsi dan Rom) juga saling berperang untuk mengembangkan jajahan mereka.

    Jika kita memahami keadaan politik Makkah pada masa tersebut, Arab Quraisy sedang berada dipuncak kekuasaan. Dari satu bangsa yang langsung tidak diendahkan Rom dan Parsi, Arab Quraisy bermula apabila Qushay b. Kilab merampas kekuasaan Makkah dari suku Khuzaah. Makkah mula menuju puncak kebangkitan pada zaman Hashim sehingga Yaman sendiri mula melihat Makkah sebagai ancaman. Ini antara faktor yang membawa serangan Abrahah keatas Makkah pada zaman anaknya Hashim iaitu Abdul Mutthalib. Dari aspek nilai sebenarnya Makkah berada dalam keadaan yang sangat terperosok walaupun mempunyai sistem politik dan kenegaraan yang mula dianggap canggih pada masa tersebut.

    Rasulullah diturunkan ditempat yang sebegitu. Kemampuan baginda membawa keluar golongan Arab Quraisy hingga mampu membawa kuasa Jazirah Arab pada masa itu (Yaman, Iraq dan Palestin) masuk Islam dan lebih lagi menumbangkan 2 kuasa dunia(Parsi dan Rom), bukanlah sekadar menggantikan pemimin dan parti. Ia melibat satu revolusi pemikiran dan perasaan yang lahir dari aqidah Islam dan hasilnya keberlangsungan Islam dalam bentuk bernegara selama 1300 tahun dan Islam masih berterusan sehingga hari ini walaupun setelah 86tahun negara Islam dihancurkan.

    Kita hari ni dikurniakan Allah untuk terlibat dalam kebangkitan Negara Islam buat kali ke2 (kedua) dalam sejarah dunia, juga berada dalam posisi yang sama seperti bagaimana bermulanya dulu Islam dizaman Rasulullah. Realitinya hari ini, perlaksanaan Islam adalah hampir sifar sedangkan kapitalisme diterapkan dalam hampir 100% soal kehidupan dengan kekuatan jentera pemerintahan, pentadibiran, ideologi, ekonomi, ketenteraan dan struktur kemasyrakatan. Malah dalam seopotong hadith, nabi menyatakan bahawa yang berjuang untuk Islam diakhir zaman ini nabi gelarkan sebagai 'saudara' baginda, sedangkan yang berjuang sezaman baginda sebagai 'sahabat' baginda. Ini kerana menurut baginda pejuang Islam diakhir zaman, mereka diserang dari segenap penjuru.

    ReplyDelete
  2. (.... sambungan)
    Oleh itu, perubahan yang perlu kita lakukan hari ini bukanlah dengan sekadar menukar parti dan pemimpin saja. Ia menuntut kita melakukan revolusi/inqilab pemikiran dan perasaan Islam, persis sebagaimana yang dilakukan Rasulullah pada fasa Makkah sehinggalah membawa kepada kekuasaan melalui thalabun nusrah, sebagaimana kejayaan baginda mendapatkan nusrah melalui bye'at penduduk dari Yahrib.

    Ketidakpercayaan atau ketidakjelasan terhadap metodologi ini merambat kepada kekaburan terhadap politik Islam. Ia mengakibatkan kita melihat Islam boleh diterapkan dengan sekadar mengubah pemimpin dan parti dalam skala nasional. Maka, kesannya kita melihat khilafah dan penyatuan ummat Islam sebagai suatu yang sukar dan terlalu jauh. Walhal, jika kita mempelajari politik Islam dengan mengkristal lagi benar, motivasi kearah institusi politik Islam global akan mendorong kita bekerja kuat kerana ia sudah jelas dimata hati dan fikiran kita, insyaAllah.

    ReplyDelete