Cerita penari bogel lelaki
|
|
Namun, dia tidak menyangka ada mata yang mencuri pandang tubuh kekarnya dan menyimpan hasrat jahat untuk memesongkan langkah seni tari budayanya kepada dansa erotik tanpa seurat benang.
Pada suatu hari, seorang lelaki Cina datang menghampirinya dan menyuakan tawaran untuk menjadi penari bagi produksi mereka. Lelaki itu memberitahu Reezman bahawa dia akan menjadi penari tarian moden.
Sebagai seorang yang jiwa dansanya begitu menebal, Reezman yang ketika itu berusia 21 tahun menganggapnya satu peluang mengecapi pengalaman baru.
Tidak bercerita lanjut tentang tarian yang bakal dipamerkan, lelaki tersebut membawanya ke sebuah rumah besar yang dipercayai dimiliki oleh seorang orang kaya di Pulau Pinang. Di situ, satu majlis persendirian sedang diadakan. Kata Reezman, majlis itu dikunjungi bermacam keturunan. Ada orang Cina, India, Melayu dan mat saleh. Ada pengunjung lelaki dan ada perempuan. Beberapa lelaki sasa yang sedang menari dengan sekadar berseluar dalam menjadi pusat perhatian pengunjung.
Terkejut
Melihat penari-penari itu, Reezman sudah dapat membayangkan tarian jenis apa yang menantinya. Dia sangat terkejut dan takut. Reezman terfikir untuk menolak sahaja tawaran itu tetapi apabila dia melihat not-not wang yang dihamburkan ke arah penari-penari itu oleh pengunjung yang rata-ratanya orang berada, terdetik hatinya: “Lumayan.”
Lagipun, dia masih boleh memakai seluar dalam. “Itu yang saya fikir mula-mula. Wang juga menggelapkan mata saya. Sebagai penari sebegitu, saya dimaklumkan sebulan RM3,000 sudah dalam tangan iaitu duit yang dibayar bos. Itu belum lagi dicampur dengan ‘wang tip’ yang diberikan pengunjung,” kata Reezman, 30, kepada Jurnal tentang pengalamannya menjadi penari bogel kira-kira sedekad lalu.
Produksi tempat Reezman bekerja mempunyai 12 penari lelaki kesemuanya. Sepuluh merupakan penari Cina dan dua Melayu.
“Kemudian, saya dimaklumkan oleh penari-penari senior bahawa mereka beraksi secara berperingkat-peringkat.
“Pada awalnya mereka akan menari berpakaian namun nampak seksi, kemudian apabila sudah berpengalaman mereka berseluar dalam dan akhirnya pasti akan berbogel,” katanya.
Reezman mengambil masa selama enam bulan sebelum beraksi telanjang.
“Mula-mula menari bogel saya rasa malu dan tidak selesa. Tetapi, apabila irama dan cahaya bergabung ditambah dengan jerit pekik penonton-penonton, rasa malu mula menghilang. Namun, setiap kali lepas menari, saya akan bertanya diri sendiri, apa yang aku dah buat tadi?” ujarnya.
Reezman mendedahkan, lebih lama ereksi yang dipamerkan penari bogel atau lebih membonjol kemaluan di balik seluar dalam lagi banyak wang yang akan diterima kerana penonton akan lebih tertarik.
Ereksi
“Sebab itu, ada di kalangan penari bogel yang mengambil pil ereksi untuk memastikan mereka boleh kekal ereksi lebih lama. Ingat, kami di atas pentas dan disaksikan ramai orang bukannya di atas katil.
“Ada juga penari bogel yang buat pembedahan membesarkan zakar di Thailand,” katanya sambil memberitahu penari bogel lelaki hanyalah lelaki yang mempunyai tubuh badan menarik ala model dan sasa tetapi bukan pondan.
“Semasa menari, kemaluan kami dipegang atau punggung diraba penonton itu perkara biasa. Kalau hendak duit tambahan, yang meminta khidmat sehingga ke bilik tidur pun ada,” katanya sambil memberitahu anak-anak orang kaya, wanita-wanita berusia atau bekerjaya tinggi, datin-datin dan golongan gay adalah kelompok yang banyak membuat permintaan mengadakan tarian bogel untuk majlis-majlis mereka.
Pertunjukan tarian bogel juga ada dilangsungkan di disko-disko selepas pukul 12 malam. Tempat tarian boleh jadi pentas biasa dan mungkin juga di dalam sangkar yang digantung di mana penonton yang berada di bawah hanya boleh melihat kaki hingga paras pinggang penari. Hanya sanggup bergelar penari bogel selama dua tahun, Reezman berkata dia menerima banyak pelawaan ke bilik tidur namun dia tidak menerima satu pun.
|
|
Bukan hanya wanita atau lelaki gay, bahkan pernah sekali seorang lelaki mat saleh yang sudah berumur mengajaknya tidur.
“Lelaki mat saleh itu mengajak saya ke bilik hotelnya. Saya tidak mahu tetapi akhirnya didesak dan pergi. Lelaki itu nampak berpengaruh. Ada empat pengawal yang menjaga biliknya. Kemudian saya mendapat tahu bahawa lelaki itu ialah seorang ahli parlimen dari sebuah negara Eropah.
“Saya akhirnya dilepaskan selepas memberitahu bahawa saya bukan gay. Tetapi dia terus memujuk supaya mengikutnya ke negara asalnya. Saya tolak pelawaannya tapi dia masih memberikan bayaran RM5,000.
“Apabila dia pulang, dia telefon saya tidak henti-henti. Dia beritahu kalau saya ikut dia, dia akan menukarkan hak milik semua rumah dan keretanya kepada nama saya sebab dia sudah sangat tua,” kata Reezman sambil memberitahu kadangkala mereka turut dijemput membuat persembahan di Kuala Lumpur, Singapura, Indonesia dan Thailand.
Dia mendakwa lokasi paling banyak dia beraksi ialah di sekitar Georgetown serta pernah membuat tarian bogel di apartmen dan disko di sekitar Ampang. Reezman mendedahkan, penari-penari bogel ini dijaga oleh produksi yang menaunginya agar bentuk tubuh mereka terus menarik.
“Penari-penari bogel diberikan perkhidmatan gimnasium percuma, suntikan vitamin C dan suntikan oksigen percuma. Suntikan oksigen adalah untuk memastikan tubuh kami sentiasa segar, cerah dan lembab sentiasa.
“Saya cuma berkongsi apa yang telah saya tempuhi. Saya telah terlanjur dan saya tidak mahu penari-penari di luar sana jadi macam saya,” ujarnya.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Cerita dan gambar ini diangkat dari 'Rencana Utama' sebuah akhbar tempatan hari ini. Jelas maksiat kelucahan ini sengaja dibiarkan berlaku di depan umum, seolah dibangga-banggakan, dan tiada kuasa pemerintah yang mampu menghalang. Atau sengaja digalakkan, walaupun ia menghina kedaulatan perlembagaan, Islam sebagai agama persekutuan.
9 comments:
Tuan,
Setakat bercerita boleh tetapi jika tuan turut pamerkan gambar yang seksi di blog tuan maka tuan juga dianggap bersubahat.
Tegur sebab sayangkan sahabat yang berpengetahuan.
T.kasih.
saya fikir, bykkan sensor sehingga taknampak aura...
sebab artikel tanpa gambar, takut ada yg radikal membuat komen mengatakan kita menyampaikan tanpa bukti/fakta pula
Pun T.kasih juga.
Pun T.kasih juga.
Pun T.kasih juga.
Antara Maksiat yg wujud sewaktu BN MEMERINTAH....
dalam search saye tentang sharizat jalil, keluar gambar lucah yang tuan paparkan bersama nama blog tuan.... terus saya ingat blog gay... tp nama ibnuhasyim,saya curious lalu buka juga untuk pastikan.... saye rase elok tuan buang gambar lucah itu.....
lebih malang, tulisannya;
ibnuhasyim : Penari Bogel Lelaki....
seoalah-olah ibnuhasyim adalah penari bogel lelaki......
astagfirullahalazim
sekali saye nasihatkan, buang gambar itu.....
Post a Comment