Tuesday, June 22, 2010

Piala Dunia Penyebar & Pencetus Kegiatan Pelacuran

SUKAN

Gambar menunjukkan sejumlah peminat berhimpun di sebuah taman Piala Dunia di Johannesburg, Afrika Selatan semalam.

JOHANNESBURG JUN 22 10 - Pekerja-pekerja seks di Afrika Selatan menyalahkan serbuan polis yang menyebabkan perniagaan pelacuran merudum semasa musim bola sepak Piala Dunia sedang berlangsung di negara berkenaan.

Golongan tersebut berharap kebanjiran pelawat asing akan meningkatkan pendapatan mereka tetapi pelacur-pelacur di sini memberitahu, 'gangguan' polis itu menyebabkan peminat-peminat bola sepak takut untuk melanggan mereka.

"Kasihanilah kami. Kami perlu menyara anak-anak kami," kata dua pelacur di sini kepada wartawan saluran berita televisyen, Sky News.

Selain operasi polis, kebimbangan berhubung penularan jangkitan HIV turut menyebabkan perniagaan pelacuran merosot.

Kebanyakan pelacur yang ditemui oleh Sky News mendakwa mereka mengamalkan seks selamat tetapi beberapa pekerja seks sanggup mengadakan hubungan seks dengan pelanggan yang enggan memakai kondom.

Pelacur-pelacur jalanan di sini mengenakan caj sekitar AS$4.50 (RM14) untuk perkhidmatan seks manakala pendapatan pekerja seks di rumah pelacuran cuma beberapa dolar lebih tinggi daripada mereka.

Pekerja-pekerja seks itu mendakwa polis bertindak ganas terhadap mereka semasa melancarkan operasi membanteras pelacuran.

Seorang pekerja seks di sini, Thandi menyatakan dia pernah dikasari dan dirogol polis.

"Mereka (anggota-anggota polis) mahu rasuah. Jika kami tidak boleh bayar, mereka mahu seks percuma. Pada pandangan saya, seks percuma sama dengan merogol," katanya. - Agensi

Komen Blog Ibnu Hasyim: Berita ini membuktikan Piala Dunia bukan sahaja menjadi sumber kepada sarang judi, bahkan menjadi penyebar dan pencetus kegiatan pelacuran se dunia. Bagaimana mengawasi dan atasi maksiat dunia berkembang melalui virus sukan itu, yang sudah tentu ada kaitan dengan dunia Islam itu?

Lihat sebelum ini..

1 comment:

  1. Bila ramai manusia hadir...tanpa agama...mereka akan mencari pelacur..demikianlah bila hidup bermatlamatkan seks.

    Jauhi negera kits menganjurkan piala dunia...

    ReplyDelete