KL, 7 JUN 10 — BERHUBUNG kenyataan Blog Ibnu Hasyim sebentar tadi, Muktamar Di Jangka Panas: Gandingan Nas-Hadi Lemah... Dewan Muslimat PAS menganggap presiden dan timbalan presiden parti itu tidak berhadapan dengan masalah besar dalam menyediakan kepimpinan masing-masing sebagai orang nombor satu dan dua entiti politik tersebut.
Bagaimanapun menurut Ketua Dewan Muslimat, Nuridah Mohd Salleh, kemungkinan ada di antara Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharudin Mat Isa tidak menonjol. Pun begitu Nuridah tidak menyatakan siapa yang dimaksudkan sebagai “tidak menonjol.”
“Ya saya tengok OK, tiada masalah... tiada masalah, melainkan kalau ada yang tidak menonjol,” kata beliau ketika ditemui selepas siding media di sini hari ini.
Nuridah berkata, secara umum jikapun wujud kekurangan dalam kepimpinan Hadi dan Nasharudin, aspek tersebut boleh diperbaiki.
“Kalau ada masalah, ini pandangan saya secara umum, kita boleh baiki, termasuk diri saya,” katanya lagi.
Turut hadir pada sidang media pagi ini yang diadakan sempena Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat di Kota Baru, Khamis ini ialah Naib Ketuanya Siti Zailah Mohd Yusoff dan Ketua Penerangan Salbiah Abd Wahab.
“Bagi saya kedua-dua mereka biasa sahaja... presiden dan timbalan presiden macam biasa sahaja,” kata Nuridah lagi.
Ketua sayap wanita PAS itu ditanya sama ada kemungkinan akan ada usul pada muktamar tahunan parti tersebut, menyentuh hubungan dan gandingan kedua-dua presiden dan timbalan presiden. (The Malaysian Insider/AK)Sebelum ini...
Gerak Usahawan Muslim - Pertemuan Bersama YB Dato Haji Husam Musa - Gerak Usahawan Muslim merupakan satu perkumpulan yang ditubuhkan bermatlamatkan untuk membantu usawan sesama sendiri agar setiap usahawan dapat meningkat leb...
No comments:
Post a Comment