Tuesday, June 01, 2010

Rombakan Kabinet, Pulihkan Sokongan Kaum Cina?

Datuk Seri Ong Tee Keat

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat digugurkan dari Kabinet dan tempat beliau sebagai menteri pengangkutan digantikan oleh Datuk Seri Kong Cho Ha dalam satu pengumuman rombakan kecil Jemaah Menteri yang dibuat lewat petang ini. Kong sebelum ini merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Perubahan ini juga menyaksikan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung yang sebelum ini memenangi jawatan naib presiden MCA dilantik sebagai menteri penuh iaitu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Turut dilantik ke jawatan timbalan menteri ialah anak kepada presiden MCA, Chua Tee Yong yang juga merupakan ahli parlimen Labis. Beliau menyandang potfolio Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga turut mengumumkan pelantikan-pelantikan berikut:

1. Datuk Chor Chee Heung - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan)

2. Datuk G. Palanivel - Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

3. Datuk Richard Riot - Timbalan Menteri Luar (Ahli Parlimen Serian)

4. Datuk Donald Lim Siang Chai - Timbalan Menteri Kewangan

5. Datuk Manglin Dennis D'Cruz - Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

6. Datuk Rohani Abdul Karim - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (sebelum ini Timbalan Pertanian dan Industri Asas Tani)

7. Datuk Lee Chee Leong - Timbalan Menteri Dalam Negeri (sebelum ini Timbalan Menteri Luar)

8. Gan Ping Sieu - Timbalan Menteri Belia dan Sukan

9. Jelaing anak Mersat - Timbalan Menteri Pengangkutan (sebelum ini Timbalan Menteri Dalam Negeri)

10. Chua Tee Yong - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (Ahli Parlimen Labis)

11. Heng Seai Kie - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Komen Blog Ibnu Hasyim: Mampukah rombakan kabinet ini memulihkan sokongan kaum Cina setelah kalah dalam pelihan raya kecil Sibu baru-baru ini?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails