Penari separuh bogel di Afrika Selatan
NELSPRUIT: Penonton-penonton perlawanan bola sepak persahabatan antara pasukan Chile dan New Zealand semalam dihiburkan dengan kumpulan penari yang terdiri daripada gadis yang mendedahkan payu dara.
Beberapa gadis itu menari tarian tradisional di Stadium Kanyamazane dekat sini bagi meraikan kedatangan kedua-dua pasukan tersebut yang turut bertanding pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.
Kejohanan Piala Dunia itu bermula esok.
Afrika Selatan terkenal dengan pelbagai tarian etnik kerana ia mempunyai banyak kebudayaan tempatan. - Agensi
Komen Blog Ibnu Hasyim: Bola dan sukan perlu dibersihkan dari gejala-gejala maksiat, seperti judi, dedah aurat, pergaulan bebas dan lain-lain. Terutama, bagi negara-negara umat Islam.
1 comment:
hak asasi manusia la katakan... hehe...
Post a Comment