Sunday, July 18, 2010

Adolf Hitler, Kagum & Belajar Dari Tamadun Islam.


KL.JUL18 10
: ADA tiga tamadun terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu. Parsi dan Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka. Adolf Hitler adalah seorang pemimpin Nazi, melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam, yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Demikian antara kandungan e-mail diterjemahkan oleh
fajridil.blogspot.com ke dalam bahasa Malaysia dari bahasa Arab yang diterima dari kawannya di Arab Saudi. (azhar abdullah facebook)

Menurut e-mail itu lagi, Hitler merasa kagum pada Tamadun Islam. Beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

foto  Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera Jerman beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua... Bahkan tentera Jerman pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...

foto  Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

foto  Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

foto  Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar
Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...

foto  Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

foto  Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

foto  Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar
Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Semua maklumat ini didapati adalah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh 'saudara' kepada penulis e-mail ini untuk tesis PhDnya. Beliau meminta penulis e-mail ini tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Setelah sedaya upaya beliau mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

Satu: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.

Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tidak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di Jerman mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau 'Mein Kampf' yang ditulis di dalam penjara, bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...

Kedua: Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar.

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera Jerman.

"Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku, bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera Jerman dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"

Ketiga: Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan Jerman yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau... minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Itulah prinsip Hitler dalam hal yang berkaitan Islam.
Mulanya, prinsip ini didedahkan apabila ada yang mengatakan Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan Jerman mengatasi segala-galanya...

Jawabnya, "Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu... Pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama... Tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini.. Sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Menurutnya, ada dua sebab... Satu, kerana prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

Dan kedua, kerana prinsip Hitler berkaitan Islam, seperti yang disebutkan di atas.
Bukanlah tujuan pendedahan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Terima kasih kepada Fajridil Blogspot.com.

Sila sebelum ini...

6 comments:

Insyirah Ameer said...

Salam Ibn Hasyim.
Saya juga pernah terbaca tentang Adolf Hitler ini beberapa hari lepas. Sedikit perkongsian berkenaan isu ini di sini: http://insyirah-ameer.blogspot.com/2010/07/salam.html

Anonymous said...

Teruskan kajian.

Anonymous said...

Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:
"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

**Rasullulah SAW adalah manusia contoh dan yang terbaik untuk dicontohi.

--Please do some thorough check on Hitler -Illuminati-Mason.

Anonymous said...

Asalamualaikum,
Adolf Hitler bukan sahaja bertanggungjuawab terhadap pembunuhan jutaan orang Yahudi tetapi juga ugama dan bangsa lain seperti Gypsy dan Rusia.
Ya, tentera Nazi Jerman memang mempunyai uni-unit bergama ISlam terutama di Balkan dan Bosnia. Betul, penduduk Islam yang menentang Komunis Rusia semasa perang dunia kedua juga bergabung dengan Jerman.
Tetapi kerjasama Mufti BaitulMaqdis lebih merupakan setiakawan bagi menghalang Yahudi menguasai Jerusalam dan menubuhkan negara Yahudi sokongan London.
Hitler seorang anti agama dan hanya mengambil kesempatan situasi Palestine pada masa itu untuk berbaik dengan umat Islam Eropah.
Yang jelas Hitler seorang anti agama dan lebih tepat tidak percaya kepada gereja Katolik dan menyalahkan Yahudi kerana memusnahkan ekonomi Jerman.

Anonymous said...

bukan lah nampak kejahatan pada hitler tapi sebenarnya siapa kah menwujudkan manusia istimewa ni kanapa di wujudkan manusia ni apa di sebalik istimewa hitler ni di saat yahudi tengah berkuasa di dunia ketika itu ...hakikatnya allah s.w.t lah yang menyujudkan hitler ni dia lah memegang jiwa hitler maka berkata jadi jadilah ia...menurut pandangan dari segi ketuhanan.

Khalifah Coriander said...

Saudaraku..Hitler adalah keturunan dari Yahudi Khazars. Bangsa yang suka melakukan onar ini amat mementingkan diri dan kaumnya. Merekalah yang akan membantu (sedang berlaku sekarang) dajal kerana dajjal juga adalah dari keturunan Yahudi dan mempunyai kuasa sihir yang hebat. Fitnah-fitnah mereka juga seiring dan senada dengan apa yang akan dibawakan oleh dajal.Kaum Khazars ini bukanlah Bani Israel sepertimana ramai orang faham selama ini. Mereka adalah kelompok yang berasingan dan tiada kaitan dengan bangsa Yahudi (keturunan Nabi Allah Ishaq Alaihis Salam). Mereka mengambil agama Yahudi sebagai agama anutan bangsa mereka atas sebab politik sematamata dengan andaian Islam di selatan dan Kristian di Barat tidak akan memusnahkan mereka kerana Yahudi adalah agama Nabi Allah Musa Alaihis Salam yang diiktiraf oleh kedua-dua agama samawi itu.

Mereka asalnya penganut Pagan yang tegar. Akhirnya mereka kembali kepada penyembahan pagan secara berselindung disebalik agama Yahudi. Mereka meninggalkan ajaran Nabi Allah Musa Alaihis Salam dengan menjadikan kitab ciptaan mereka sendiri (Thalmud) sebagai "Kitab Suci". Disusuli dengan ajaran "zionis" yang memberi kelebihan dan keutamaan kepada kaum Yahudi sebagai bangsa pilihan tuhan. Ramai kalangan kaum bani Israel (keturunan Nabi Allah Ishaq dan Nabi Allah Yakkob Alaihis Salam) di bunuh dan yang paling masyhur ialah peristiwa penghapusan Yahudi oleh Hitler (holocaust). Ia sebenarnya pembunuhan beramai-ramai itu dirancang dan diatur oleh Yahudi Khazars
'Yakjuj dan Makjuj' atau Zion ini untuk menghapuskan bani Ishaq (Yahudi sebenar)...Wallahhuallam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails