CATATAN PERJALANAN CHINA 7
MASIH mengenang kisah di bandar Arumqi.. Rasa terpaut untuk melihat peniaga-peniaga Islam di pasar malam, di lorong-lorong di celah-celah ketinggian bangunan-bangunan mewah.. Matahari agak lambat berlabuh.
Kalau kira-kira jam 7.30 Magrib, 8.30 Isya dan 6 pagi Subuh di Malaysia, tapi di sini siang agak panjang. Magrib kira-kira jam 10 malam, Isyak jam 12 malam dan Subuh kira-kira jam 4 pagi. Sedangkan Zohor dan Asar hampir sama dengan kita di Malaysia. Sebelum sampai di situ ku lewati bangunan-bangunan yang kebanyakan bertulis 'tulisan-tulisan Arab Uighur' seperti tulisan jawi di Malaysia.
Lambang kekuatan Islam masih bertunjang. Di KL Malaysia pun tak sebanyak itu, kecuali bangunan yang berkaitan dengan agama Islam sahaja.
Saya mulai memasuki pasar malam..
Untuk mencari peniaga-peniaga Islam, sudah tentu kena cari gerai jualan makanan Islam. Di situlah istimewanya agama Islam, yang menyuruh umatnya makan makanan yang disembeleh. Maka wujudlah kuasa ekonomi yang melibatkan orang Islam, walaupun berada di negara yang bukan Islam.
Wow, ikan bakar! Walaupun ikan tak perlu disembelah, tetapi orang Islam lebih suka memakan makanan yang dibuat oleh orang Islam sendiri. Orang bukan Islam pun ada yang membelinya...
Daging ternakan yang disembeleh, masih jelas kepalanya..
Daging ternakan yang disembeleh, masih jelas kepalanya..
Gerai jualan buah-buahan, milik orang Islam.
Jualan di kereta surung ini lagi lain. Jual batu. Keras. Bila ditanya penjual itu memberi contoh. "Rasa! Boleh makan. Sedap!" Terfikir aku, orang Cina di sini makan batu? Bila dicicip, ada juga rasa, masam-masam sedap..
Bila pulang ke hotel, besoknya saya ceritakan kisah orang Cina makan batu ini kepada YB Zulikifle Mamat yang bersama-sama rombongan Pameran Laksamana Cheng Ho dan Perdagangan Antarabangsa China yang akan berlangsung di Kota Bharu pada 5-10 Oktober tahun ini. Dia tanya, "Mana batunya?". Saya beritahu tak beli pun.
"Lain kali beli. Bila cakap, baru boleh buktikan! Ana pun tak tengok juga!".
Sekian dulu catatan kali ini. Bersambung.
Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan China 7
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL Julai 16, 2010
- Urumqi: Jalan-Jalan P/Malam Temui P/Islam siri7
- Sarimah: Muslimah N/China, Nak Jodoh Orang M'sia? siri6
- Xinjiang, Melihat Titik Hitam Dari Langit siri5
- Urumqi, Kota Istimewa Di China? siri 4
- Orang Cina Tolong Melayu, Cheng Ho Sebagai Lambang...siri3
- Datuk Husam Bergambar Dengan Gadis Beijing siri2
- Ke Arah Dagang Libatkan Umat Islam China -Husam Musa siri 1...
1 comment:
Salam,
Terima kasih kerana berkongsi cerita-cerita sebegini,tak sangka disana rupanya banyak terdapat makanan yang dijual oleh orang-orang islam.
Post a Comment