Friday, July 02, 2010

AS Beri Suaka Politik Kepada Pembelot Hamas

Mosab Hassan Yousef (berkaca mata hitam) diiringi bekas ejen perisikan Israel, Gonen Ben-Itzhak (kiri) dan peguamnya, Steve Seick meninggalkan pusat tahanan imigresen di San Diego, kelmarin. - AP

SAN DIEGO 1 Julai 10: Seorang hakim mahkamah Imigresen semalam memberi kelulusan sementara terhadap permohonan suaka politik anak kepada pengasas Hamas yang belot dengan menjadi pengintip bagi rejim Zionis.

Keputusan tersebut dibuat setelah kerajaan Persekutuan menggugurkan kebimbangan bahawa Mosab Hassan Yousef adalah suspek pengganas terhadap Amerika Syarikat.

Mosab, 32, disambut oleh sekumpulan kecil penyokong semasa meninggalkan pusat tahanan Imigresen di mana prosiding tersebut berlangsung dalam kawalan keselamatan yang ketat.

Dia mendakwa dirinya akan dibunuh jika diusir pulang kerana telah mengintip Hamas untuk agensi perisikan Israel, Shin Bet dan kini murtad setelah memeluk agama Kristian.

''Saya akan terus melawan ideologi di sebalik pengganas kerana saya tahu bagaimana mereka berfikir,'' katanya kepada pemberita.

''Saya tahu ini adalah bahaya sebenar yang dihadapi kebebasan, kemerdekaan dan kemanusiaan,'' tambahnya.

Jabatan Keselamatan Negara AS menolak permohonan suaka politik pada Februari 2009, dengan alasan dia terbabit dalam keganasan dan menjadi ancaman kepada AS.

Peguam mewakili kerajaan AS, Kerri Calcador tidak memberi sebarang alasan mengenai perubahan mendadak pendirian AS itu.

Empat bulan lalu, Mosab menerbitkan memoir dan mendakwa dirinya adalah ejen Shin Bet semasa bertugas dengan Hamas.

Beberapa minggu kebelakangan ini, dia berusaha meraih sokongan daripada anggota Kongres, pakar-pakar keselamatan kebangsaan dan kumpulan Kristian di AS.

Bekas Pengarah CIA, James Woolsey berkata, langkah mengusir Mosab hanya akan mengurangkan minat individu lain untuk menjadi pengintip. - AP

Mengnali siapa sebenarnyaMosab Hassan Yousef..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails