Friday, July 16, 2010

Beijing Medical Universiti Terbit Kitab Lengkap Ibnu Sina.



KL. JULAI 16 10: Beijing telah menerbitkan versi Cina lengkap buku "The Canon of Medicine" yang ditulis oleh tokoh Iran dan juga bapa perubatan moden, Ibnu Sina.

Diterjemahkan oleh Zhu Ming Zhu dari Beijing Medical University, buku ini telah dikeluarkan pada bulan Jun 2010 dan meliputi biografi Ibnu Sina dan gambar-gambar dari terjemahan buku berbahasa Inggeris dan Jerman.

Menurut Teheran Times, "The Canon of Medicine" sangat popular dikalangan doktor Cina dan beberapa bahagian dari buku sebelumnya telah diterjemahkan dan digunakan.

Buku aslinya ditulis dalam bahasa Arab, buku ini adalah ensiklopedia medis sebanyak 14-volume, yang menyajikan ringkasan yang jelas dan tersusun tentang pengetahuan medik sepanjang waktu.

Dianggap sebagai salah satu buku yang paling signifikan dalam sejarah kedoktoran, "The Canon of Medicine" juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, Ibrani, Jerman, Perancis dan Inggeris.

Juga dikenal sebagai Syeikh Al-Ra'is (Master dan Ketua), Ibnu Sina menulis sekitar 450 karya, dan hanya 240 kitab yang terselamat. Sekitar 150 dari bukunya tentang filsafat dan 40 buku tentang ubat-ubatan termasuk magnum opus-nya, Kitab asy-Syifa (Buku Penyembuhan) yang merupakan karya ensiklopedia besar.

Para tokoh sastera dan ilmiah banyak dipengaruhi oleh Ibnu Sina, termasuk penyair terkenal Umar Khayyam dan ilmuwan abad ke-13 Khwaja Nasir al-Din at-Tusi.

Murid Ibnu Sina, Jorjani (Sorsanus) telah mendokumentasikan kisah kehidupan Ibnu Sina. (2MA)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails