KL JUL 28 10: SEBUAH laporan antarabangsa disusun oleh Organisasi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan, mewakili negara industri, merupakan pertama kali mendedahkan catatan buruk tentang moral di Eropah digambarkan begitu tajam.
Laporan itu memuat:
- Angka kehamilan remaja Inggeris adalah yang terburuk di Eropah dan kelima terburuk di Barat;
- Jumlah anak-anak yang hidup dalam keluarga bercerai adalah yang terburuk di Eropah, dan di belakangnya adalah Amerika Syarikat;
- Jumlah orang tua tunggal yang tidak mempunyia pekerjaan merupakan yang tertinggi di Eropah dan yang kedua di dunia industri;
- Tingkat perceraian di Inggeris menempati urutan keempat tertinggi di Eropah;
- Jumlah kelahiran tidak sah luar nikah merupakan keenam tertinggi di benua Eropah.
Norman Wells, dari Family and Youth Concern yang meneliti sebab-sebab dan akibat dari kerosakan keluarga, mengatakan: "Angka-angka ini melukiskan gambaran suram dari sebuah masyarakat dengan nilai-nilai kesenangan singkat, iaitu hubungan seksual lebih tinggi daripada komitmen seumur hidup yang ditanda dengan perkawinan." (dailymail)
Komen Blog Ibnu Hasyim: Sebuah gambaran mengerikan tentang rosaknya moral di Eropah. Kerosakan moral yang berat dalam nilai-nilai keluarga. Ungkapan catatan buruk tentang kehamilan remaja. Ramai anak yang hidup dalam keluarga dibesarkan oleh orang tua tunggal kerana perceraian. Ramai ibu-ibu menjadi orang tua tunggal yang menganggur.
Angka perceraian dan kelahiran anak tidak sah di Inggeris juga termasuk yang tertinggi di Barat. Hingga ada yang menganggap adalah terlalu mahal harga promosi pendidikan seks untuk anak-anak muda mereka. Budaya inilah yang berjangkit di Malaysia. Masih lagi begap tidak tahu di mana salahnya?
3 comments:
Norman Wells, dari Family and Youth Concern yang meneliti sebab-sebab dan akibat dari kerosakan keluarga, mengatakan: "Angka-angka ini melukiskan gambaran suram dari sebuah masyarakat dengan nilai-nilai kesenangan singkat, iaitu hubungan seksual lebih tinggi daripada komitmen seumur hidup yang ditanda dengan perkawinan." (dailymail)
Sebuah gambaran mengerikan tentang rosaknya moral di Eropah. Kerosakan moral yang berat dalam nilai-nilai keluarga. Ungkapan catatan buruk tentang kehamilan remaja. Ramai anak yang hidup dalam keluarga dibesarkan oleh orang tua tunggal kerana perceraian. Ramai ibu-ibu menjadi orang tua tunggal yang menganggur.

Post a Comment