▼
Thursday, July 22, 2010
'Dinar Emas' Pertemu Antara 2 Pimpinan Serambi Mekah
KEMASKINI
BANDA ACEH, JUL 22 10: Wakil kepada Gabenor Wilayah Acheh Irwandi Yusof iaitu M.Nazar begitu mesra menunjukkan 'Dinar Kelantan' bersama Dato Datuk Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan.
Mereka bertemu dalam suatu majlis kunjungan rombongan kerajaan negeri Kelantan 'Serambi Mekah Malaysia' dengan 'Serambi Mekah Indonesia' ke pejabat Gabenur Banda Aceh tengahari tadi, setelah mendengar taklimat Datuk Husam dan kenyataan sokongan pandangan dari wakil Gabenor tersebut.
Beberapa jam selepas pertemuan itu, diadakan pula perbincangan antara ahli rombongan itu dengan Ahli Dewam Perwakilan Rakyat Aceh, di mana 'Dinar Kelantan' menjadi topik yang begitu menarik perhatian. Turut serta membincang perkara tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Ir Mustafa Salleh. (IH)
No comments:
Post a Comment