Thursday, July 01, 2010

Dr Mujahid, Seminarkan Semula Kecinaan HangTuah.

KL. JULAI 1 10: Bagaimana? ..kalau diseminarkan semula pandangan beberapa ahli sejarah mengenai 'kecinaan pahlawan Melayu, Hang Tuah dan rakan-rakan'. Demikian harapan dan kenyataan Dr Mujahid Yusuf Rawa Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, dalam pertemuannya malam tadi dengan beberapa ahli politik dan pendidikan, di hotel penginapannya di sini.

"Sekarang, dirasakan amat sesuai pandangan ini diseminarkan.. Apa pandangan hampa semua?" tanya beliau.

"Saya rasa baik juga.." Jawab Saudara Shahabudeen Jalil, antara pencetus awal mengenai kisah Hang Tuah bukan Melayu melalui blog Suara Anum.com (Sila lihat polimik http://www.freewebs.com/suaraanum/0305b02.htm bertajuk ' Hang Tuah Berbangsa Cina Shahabudeen Jalil & Hang Tuah: Satu Interpretasi Bukan Melayu Kenny Chee), beberapa tahun lalu.

"Pandangan ini saya petik dari tulisan buku Ibnu Hasyim dalam bukunya,'1950-2000 Sejarah Kebangkitan Dan Masa Depan PAS Kuasai Malaysia?' (Terbitan GG Edar 1993).. sehingga saya dijemput berceramah di beberapa tempat.. tapi tiada kesempatan." sambung Shahabudeen yang kini menjadi seorang ahli bisnes penuh masa.

"Apa pandangan Ibnu Hasyim pula?" tanya Dr Mujahid lagi, juga Ahli parlimen Parit Buntar, yang baru lepas ceramah agama di sebuah masjid Tun desa Hussein Onn, lepas Maghrib dan sehari suntuk bersidang di parlimen sebelumnya.

"Oh.. saya setuju saja. Memang baik dan sesuai sangat. Supaya rakyat Malaysia tahu peranan orang Cina dalam pengembangan Islam dan peranan dalam politik negara kita. Kalau Laksamana Mohamad Cheng Ho, boleh ditonjolkan sebagai pendakwah Islam di nusantara ini, mengapa peranan 'Hang Too Ah' yang ada kaitan dengan rombongan 'Hang Li Po' dari China, bahkan mungkin ada kena mengena dengan misi Laksamana Muhammad Cheng Ho itu tidak boleh ditonjol dan diseminarkan? Hal ini baik untuk Islam dan perlu dibongkar segera!" Jelas Dr Hj Mohd Hasyim selaku editor Blog Ibnu Hasyim, yang ada di situ.

"Nanti marahlah UMNO, kerana tokoh idola mereka dapat dibuktikan sebagai bukan Melayu?" Sambut seorang lagi yang dari kementerian pendidikan.

"Takpa. Dalam minggu ini saya akan ke Beijing China, kalau ada kesempatan saya akan cuba polemikkan perkara ini dengan beberapa tokoh akademik di sana.. kerana beberapa tahun dahulu usaha menseminarkan hal ini dikatakan terhenti kerana menunggu maklumat dari Hongkong. " Jawab Dr Mohd atau Ibnu Hasyim yang akan menziarahi beberpa tempat penting di Cina beberapa hari lagi.

Turut hadir dalam perjumpaan dengan Dr Mujahid itu ialah beberapa ahli politik dan pendidikan dari Pulau Pinang Sdr Zulkifli Lazim dan lain-lain. (AK)

Sila lihat sebelum ini..

22 comments:

IR said...

Kadang2 saya tak faham dengan perangai ahli politik ni. semata2 nak menjatuhkan/memalukan lawan atau nak tarik sokongan pengundi kaum lain, sanggup jatuhkan maruah & sejarah bangsa sendiri. realitinya, keaiban tu terpalit kat muka sendiri, tapi tak sedar. perasaan 'Kebangsaan' atau sayangkan bangsa disamakan dengan semangat asabiyah yang sempit. punyalah fanatik...

Semata2 ada gelaran Hang, terus disimpulkan sebagai orang Cina. Apa punya bodoh pandangan. Mungkin seratus tahun lagi bila keadaan berubah, orang2 yang ada gelaran Tun dan Tan Sri pun dikatakan Cina sebab asal nama direka2 sebagai 'Tung' atau 'Tan Se Li'.

'Hang' disini bukanlah panggilan sebagaimana orang2 Utara, atau sama dengan Hang Li Po. 'Hang' ni adalah salah satu gelaran di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Macam gelaran 'Tun' dan 'Sang' jugak.

Gelaran 'Hang' bukan terhad kepada lima pahlawan bersaudara tu je. Habis, apa penipuan yang perlu dibuat untuk men'Cina'kan tokoh2 lain di zaman dulu yang turut memakai gelarang 'Hang'? Bagaimana dengan Hang Nadim? Hang Isap? Hang Siak?

Tahukah tentang kewujudan tokoh bernama Hang Hassan dan Hang Hussein? dua pahlawan yang dipilih oleh Sultan Melaka. Begitu juga dengan Hang Iskandar dan Hang Ali. Adakah mereka semua juga orang Cina?

Hang Tuah adalah dari keturunan Orang Laut. Pendapat lain mengatakan Orang Bugis dari Pulau Duyung. Dua2 merupakan rumpun Melayu. Tak paham bagaimana tokoh2 politik yang kononnya berpelajaran, ada PhD semua, boleh terjunam dalam permainan chauvinist yang ingin mencabut rasa bangga (pride) pada ikon tanahair dan seterusnya menjadikan kita semua merasa rendah diri & inferior. apa sahaja yang berkaitan dengan kebanggan bangsa, terus dicop sebagai asabiyah.

Sedih sangat dengan para politikus ni...

Bintang Emas said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

di saat orang lain dah start mengkaji kat mana kedudukan orang Melayu di zaman Nabi Ibrahim, ada pulak sstgh politician yang nak berlagak pandai dalam bidang yang bukan kepakaran dia. benda2 yang tak tahu hujung pangkal, semata2 dengan hujah yang rapuh, terus diangkat nak buat seminar..

kadang2 saya heran dengan perangai politician PAS nih, bersungguh2 nak ambil hati pengundi non-malay, sampai bidang sejarah pun nak dikacaunya jugak. kalau niat tu ikhlas takpelah jugak. ni semata2 disebabkan kepentingan politik.

lebih baik PAS usaha seminar pasal Laksamana Muhammad Zheng He yang benar2 terbukti Muslim memandangkan dia sendiri keturunan Arab.

Kalau sibuk sangat yang menyokong hujah Hang Too Ah yang entah apa-apa tu, saya cadangkan teruskan buat seminar. bukan setakat Hang Too Ah je, buat je dakwaan semua Sultan2 Melaka tu sebenarnya Cina, bukan Melayu. Habis cerita..

Anonymous said...

Malulah tgk pemimpin PAS buta sejarah.Gunakan Laksamana Cheng Ho utk buktikan peranan org Cina dlm perkembangan Islam saja sudah cukup .Haih..

Anonymous said...

saya nasihat PAS lebih berhati2 dalam hal ini. semak dahulu siapa yang buat dakwaan pasal 'Hang Too Ah' tu. adakah dia tu profesor yang pakar dalam bidang sejarah? adakah dia dah buat thesis atau apa2 kertas kerja yang membuktikan hipotesis dia tu?

kalau tak, akan memalukan pihak PAS je. just kutip info atau artikel dalam internet, then terus nak diwar2kan & nak dibuat seminar.

rahsia besar yg saya nak bgtau, ramai kawan2 saya yg atas pagar bgtau, mereka takkan pangkah lagi PAS atau PR dalam next general election. sebabnya? derang cakap, PAS dah tak nampak istiqamah, terlalu btolak ansur & tak tahu bezakan antara non-muslim yg benar2 ikhlas dgn non-muslim yg just gunakan PAS untuk kepentingan politik.

apa isu yang derang bangkitkan? tuan fikirlah sendiri. jgn isu 'Hang Tuah' ni tetiba makin menjauhkan pengundi Melayu dari kita. orang cina pun belum tentu akan undi PAS kalau PAS dok sibuk sangat dengan 'Hang Too Ah' ni. inikan pulak nak peluk Islam semata2 kita tonjolkan peranan Cina Muslim di negara kita cam laksamana Cheng Ho.. biarlah berhikmah dalam bertindak..

Hamba said...

Tentang penggunaan 'Hang' adalah popular di satu masa sahaja. Dia serupa dengan penggunaan nama 'kulup'di pangkal nama orang Perak pada masa dahulu. Ada yang nama Kulup Berahim, Kulup Seman dan macam-macam lagi. Tetapi penggunaannya sudah tidak popular lagi sekarang dek peredaran zaman. Jadi tak ada le lagi nama orang Perak yang baru lahir di beri nama 'Kulup" lagi. Sama le macam penggunaan nama 'Hang' pada masyarakat Melayu terutama di Melaka popular pada zaman dahulu sahaja.Sekarang orang dah tak pakai lagi nama 'hang' tu sebab pengaruh nama Islam/arab semakin kuat di kalangan orang melayu.Serupa le nama Damak pada nama orang Melayu, 'Damak tu orang asli ke ? orang melayu?. Itu pun tak boleh pikir ke? Jadi jangan terlebih-lebih politiknya, nanti orang kata 'Hang Mengarut'. Kisah perkataan hang tuah ni mengingatkan gurauan saya di kantin pejabat saya masa makan pagi kira-kira sepuluh tahun yang lalu, saja nak lawak dengan kawan -kawan, saya sakat kat kawan-kawan "betul ke hang tuah itu orang melayu" sebabnya sama le apa yang ust. cakap. Lawak aje, tak sangka pulak benda ni timbul sekarang sama benda yang saya lawakkan dulu.

Anonymous said...

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/07/kajian-kesshahabudeen-jalil-dan-hang.html

KronikStory ! said...

saya merayu sudahla jatuhkan moral anak melayu ! jgn smpai anak cucu kita 100 tahun akan dtg fikir yg org melayu ni cuma bangsa bodoh dan lemah yg cuma tidak dpt hidup dgn bantuan bgsa lain !

Anonymous said...

berhentilah menjadi ANJING YAHUDI!..
kajilah sejarah tu bia sampai ke akarnya.. inikan tidak..peracya BODOH2 ape shahabudeen jalil yg bute sejarah tuu..come one.. kate ader gelaran DR?.. xkkan x bole pikir kot..

Anonymous said...

patut la org dok perlekeh puak2 PAS ni..sebab sume bodoh..bebal...bangang..

mirovsky said...

Malang kerana org Melayu berpecah satu hal...

Nie pesal pemimpin PAS... Dr. tu plak lagi... berfikiran SEMPIT dan LEMAH DAYA INGATAN begini haa?...

Nak sibukkan Hang tuah asal cina... pesal plak?... sepatutnya semangat kebangsa bangsa suku kaum tidak wujud dalam PAS sebagai wadah pejuangan Islam kat nusantara nie... Tegakkan KEISLAMAN itu paling penting... bukan sibuk membo-doh kan diri sendiri sampai begini...

kesian aku tengok PAS... kalau laa TGNA meninggal nanti... habis laa PAS... menjadi mangsa kebo-dohan pemimpin kurang akal nie...


bukti dah nampak dah...

Dr. tahik kucing...

dokpikiaq said...

menang sorak kg tergadai.... anti demokrasi...

Anonymous said...

Pas tak salah,yang salah ialah ahli politik Pas yg jadi hamba politik sanggup jadi buta sejarah sbb nak tarik perhatian cina.Tarikla perhatian cina kepada keindahan dan kemulian Islam BUKAN dgn melacurkan dan menggadaikan sejarah Melayu

Anonymous said...

ni tak belajar sejarah betul- betul ni.....kaji dulu bang.... kalau setakat tau sejarah yang kena korupt jangan cerita sejarah....

Anonymous said...

bodoh punya politician!!!

Anonymous said...

Banyak lagi perkara yg lebih baik PAS boleh lakukan daripada mencari hujjah yg tidak akademik untuk mmbuktikan orang Melayu sejak terima Islam kerjanya hanya tidur dan makan saja.

Buatlah kerja lain yg lebih bermanfaat!

Anonymous said...

Saya setuju dgn komen .....elok kaji sejarah dulu bacalah Penulisan sejarah melayu karya Tun Seri Lanang yg diakui kebenaran oleh syeikh Nuruddin Ar Raniri tokoh ulama Aceh dan Nusantara ini...Tun Seri Lanang hidup lebih hampir dizaman Melaka......jangan kerana NAK AMBIL POLOTICAL MILEAGE KITA JADI BURUNG KAKAK TUA.....Org Kata Hang Tuah itu Hang Too Ah kita angguk saja !....habeh Hang Kasturi itu apa pula....Hang Kas buta tuli ka?????

Kaji dulu jgn angguk melulu !

ahmed said...

Bagaimana? ..kalau diseminarkan semula pandangan beberapa ahli sejarah mengenai 'kecinaan pahlawan Melayu, Hang Tuah dan rakan-rakan'. Demikian harapan dan kenyataan Dr Mujahid Yusuf Rawa Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, dalam pertemuannya malam tadi dengan beberapa ahli politik dan pendidikan, di hotel penginapannya di sini.

ali said...

Banyak lagi perkara yg lebih baik PAS boleh lakukan daripada mencari hujjah yg tidak akademik untuk mmbuktikan orang Melayu sejak terima Islam kerjanya hanya tidur dan makan saja.

zaid said...

Nak sibukkan Hang tuah asal cina... pesal plak?... sepatutnya semangat kebangsa bangsa suku kaum tidak wujud dalam PAS sebagai wadah pejuangan Islam kat nusantara nie... Tegakkan KEISLAMAN itu paling penting... bukan sibuk membo-doh kan diri sendiri sampai begini...

Anonymous said...

Bodoh punya Dr. Mujahil..

Razi Al-Ghazali said...

kuak pok2 mu ni ngarut..... Dr??? Dr ayam buleh la.. Sapo shabuding tu? ni buke crito dewata raya pede setiawan. ngok

pok2 mu ni politik semata jah - jd gak muslim hk sengoti

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails