Friday, July 16, 2010

Haram Melawat Jerusalem -Yusuf Al-Qaradhawi



KL JUL 16 10: Selasa 3 hari lalu, Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi, Ketua Ulama Islam Internasional (IUMS), menyatakan, selain orang Palestin, kunjungan umat Islam ke Jerusalem adalah dilarang selama Palestin di bawah penjajahan Israel.

"Beri visa untuk non-Palestin bererti kerjasama dengan entiti yang tidak sah dan mengakuinya. Kaum Muslimin patut merasa bahawa merekalah yang telah diusir dari Jerusalem," kata Sheikh Qaradawi semasa sesi pembukaan studi 'Jerusalemite' yang diselenggarakan oleh persatuan dokter Arab di Kairo.

Syeikh Qaradawi dalam sambutannya juga menekankan pentingnya menyebarkan budaya Jerusalemite di seluruh Arab dan negara Muslim. Beliau menganggap rejim Arab sudah diserap entiti "Zionis" di wilayah tersebut, kerana keputusan politik mereka membantu mengekalkan pendudukan zionis dan mengkritik media Arab yang menyebarkan idea 'hidup berdampingan dengan Zionis'.

Sementara itu, Dr Mohamed Subeih, Asisten Sekretaris Jenderal Liga Arab untuk urusan Palestin, mengatakan Jerusalem kini berada dalam 'skim yahudisasi' paling berbahaya, yang bertujuan untuk menghapus identiti sejarah. (2MA)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails