Friday, July 16, 2010

Jangan Sebut 'Barang Naik'.. -Datuk Seri Najib



KL JUL 16 10
: SEMUA media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka. Demikian pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam.

Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan. Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.

"Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan,” kata seorang daripada editor itu. Media juga digalakkan oleh penasihat berkenaan supaya menjelaskan “rasional pengurangan subsidi" dalam laporan berita mereka dan juga menekankan bahawa harga gula dan bahanapi di Malaysia masih yang terendah di rantau ini.

Mereka juga diingatkan supaya tidak membuat tinjauan rambang di kalangan rakyat berhubung kenaikkan harga itu dan beberapa media 'diminta' mendapatkan pandangan daripada NGO dan persatuan pengguna yang mesra dengan kerajaan.

Yang menarik, penasihat media perdana menteri juga mengarahkan akhbar supaya tidak menganggap pengurangan subsidi itu sebagai “penjimatan kerajaan” dalam laporan mereka. "Menurut pegawai berkenaan, perkataan seumpama itu akan menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat, ke mana penjimatan dibelanjakan. Tumpuan adalah memberikan penekanan kepada pengurangan perbelanjaan dan bukannya penjimatan,” kata sumber itu.

Pada 2005, pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa pengurangan subsidi untuk air, tenaga dan bahanapi membantu kerajaan berjimat RM4.6 bilion. Abdullah berjanji “penjimatan” akan dibelanjakan bagi memperbaiki pengangkutan awam tetapi pengkritik mendakwa tiada bukti wang berkenaan dibelanjakan untuk tujuan tersebut.

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kenaikkan harga barangan kali ini dirancang dengan teliti agar rakyat tidak berang apabila harga bahanapi, gula dan gas dinaikkan serentak. Walaupun pengarang diberi taklimat pada jam 4 petang, mereka diarahkan supaya mematuhi embargo, termasuk edisi online - sehingga kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi pada jam 8 malam.

Tinjauan mendapati akhbar-akhbar dan juga stesyen televisyen semuanya mematuhi arahan kerajaan itu. Semua stesen televisyen umpamanya tidak memaparkan berita itu sebagai berita pertama mereka.

Akhbar-akhbar arus perdana juga patuh pada garis panduan berkenaan dan tidak memperbesarkan isu berkenaan. Berita Harian memilih “harga baru” manakala Utusan Malaysia pula dengan tajuknya “subsidi diselaras”

Sinar Harian yang baru-baru ini dirasmikan oleh Najib pula memilih menyiarkan laporan itu hanya di muka surat 4 akhbar itu. Akhbar Cina yang lazimnya dilihat lebih berkecuali juga patuh dengan arahan itu.

Hanya satu sahaja yang menggunakan perkataan “harga naik' di muka depan manakala lima akhbar Cina yang berpangkalan di Semenanjung melaporkan kenaikkan itu sebagai “harga baru”.

Harian NST juga tidak menyiarkan berita itu di halaman utamanya tetapi memilih tajuk kecil “antara yang terendah di rantau ini”. Harian milik MCA, The Star memaparkan tajuk “Gov't bold move will have minimal impact on people, says PM”.

Harian Tamil Makkal Osai dan Tamil Nesan (yang dimiliki MIC) langsung tidak menyiarkan berita kenaikkan harga itu. ut

Komen Blog Ibnu Hasyim: Ada orang sebut 'Undilah BN' ertinya undi untuk 'barang naik'. Sekarang jelas buktinya.. walaupun PM tak beri sebut 'barang naik'. Bahaya tu, kalau sebut, walaupun sudah naik!

2 comments:

Azman said...

Salam,

Pi mai..pi mai tang tu jugak...nak buat macam man,kita rakyat biasa...tidak boleh berbuat apa-apa hanya boleh dizahirkan melalui penti undi.

Anonymous said...

Gunalah istilah apa pun...yg penting bagi majoriti rakyat....ialah harga barang naik.

BN = Harga Barang Naik

Nak sokong BN lagi?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails