Friday, July 02, 2010

Ke Arah Dagang Libatkan Umat Islam China -Husam Musa

CATATAN PERJALANAN CHINA 1


BEBERAPA jam lagi saya akan sampai di Beijing, Insya Allah.

Beijing terletak di hujung utara Dataran China Utara, lebih kurang bentuk 3 segi, terbuka ke bahagian selatan dan timur bandar raya. Terkenal dengan Tembuk Besar China yang merentasi utara Wilayah Perbandaran Beijing, menggunakan toptgrafi berceranggah ini untuk mempertahankan negara daripada sebarang serangan mendadak nomad steppe yang berhampiran.

Dengan Gunung Dongling yang setinggi 2,303 meter di Perbukitan Xishan bersempadan dengan Hebet dan merupakan titik tertinggi di wilayah perbandaran ini. Bila melihat imbasan sejarahnya, rupanya penempatan manusia telah wujud di sana sejak abad 1 SM, yakni sebelum kelahiran Nabi Isa AS lagi.

Pada Zaman Perang Negeri (476 SM-221SM) bandar Ji diasaskan sebagai ibu kota negara Yan di kawasan ini. Selepas kejatuhannya, Dinasti Qin (221SM-206SM), Dinasti Han Timur (206SM-9), dan Dinasti Xin (9-23) berturut-turut memerintah Beijing. Dan sejarah seterusnya. Beijing, dalam bahasa Cina 北京; pinyin Běijīng; Wade-Giles: Peiching atau Pei-ching;IPA /peɪ˨˩ tɕɪŋ˥˥/; maksudnya "ibu kota utara". Dulunya disebut Peking.

Pertama kali dibawa ke China oleh sebuah rombongan yang dikirimkan oleh Uthman, Khalifah padam 651, lebih kurang dari dua puluh tahun selepas kewafatan NabiMuhammad SAW. Rombongan itu diketuai oleh Sa'd Ibn Abi Waqqas bapa saudara Nabi sebelah ibunya. Yung Wei, maharaja Tang yang menerima rombongan itu memerintahkan pembinaan sebuah masjid peringatan di Canton merupakan masjid pertama di negara itu dibina.

Zaman Dinasti Tang adalah zaman keemasan China dengan budaya kosmopolitan yang membantu memperkenalkan agama Islam. Pemastautinan orang Islam pertama di China terdiri daripada saudagar Arab dan Parsi. Di kawasan tersebut, kabilah Hui Chi menerima Islam, dan nama tersebut menjadi permulaan kepada rujukan terhadap huihui atau Hui sebagaimana yang mereka dikenali pada hari ini.

Masjid paling kuno dan berskala paling besar di Beijing ialah Masjid Niujie. Ia dibina pada tahun 996 dan dibaiki semula pada tahun 1442. Pada zaman Dinasti Yuan, penduduk Islam di Beijing semakin ramai dan jumlah masjid pun agak banyak. Menurut catatan sejarah, pada masa itu di Beijing terdapat 15000 orang penganut Islam, yang merupakan lebih 1/10 daripada jumlah keseluruhan penduduk bandar ini.

Masjid di sekitar Beijing pula telah mencapai 35 buah. Selepas Dinasti Yuan digulingkan oleh Dinasti Ming, projek pembinaan besar-besaran dijalankan di Beijing untuk membina ibu kota empayar baru. Banyak Masjid di Beijing telah diruntuhkan. Bagaimanapun, kerajaan Dinasti Ming sangat menghargai ramai penduduk Islam yang telah memberi sumbangan terhadap penubuhan empayar. Sebagai tanda penghargaan itu, banyak masjid baru telah dibina, antaranya banyak yang dibina kerana perintah maharaja.

Kebanyakan masjid kuno yang masih terpelihara di Beijing hingga kini adalah yang dibina pada zaman Dinasti Ming. Selepas Dinasti Qing mengambil alih kuasa, kerajaan bersikap "lobak dan kayu" (carrot dan stick) terhadap penganut Islam, yang berasa perit berada di bawah pemerintahan kerajaan baru. Sebahagian daripada mereka berpindah ke kawasan terpencil bandar Beijing. Ramai masyarakat Islam berkembang di luar Beijing. Seiring dengan peluasan kawasan kediaman penduduk Muslim, jumlah masjid di Beijing juga bertambah dengan pesat.

Apabila menamatkan pemerintahan kerajaan dengan tertubuhnya Republik China, bangsa China mengalami pelbagai kesengsaraan kerana perang saudara dan serangan Jepun. Penduduk Islam turut terhimpit dan perkembangan Islam di Beijing menjadi perlahan. Terdapat hanya tiga buah masjid yang dibina di Beijing pada zaman tersebut. Selepas penubuhan Republik Rakyat China, agama Islam berkembang semula dengan pesat di Beijing. Penduduk yang beragama Islam di Beijing paling ramai berbanding di bandar-bandar yang lain di China.

Mereka terdiri daripada penduduk daripada sepuluh etnik minoriti yang beragama Islam. Pada penghujung abad ke-20, jumlah penganut Islam di Beijing telah mencapai lebih 200 ribu orang. Ramai ulama yang terkenal tinggal di Beijing. Mereka menubuhkan Persatuan Islam China di Beijing pada tahun 1953. Kini, di Beijing terdapat 68 buah masjid, ini mencerminkan pembangunan Islam yang pesat di Beijing.

Masjid di Beijing melambangkan asimilasi kebudayaan China dan Arab. Kebanyakan masjid di Beijing berbentuk bangunan tradisional China, tetapi, berbeza dengan tradisi China yang menuntut semua bangunan menuju ke arah selatan, semua dewan sembahyang dalam masjid di Beijing pintunya menuju ke arah timur bagi membolehkan jemaah bersembahyang ke arah kiblat. Hiasan pada setiap bangunan pula penuh ciri khas Arab, kebanyakannya merupakan ukiran ayat-ayat suci Al-Quran.

Seni khat Arab bersejarah lama dan sangat terkenal di seluruh dunia. Seiring dengan perkembangan Islam di China, seni khat Arab juga menjadi popular di kalangan umat Islam di China. Beransur-ansur, seni khat Arab dipengaruhi seni khat tradisional China dan muncul banyak karya seni khat petikan ayat-ayat Al-Quran yang ditulis menggunakan dakwat dan berus.

Di pelbagai masjid di Beijing juga dapat kelihatan banyak karya seni khat yang terdiri daripada huruf bahasa Arab dan aksara bahasa Mandarin. Di Masjid Dongsi, Beijing tersimpan se jilid Al-Quran tulisan tangan yang telah bersejarah lebih 700 tahun dan tembikar dengan lorekan ayat-ayat Al-Quran yang dibuat pada zaman Dinasti Ming dan Qing. Boleh dikatakan, setiap masjid di Beijing telah memperlihatkan percampuran budaya China dan Arab.

Kerana sekarang ramai pelancong-pelancong Malaysia melawat China, mari kita tinjau pula perkembangan ekonomi di Cina sekarang. Sejak Republik Rakyat China ditubuhkan pada tahun 1949, ekonomi China telah berkembng agak pesat. Lebih-lebih sejak dasar pembaharuan dan konsep buka pintu dijalankan pada tahun 1978, ekonomi China berkembang maju secara berterusan dan sihat dengan kelajuan lebih 9% setiap tahun. Pada tahun 2003, Keluaran Dalam Negara Kasar China sebanyak 140 bilion dolar Amerika, jumlah keseluruhan ekonomi di belakang Amerika Syarikat, Jepun, Jerman, Britain dan Ferancis, menduduki tempat ke-6 di dunia.

Sehingga hujung tahun 2003, KDNK perkapita China sudah melebihi 1000 dolar Amerika. Pada masa ini, keadaan pelaburan dan penggunaan di dalam negara China sangat baik. Pada tahun 2003, pelaburan aset tetap seluruh masyarakat China sebanyak 550 bilion Yuan Renminbi. Jumlah jualan runcit barang konsumsi seluruh masyarakat mencatat hampir 460 bilion Yuan Renminbi. Jumlah perdagangan dengan luar berjumlah lebih 85 bilion dolar Amerika, melebihi Britain dan Ferancis dan hanya di belakang Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun, menduduki tempat ke-4 di dunia.

Setakat hujung tahun 2003, rizab wang asing China sudah melebihi 40 bilion dolar Amerika, hanya di belakang Jepun dan menduduki tempat ke-2 di dunia. Melalui pelaksanaan dasar pembaharuan dan buka pintu dan pembangunan modenisasi selama lebih 20 tahun, China telah menyelesaikan pada asasnya perubahan dari ekonomi perancangan kepada ekonomi pasaran sosialisme, sistem ekonomi pasaran sosialisme didirikan dan disempurnakan selangkah demi selangkah.

Sehubungan itu, peraturan dan undang-undang China juga disempurnakan terus, taraf buka pintu di pasar kian hari kian besar dan suasana pelaburan diperbaiki terus, pembaharuan sistem kewangan berkembang secara stabil, kesemua itu telah menyediakan jaminan yang dapat terjamin bagi perkembangan ekonomi China.

Setelah memasuki abad baru, China telah mengemukakan lebih lanjut konsep pengembangan secara menyeluruh dan selaras antara manusia dengan alam, manusia dengan masyarakat, bandar dengan kampung, bahagian timur dengan bahagian barat, dan ekonomi dengan masyarakat. Pada tahun 2002, Kongres Kebangsaan ke-16 Parti Komunis China telah mengemukakan matlamat berjuang untuk membangun secara menyeluruh masyarakat kaya pada tahun 2020.

Walaupun begitu, kita tidaklupa kepada peristiwa rusuhan antara etnik Islam Uighur dan etnik Han di Urumqi wilayah Xinjiang China, baru- baru ini tercetus akibat diskriminasi ekonomi dan politik. Ia diibaratkan sebagai ulangan kepada insiden pada abad ke-19 lalu. Kesinambungan insiden kebangkitan penduduk Islam menentang pemerintahan China yang meletus di Yunan sekitar 1855 hingga 1873. Orang Islam Yunan yang datang dari Sinkiang sewaktu Dinasti Yuan (1271- 1368) merupakan golongan minoriti.

Namun mereka kuat daripada segi penguasaan ekonomi. Bagaimanapun mereka sering dipulau dan berdepan diskriminasi kerana cara hidup dan pegangan agama yang berbeza dengan penduduk lain. Penindasan dan pencabulan hak sering berlaku. Satu lagi kebangkitan orang Islam yang dikenali sebagai Kebangkitan Tungan meletus di wilayah Shensi dan Kansu akibat diskriminasi sosial dan politik.

Akhirnya, teringat saya kepada ucapan Exco Kanan negeri Kelantan YB Dato Husam Musa dalam sessi perbincangan bersama Gerak Usahawan Muslim disebuah hotel di KL awal Jun lalu... kira-kira begini yang saya faham, kata beliau, adalah lebih baik orang Islam di Malaysia memikirkan bagaimana membina hubungan dagang yang melibatkan perkembangan umat Islam di China. Bererti kita membantu mereka secara tidak langsung...

Ya, marilah kita sama-masa gembeling menuju ke arah itu.

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan China 1
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
KLIA Julai2, 10

3 comments:

  1. [url=http://buycialispremiumpharmacy.com/#xvvjl]buy cheap cialis[/url] - buy cheap cialis , http://buycialispremiumpharmacy.com/#vezsg generic cialis

    ReplyDelete
  2. [url=http://buyviagrapremiumpharmacy.com/#oapet]buy viagra[/url] - buy viagra online , http://buyviagrapremiumpharmacy.com/#jvyll buy viagra

    ReplyDelete
  3. [url=http://buyonlineaccutanenow.com/#jfbei]accutane online[/url] - order accutane , http://buyonlineaccutanenow.com/#onrpi accutane 30 mg

    ReplyDelete