SEORANG perempuan 40 tahun meninggal dunia kerana tidak mentaati diet. Dia mempunyai hobi makan fried chicken yang tidak boleh ditinggalkan. Walaupun berat badannya mencapai 286 kilogram dan dia perlu diet, perempuan ini tetap sahaja makan makanan tidak sehat yang dibawa keluarganya secara diam-diam ke hospital, tempat ia meninggal dunia.
Sharon Mevsimler perempuan tergemuk England. Ibu empat anak ini, tetap memohon keluarganya membawa junkfood ke hospital. Mereka kemudian menyeludup ayam goreng, ikan dan kentang goreng masuk RS.
Sharon menolak berhenti pola makan tidak sehat, sehingga akhirnya meninggal dunia akibat serangan jantung. Demikian majalah England 'The Sun' Isnin (Julai 26) melaporkan. "Dia tidak mahu berhenti makan," kata seorang sumber kepada The Sun. (Sumber ANP/AFP)
Komen Blog Ibnu Hasyim: Untuk selamat, ikutlah panduan makan seperti yang digariskan Muhammad SAW, 'Aku tidak akan makan kecuali merasa lapar dan akan berhenti sebelum kenyang'.
No comments:
Post a Comment