Kajian oleh sekumpulan penyelidik Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia itu mendapati 22 peratus remaja Melayu gemar melayari laman web lucah sama ada di rumah mahupun di kafe siber.
Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa 15 peratus remaja Melayu suka melepak, menghisap rokok (13.7 peratus) manakala ponteng sekolah dan memaki hamun orang masing-masing 11.5 peratus.
Pengarah IPSAS, Profesor Dr. Md. Salleh Hassan yang mengetuai kajian itu berkata, bahan pornografi yang terlalu mudah dibeli dan diakses menerusi Internet menjadi punca utama remaja Melayu terjebak dengan gejala tersebut.
Beliau berkata, lebih mendukacitakan, ibu bapa yang ditemu bual tidak mengaku kesilapan anak masing-masing sedangkan si anak mengakui kesalahan salah laku yang dilakukan mereka ketika disoal selidik.
"Dulu, ponteng sekolah yang mendominasi salah laku pelajar tapi kini, mereka yang ditemu bual oleh kumpulan penyelidik kami mengaku lebih suka tengok pornografi dengan ke kafe siber,'' kata Md. Salleh di sini baru-baru ini.
Sementara itu, banyak kerajaan sudah melaksanakan sekatan terhadap Internet dengan menapis akses pengguna kepada laman-laman web lucah serta berkaitan dengan politik dan agama.
Sebuah organisasi bukan kerajaan yang berpangkalan di Perancis, Reporters Without Borders (RWB) menyenaraikan 12 negara yang sudah melaksanakan sekatan itu sebagai China, Myanmar, Korea Utara, Vietnam, Mesir, Iran, Syria, Saudi Arabia, Turkmenistan, Uzbekistan, Cuba dan Tunisia.
Agensi berita Reuters pula melaporkan, Jerman juga tahun lalu telah meluluskan peraturan menyekat akses kepada laman-laman web lucah membabitkan kanak-kanak selepas mencontohi model yang dilaksanakan di Britain, Itali serta negara-negara Scandinavia. (AK)
Komen Blog Ibnu Hasyim: Mengapa Melayu ramai tengok porno? Kerana parti UMNO yang memerintah Malaysia sejak merdeka bukan parti Islam yang tidak kira haram halal. Ada fulus semua lulus, ada wang abang sayang. Inilah kesannya.
Ada kaitan..
salam, salahkan orang lain, ukurlah dikelantan tu,bersepah-sepah cari makan...
ReplyDeleteInternet tanpa tapisan pun satu. Yg media dedah sana sini tak ambil tindakan? Cam majalah mangga dan metro. Siap ada video ekslusif lagi
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=2KOgfq0EGP8feature=player_embedded
Peliknya KDN asyik pantau akhbar pembangkang je... bahan porno yg berlesen ni dibiarkan je
Inilah hadiah kerajaan BN/UMNO kepada rakyat Malaysia dan orang Melayu. Seronok seks, langsung lupa kejahatan UMNO/BN.
ReplyDeleteBN/UMNO ada kuasa memerintah...sila gunakannya utk menapis internet.
Inilah hadiah kerajaan BN/UMNO kepada rakyat Malaysia dan orang Melayu. Seronok seks, langsung lupa kejahatan UMNO/BN.
ReplyDeleteBN/UMNO ada kuasa memerintah...sila gunakannya utk menapis internet.
Inilah hadiah kerajaan BN/UMNO kepada rakyat Malaysia dan orang Melayu. Seronok seks, langsung lupa kejahatan UMNO/BN.
ReplyDeleteBN/UMNO ada kuasa memerintah...sila gunakannya utk menapis internet.
mmg melayu la pling ramai da name malaysia..ramai la org melayu..kalau buat buat kajian kat india ramai la remaja india..aparaaaaaa..
ReplyDelete