Thursday, July 01, 2010

Negara Islam: Nik Aziz Jawab Karpal Singh


KOTA BARU, 1 Julai 10: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata PAS akan terus melaksanakan Islam yang diperjuangkan sejak sekian lama walaupun ada bangkangan daripada beberapa pemimpin parti rakan sekutu dalam pakatan pembangkang, termasuk DAP.

Sehubungan itu beliau mahu Pengerusi DAP Karpal Singh supaya membuktikan konsep negara Islam acuan PAS, yang telah dilaksanakan di Kelantan selama 20 tahun, adalah salah. Beliau, yang juga Menteri Besar Kelantan, menganggap kenyataan Karpal yang menolak gagasan pembentukan konsep negara Islam PAS jika pakatan pembangkang dapat menguasai pentadbiran negara, sebagai kenyataan peribadi.

Katanya, jika terdapat suara-suara sumbang yang lahir dari pemimpin komponen Pakatan Hide allRakyat yang mencurigai hasrat PAS itu, ia merupakan pendapat peribadi masing-masing.

“Selagi mereka (yang tidak bersetuju dengan dasar PAS itu) tidak dapat membuktikan dasar Islam yang kami laksanakan ini salah, kami akan terus perjuangkan dasar ke arah pembentukan negara Islam,” katanya dipetik Bernama.

Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal dalam temu bual bersama sebuah portal berita yang mengulangi pendiriannya menolak untuk berkompromi terhadap konsep negara Islam yang diperjuangkan PAS sekiranya pembangkang mengambil alih negara.

Ia merupakan pendapat peribadi Karpal sendiri, bukannya dari DAP dan setakat ini tidak ada pihak yang dapat membuktikan konsep perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS itu salah, kata Nik Aziz. Bagaimanapun, setakat ini Nik Aziz berkata beliau tidak nampak DAP secara terus-terang menolak dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS, cuma yang ada suara-suara sumbang beberapa kerat pemimpinnya dari luar.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider minggu lalu, Karpal yang mengulangi pendiriannya menolak untuk berkompromi terhadap konsep negara Islam yang diperjuangkan PAS sekiranya pembangkang mengambil alih negara.

“Mustahil bagi DAP berkompromi dalam hal ini. Kami tidak boleh kompromi agar negara berubah menjadi negara Islam (jika PR mengambil alih kerajaan pada masa depan),” kata Karpal.

“Ia sebuah negara sekular. Saya percaya Allahyarham Tunku Abdul Rahman (perdana menteri pertama) pernah menyebut sebelum ini mengenai Malaysia,” kata ahli politik veteran ini kepada The Malaysian Insider.

Karpal yang genap 70 tahun Isnin lalu memberitahu, tidak pernah wujud kekeliruaan mengenai status Malaysia sebagai sebuah negara sekular. Karpal menyalahkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengubah realiti sebuah negara sekular menerusi kenyataan-kenyataan politiknya yang dibuat oleh beliau pada masa-masa lalu, yang telah “mengelirukan orang ramai” berkenaan identiti Malaysia.

“Perlembagaan menyediakan peruntukan mengenai perkara ini. Tiada peruntukan dalam perlembagaan yang mengatakan Malaysia sebuah negara Islam.

“Agama rasmi Malaysia ialah Islam tetapi tidak bermakna ia sebuah negara Islam,” kata beliau lagi.

Sementara itu, menuurut Harakahdaily hari ini Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersetuju cadangan melantik Penasihat Undang-undang sendiri bagi kerajaan Pakatan Rakyat sebagaimana yang dicadangkan sebelum ini. Menurut Tuan Guru, perkara yang sama pernah dibincangkan sewaktu Kelantan di bawah kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah, iaitu sewaktu bergabung dengan parti Melayu Semangat 46. (AK)

4 comments:

Fontonk said...

Suara anak muda,

kenapa UMNO dgn Pas tak bersatu untuk tegakkan syiar Islam?
Kenapa mereka saling caci mencaci antara satu sama lain?
Kenapa Pas tak cuba nasihatkan saudara mereka UMNO?

Macam mana Islam kat Malaysia nak tegak kalau Dua-dua masih bergaduh.
Semakin bnyk la gejala sosial yang berlaku kalau Undang-undang Islam tak ditegakkan.

Anonymous said...

dulu kata Pada 25 Jun 1999, Nik Aziz berkata,

“PAS sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu (dengan DAP), setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa…

skg pandangan peribadi plak? berapa lama lagi nik aziz nak cover up si karpal taik singki ni?!!

Anonymous said...

Fontonk, Suara anak muda

macamana PAS nak Bersatu ngan UMNO, kalau UMNO tak terasa pun nak tegakkan Daulah Islamiyyah?
dan macamna pula UMNO nak bersatu ngan PAS kalau PAS nak buat Malaysia jadi negara Islam zahir dan batin.
Dah lebih 50 tahun PAS dok nasihat saudara dia tu..tgklah dah berapa PM skrg tapi UMNO tetap begitu selamanya

Anonymous said...

Never a muslim nation has progress in any part of this world and or history.It's just a dream.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails