Friday, July 02, 2010

Nik Aziz Cadang Sebut 'Zina' Bukan Seks Bebas


Nik Aziz: Ajar seks di sekolah macam ajar pencuri curi

KOTA BARU, 2 Julai 10 :Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju pendidikan seks diajar di sekolah kerana menganggap langkah itu memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada generasi muda.

Mursyidul Am PAS itu berkata antara lain langkah tersebut akan menggalakkan kanak-kanak di bawah umur mempelajari ilmu seks sesama mereka menyebabkan wujudnya gejala negatif seperti pembuangan bayi.

“Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang.

“Ini semua adalah pengajaran seks yang sedia ada dalam pendidikan masyarakat Melayu dan Islam hari. Saya tak setuju jika ilmu seks diajar di peringkat sekolah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataannya dalam kuliah sebelum itu yang menyelar tindakan sesetengah pihak yang mencadangkan pendidikan seks di sekolah dan menganggap tindakan itu seperti mengajar pencuri kaedah mencuri dengan betul.

Nik Aziz juga mahu agar perbuatan zina dalam Islam dinyatakan sebagai ''zina'' dan bukan ''seks bebas'' seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak.

“Apa salahnya kalau seks bebas kita sebut zina, supaya orang Islam berasa gerun dengan perkataan itu yang telah diharamkan Islam dan orang berzina mesti dihukum dengan hukum hudud,” katanya.

Isu pendidikan seks telah sekian lama diperbincangkan dengan kebanyakan pihak menggesa langkah itu dilaksanakan bagi menangani permasalahan sosial seperti pembuangan bayi yang semakin berleluasa sekarang.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada keputusan muktamad dibuat mengenai perkara tersebut. — Bernama

4 comments:

  1. terima kasih kerana menyiarkan kenyataan ini.
    Ia patut dilaporkan oleh semua laman web aliran Islam yang lain.

    ReplyDelete
  2. Tok Guru NIk Aziz ketinggalan zaman dalam masalah seks. ada perbezaan ketara antara pendidikan seks dan pendidikan hubungan seks.

    ReplyDelete
  3. Rasulullah SAW pernah mengajar bab pengasingan lelaki wanita sejak peringkat unur muda lagi dan dia juga mengajar mcmana adab berhubungan antara suami dan isteri ketika bersama.

    la ni cuba hang mai terang kat sini mcmana perbezaan tu. awat orang dulu dgn orang skrg dah tak paham apa bezanya? generasi hang saja yg paham?

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah syukur...sesungguhnya Islam itu ajaran yg terkandung padanya 'tidak pernah' kolot!!! kerana ia adaah daripada ALLAH Yang Maha Esa lagi Maha Pencipta...manusia yg mngatakan ia kolot adaah manusia yg lupa pada tuntutan PENCIPTA-nya...na'udzubillahhiminzalik...astaghfirullahalazim...astaghfirullahalazim...astaghfirullahalazim...semoga selamatlah anna RossamaNurHusna dan keturunan daripada perkara ini Ya ALAHU AKBAR...

    ReplyDelete