Pada saya, Misi tersurat Datuk Husam kunjungi China kali ini ialah mempromosikan ..
'Cheng Ho Exhibition' -ProsperousIslam- yang akan diadakan di Kelantan. Bertempat di Kelantan Trade Centre And Sultan Muhammmad IV pada 5-10 Oktober 2010 akan datang. Kempen untuk menarik pengunjung ke majlis tersebut. Juga menarik pelabur-pelabur negara China di Kelantan. Ramai pemodal-pemodal besar telah ditemui.
Juga usaha melihat dan mengkaji ilmu pertanian seperti cendawan, cili, anggor dan lain-lain yang gagal dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian Malaysia.. Saya lihat sendiri bagaimana di sana projek tersebut dilaksanakan dengan lebih murah, tetapi hasilnya berkali-kali ganda. Cili umpamanya, memang boleh dilaksanakan di Kelantan... dan banyak lagi. Saya akan cuba huraikan lain kali.
Misi tersirat beliau pula, ialah eratkan hubungan dengan umat Islam China, yang sekali gus ada kaitan dengan pembangunan dagangan dan politik. Kerana itu contoh yang diambil adalah seorang laksamana bernama Muhammad Cheng Ho. Menurut ensiklopedia bebas Indonesia...
"Cheng Ho (Hanzi tradisional:鄭和, Hanzi sederhana: 郑和 , Hanyu Pinyin: Zhèng Hé, Wade-Giles: Cheng Ho; nama asli: 马三宝 Hanyu Pinyin: Ma Sanbao; nama Arab: Haji Mahmud Shams) (1371 - 1433), adalah seorang pelaut dan penjelajah Tiongkok terkenal yang melakukan beberapa penjelajahan antara tahun 1405 hingga 1433.."
"Cheng Ho adalah seorang kasim Muslim yang menjadi orang kepercayaan Kaisar Yongle dari Tiongkok (berkuasa tahun 1403-1424), kaisar ketiga dari Dinasti Ming. Nama aslinya adalah Ma He, juga dikenal dengan sebutan Ma Sanbao (馬 三保), berasal dari provinsi Yunnan. Ketika pasukan Ming menaklukkan Yunnan, Cheng Ho ditangkap dan kemudian dijadikan orang kasim. Ia adalah seorang bersuku Hui, suku bangsa yang secara fisik mirip dengan suku Han, namun beragama Islam.
Cheng Ho berlayar ke Malaka pada abad ke-15. Pada tahun 1424, kaisar Yongle wafat. Penggantinya, Kaisar Hongxi (berkuasa tahun 1424-1425, memutuskan untuk mengurangi pengaruh kasim di lingkungan kerajaan. Cheng Ho melakukan satu ekspedisi lagi pada masa kekuasaan Kaisar Xuande (berkuasa 1426-1435)."
Setahun dua lepas semasa saya pulang dari China melalui jalan darat, saya sempat melalui kawasan tempat kelahiran Cheng Ho di Kumning, tetapi tidak singgah.
Puluhan tahun lalu, sewaktu China mula membuka pintu negaranya kepada kemasukan pengunjung luar, Tok guru Nik Aziz antara pemimpin pertama yang menyambutnya. Kini rakyat Kelantan antara yang ramai mencurah-curah ke sana sekarang. Tuan Haji Yusuf Rawa Pemimpin PAS pada masa itu (tidak pasti samada berjawatan Presiden atau Mursyidul Am) juga turut pergi menziarahi China pada peringkat awalan tersebut.
Saya juga ada menulis mengenai (Wednesday, May 9, 2007) 'Masjid Cina: Orang Cina Tolong Melayu'
Begini kira-kira cabutan sebahgian darinya..
Pada saya, kerana sifat kebangsaan dan asabiah yang tebal itu, orang Melayu seolah-olah lupa di mana banyak jasa-jasa orang Cina dalam menolong dan menyelamatkan orang Melayu tidak diketengahkan dalam catatan sejarah negara ini. Itu pandangan saya dari seorang yang kebetulan berbangsa Melayu, dan tidak pernah pun meminta dilahirkan sebagai bangsa Melayu..
Saya cuba-cuba ingatkan kembali perbualan saya sewaktu mengikuti rombongan kajian mengenai orang Cina Muslim di Pulau Ketam, dekat pelabuhan Kelang puluhan tahun yang lalu…
Bot yang kami tumpangi itu membawa sarat penumpang dalam perjalanan beberapa jam merentasi teluk dan selat. Sesampainya di pelabuhan Pulau Ketam itu, kami turun. Kami lihat seakan-akan tiada orang Melayu seorang pun tinggal di
“As-salamu ‘alaikum?” Suara orang memberi salam.
Sepatutnya kami memberinya salam terlebih dahulu, tapi kami tak sangka beliau yang berpakaian seperti orang Cina biasa belum Islam, rupanya seorang yang telah menganut Islam. Lepas jawab salam, beliau dan isterinya menyambut kami, membawa kami ke surau, yang beliau sendiri sebagai tok siaknya… Dan petang hingga malamnya, beliau juga yang berniaga makanan berhampiran depan surau itu. Pelanggannya tidak ramai yang Muslim.
“Sebenarnya kita tidak perlu terkejut…” Kata seorang ustaz yang ikutserta dalam rombongan kami itu. “Jumlah orang Cina Islam di negeri
Kami saling berkenalan dan bersalaman. Tidak macam orang Arab berkenalan dan berpelukan. Nama Islam beliau adalah Adam bin Abdullah.
“Nabi Adam AS adalah manusia pertama yang tunduk patuh kepada Allah SWT turun menyambung zuriatnya di muka bumi… Apakah anda juga orang Cina pertama menganut agama tunduk patuh yang juga ingin menyambung zuriat di Pulau Ketam ini??” Saya mengacah.
“Oo. Tidak. Saya bukan orang Cina pertama yang menganut Islam di sini, ramai lagi.” Katanya merendah diri. “Tapi saya yakin, saya menganut cara hidup yang selamat. Kerana Islam itu adalah sejahtera atau selamat, begitu juga ada yang mengertikan tunduk patuh atau menyerah bulat-bulat pada Allah. Saya berazam nak selamatkan bangsa saya, keluarga saya dan generasi saya dari durjana dunia dan neraka Jahannam di akhirat.”
“Sebenarnya datuk nenek anda, telah banyak menyelamatkan bangsa kami, bangsa Melayu, dengan mengislamkan kami …”
Beliau macam terkejut. Kerana waktu itu, selalunya orang Melayu kalau sebut fasal masuk Islam, memang dikaitkan dengan ‘masuk Melayu’. Seolah-olah bangsa Melayu lebih hebat dari bangsa Cina dalam menerima agama Islam. Bila masuk Islam disuruh ‘bin atau binti’kan dengan Abdullah.. Bererti hilanglah kesinambungan keturunan mereka yang sangat-sangat mereka pelihara. Terasa mereka terpaksa meninggal budaya asal mereka. Lebih-lebih lagi bila berkahwin dengan gadis-gadis Melayu dan mendapat taraf ‘bumiputera’.
Kalau mereka masuk Islam, mereka terpaksa meninggalkan tamaddun mereka yang begitu lama, agung dan tinggi, dengan menganut tamaddun Melayu yang amat baru berbanding dengan ketuaan tamaddun asal mereka. Tidak semua mereka yang sanggup begitu. Ramai sudah yang masuk Islam telah hilang nama, keturunan dan budaya mereka ditelan oleh budaya Melayu.
Pada hal Islam tak suruh begitu. Tidak semua budaya mereka tidak baik seperti juga budaya Melayu, tidak semuanya baik.
“Mengapa encik sebut datuk nenek kami berbangsa Cina tolong selamatkan datuk nenek encik orang Melayu??” Adam macam hairan, bolehjadi belum pernah dengar kata-kata macam itu.
“Kalau nak dakwahpun, jangan sampai jatuhkan bangsa sendiri…?” Seorang anggota rombongan yang hadir bersama-sama kami, menyindir perlahan kata-kata saya itu, seolah-olah tidak mahu didengari oleh Adam.
“Islam itu adalah jalan hidup yang selamat. Pembawa atau penyampai agama tersebut kepada kita boleh disebut penyelamat, atau penolong yang beritahu kita supaya selamat. Bangsa apakah yang baik hati pembawa Islam di rantau ini, yang telah menyelamatkan bangsa Melayu dari sesat di dunia dan di akhirat??”
“
“Ya, kajian-kajian sejarah melalui batu bersurat dan sebagainya, telah banyak membuktikan di mana orang-orang Cina turut berperanan menyelamatkan bangsa Melayu dari penjajahan aqidah yang kacau berserabut kepada aqidah Islam yang Esa dan Tunggal.” Saya terus menjelaskan. Dan seterusnya…
Bukan itu saja, menurut buku ‘The Muslim in
Contohnya pelayaran pertama (Jun 1405 hingga September 1407) selama 2 tahun. Dengan sebuah armada besar Muhammad Cheng Ho menyusuri pantai menuju Champa, sebuah pesisir penduduk Islam di Pantai
Di Melaka, beliau menempatkan pasukannya di suatu kawasan berbukit, yang akhirnya disebut Bukit Cina atau Chinese Hill. Beliau dan pengikutnya terus menziarahi Raja Melaka, iaitu Parameswara yang masih beragama Hindu. Disampaikan hadiah terdiri dari emas, wang Tiongkok, sutera porsolen dan beberapa payung kuning. (Tradisi payung kuning bagi raja-raja Melayu pun bermula dari sejak itu..)
Melaka waktu itu di bawah takluk
Berdasarkan ikataan persahabatan dengan pemikiran-pemikiran Islam agama anutannya, Muhammad Cheng Ho telah mengutus
Bukan itu sahaja, bahkan kunjungan muhibbah Muhammad Cheng Ho itu berjaya membangunkan hubungan politik, diplomatik dan sosial secara damai dengan pemerintah berbagai negeri di Laut Selatan. (Parameswara setelah memeluk Islam dikahwinkan dengan Puteri Hang Li Po dari negeri
Hal ini mungkin menjadi salah satu sebab mendorongkan ahli-ahli bisnes Cina mengalir secara besar-besaran ke negeri-negeri Asia Tenggara waktu itu. Sehingga dikatakan ramai penduduk-penduduk tertentu di Thailand, Melaka, Indonesia dan Filipina, kerana terlampau sayangkan beliau menyebabkan mereka membangunkan kuil atau shrine bagi menghormati ‘San Pao Kung’ atau ‘Sam Po Bo’ iaitu gelaran kehormat kepada Muhammad Cheng Ho.
Berbeza dengan pengembara-pengembara barat lain seperti Christopher Columbus dan Vasco Da Gama, mereka merompak dan membakar rumah penduduk tempatan yang dikunjunginya. Bagitu juga lanun-lanun barat lain yang menangkap penduduk-penduduk tempatan Afrika untuk dijual sebagai hamba abdi.
“Di situlah hebatnya misi dakwah dan penyelamat yang dibawa oleh peribadi Islam seorang Laksamana dari sebuah kerajaan super power bahagian timur waktu itu.” Kata saya.
“Bukan macam Amerika sekarang..” Ustaz itu menambah dengan geram. “Konon untuk mengawal keamanan dunia sanggup menyerang dan memusnahkan negara-negara kecil seperti
Menurut Prof Dr Hamka dalam bukunya ‘Sejarah Umat Islam’, di mana Muhammad Shah (nama Islam kepada Parameswara) sendiri pergi mengadap Maharaja Cina bersama anak isterinya berserta 450 orang pengiring. Beliau disambut dengan penuh kebesaran, dihadiahkan dengan emas (100 tahil), wang kertas (40,000), wang perak (2,600), kain cita sutera (200), sutera (1,000 kayu), kain sutera dilekat dengan emas (2 kayu) dan beberapa orang ahli pertukangan beragama Islam.
Tukang-tukang inilah yang turut membantu pembangunan masjid-masjid di negeri Melaka, sehingga boleh dilihat unsur-unsur kecinaan senibina di masjid-masjid tertuanya.
“Ya. Lihat Masjid Kampung Hulu, Masjid Tengkera dan lain-lain, itu sudah Masjid Cina.. Cuma pihak-pihak tertentu perlu me‘makmur’kan masjid tersebut supaya menepati konsep Masjid Cina seperti yang dikehendaki. Itu sekurang-kurangnya, kalau nak buat Masjid Cina… Tapi, jika nak buat Masjid Cina yang baru di KL ke,
“Pelik.. Sepatutnya untuk mengenang jasa-jasa orang Cina menyelamatkan bangsa Melayu, maka hendaklah dibina Masjid Cina.. antara salah satu dari caranya.” Ustaz itu menyampuk. “Ini tidak.. Mereka bangunkan kembali perkampungan dan budaya bekas penjajah Portugis, yang melahirkan bangsa yang tak tentu identiti. Anak-anak kacukan yang dilahirkan oleh ibu-ibu Melayu, tetapi merasakan diri macam Portugis, walaupun kulitnya agak gelap. Tidak suka pula berbahasa dan berbudaya Melayu walaupun tinggal di negara ini. Beragama bukan macam agama orang Melayu masakini. Mereka pilih Kristian. Kita pun tidak tahu bagaimana pernikahan ibu-ibu mereka dengan orang bukan Islam, adakah mereka anak luar nikah? Ataupun mereka adalah anak mangsa-mangsa rogol puak penjajah??….”
Tiba-tiba bahu ustaz itu ditepuk-tepuk oleh sahabat saya yang satu lagi. “Sabar ustaz! Jangan emosi sangat!!” Katanya.
“Tidak, saya tidak emosi. Cuma saya merasa sedih kerana ketelusan melihat sejarah telah dikaburi oleh asap-asap sampah perkauaman. ” Kata ustaz itu. “Pernah pada awal tahun 90an ada usaha-usaha membongkar kesahihan Melayunya bangsa Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu, tapi dihalang oleh pihak-pihak tertentu. Kerana ada hipotesis menyebutkan Hang Tuah dan rakan-rakannya adalah berbangsa Cina.”
“Ya, sayapun ada dengar juga.” Saya menjelaskan. “Mereka adalah pendekar-pendekar Cina yang dihantar oleh kerajaan Cina untuk mengawal puteri Hang Li Po yang dihadiahkan melalui perkahwinan dengan Sultan Melaka… ”
Ya. Sila lihat kertas kerja Mohd Yunus Ibrahim dari Jabatan Sejarah UKM bertajuk ‘Melaka 1400-1511 Dari Aspek Kamasyarakatan.’ Juga ada dikaitkan dengan tokoh-tokoh sejarah seperti Prof Khoo Kay Kim, Dr Tan Ooi Chin dan pengkaji-pengkaji di
“….Tapi bagi golongan-golongan yang fanatik asabiah, mereka rasa berita seperti itu patut dihentikan segera dan tak boleh dilanjutkan perbincangan. Kononnya kepahlawanan Hang Tuah sudah sebati dengan orang-orang Melayu, bahkan melibatkan maruah bangsa dan negara. Hang Tuah sebagai lambang orang Melayu yang tidak pernah derhaka pada rajanya.” Ustaz itu menambah. “Bahkan ada sebuah parti Melayu terbesar di negara ini yang memaparkan gambar besar dan kata-kata ‘Tak Melayu Hilang Di dunia’ sebagai slogan perjuangannya.”
“Oo.. Terima kasih semuanya, jom kita minum sikit!” Adam terus mengajak kami minum ringan, setelah kami puas berbincang.
Lepas itu beliau ajak kami berjalan-jalan tinjau sekitar kawasan tersebut. Akhirnya kami pun pulang dengan penuh kenangan dan pengajaran.
Beberapa tahun kemudian ustaz itu pergi lagi ziarah ke tempatnya, tapi Adam kawan kami itu sudah tiada. Rupanya beliau sudah pindah ke kawasan Melayu, bercampur dengan Melayu di Selangor.
Maka tinggallah Pulau Ketam yang kegiatan dakwahnya pun macam perjalanan seekor ketam, di kalangan bangsa yang suka makan ketam.
Kesimpulan yang saya buat, orang Melayu jangan terlalu taksub dengan asobiah perkaumannya, kerana banga Melayu pernah ditolong oleh bangsa Cina dengan mengIslamkan orang Melayu. Jadi perjuagan bangsa Melayu yang tidak berlandaskan Islam, adalah perjuangan sempit, lahir dari otak terhimpit tersepit yang tidak global. Contoh, kalau nak berjuang UMNO di negara seperti China ini.. tak ada ruang.. yang ada adalah perjuangan Islam!
Allahu Akbar!
Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan China 3
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL Julai 11, 2010
Lihat catatan perjalanan ke China, Vietnam, Laos & Thailand sebelum ini..
- Yala: Maaflah Kawan... siri15
- Palestin, Tiada Maruah Tiada Sokong.. Dr Mohd Hasy... siri14
- Pattani: Cungkil Kenangan lama... siri13
- Tabligh, Politik & Malangnya Saya... siri12
- Teh Tarik Di Viantiane, Laos. siri 11
- Mencari Masjid Di Bandar Ha Noi.. siri 10
- Datang, Pergi, Izin & Tanpa Izin.. siri 9
- Zakat Sumber Pembangunan siri8
- Yunnan Negara Islam? siri7
- As-salamu... Satu Kalimah Ajaib. siri6
- Suatu Pagi Di Shenzen.. siri5
- Supaya Politik Cina Malaysia Berubah Ke Arah Islam... siri4
- Berbasikal, Kurangkan Kes Jenayah Di Guangzhou. siri3
- Haus Di Maqam Abi Waqqas.. siri2
- Usahawan Melayu Di Guangzhou siri1.
- Himbauan Cerpen Ke Guangzhou..
- Pergolakan Islam di China?
- Kerana Cheng Ho, Saya Pilih Kunming..
- Love Story from China..
Zheng He: Muslim Chinese Admiral and Navigator
8 comments:
tak ada siapa pun yang menafikan sumbangan Laksamana Cheng Ho /Zheng He yang berketurunan dari timur tengah (beliau pun bukannya sepenuhnya Bangsa Cina, Tuan Haji) dalam membantu Kesultanan Melaka meneguhkan kerajaannya termasuk dalam hal menegakkan syiar Islam. Tapi untuk mengatakan Bangsa Melayu terlalu taksub dengan sifat asabiyah saya rasa terlalu melampau. bagaimana pula dengan kemurahan Bangsa Melayu memberikan kerakyatan kepada imigran Cina & India sewaktu kemerdekaan dahulu? cuba Tuan Haji compare dengan dasar Kerajaan China terhadap wilayah Xinjiang/Turkistan Timur. apa nasib bumiputera di sana yang ditekan dari segi agama, budaya & sosial oleh pemerintah China? alang2 di sana, Tuan Haji lihat sendiri.
kalau ikutkan, bukannya Cheng Ho saja yang digelapkan sejarah bahawa beliau seorang Islam, bagaimana pula peranan keturunan Arab dari Champa dan India dalam menyebarkan Islam di rantau ini? bagaimana pula dengan peranan Wali Tujuh? Wali Sembilan? kenalkah dengan nama Syeikh Maulana Jamaluddin Akbar yang banyak menurunkan keturunan ulama di sini?
memang mudah Tuan Haji untuk menuduh semua orang Melayu sebagai rasis atau terlalu asabiyah. kadang2 saya tak faham kenapa Tuan Haji asal ada je yang berkait dengan mempertahankan bangsa, terus Tuan Haji cop asabiyah & kaitkan dengan UMNO. yang ramai pertikaikan ialah maklumat Hang Tuah tu adalah Cina. siapa yang buat kajian tu? adakah dia tu pakar sejarah yang dah menulis beratus2 buku? adakah benda tu sekadar hipotesis? atau dah dibuat thesis/kertas kerja/seminar yang membuktikan semua dakwaan tersebut? Tuan Haji kan ada PhD, mesti Tuan Haji sendiri tahu untuk menilai validity sesuatu maklumat bukan? rujuk http://mistisfiles.blogspot.com/2010/07/kajian-kesshahabudeen-jalil-dan-hang.html
Cuma yang saya ingin ingatkan, dalam keghairahan kita berdakwah & politik, tetap perlu berhati2. lihat kepada situasi & realiti. kalau tak, dalam tak sedar, kita menjadi alat untuk dipergunakan..
...
...
Fikirkanlah...
Terima kasih. Saya ambil perhatian. Alhamdulillah.
Terima kasih. Saya ambil perhatian. Alhamdulillah.
terima kasih atas keterbukaan dan penerimaan Tuan Haji. macam nilah salah satu contoh dakwah yang terbaik. =)
mohon maaf jika komen saya di atas tu agak kasar.
Salam hormat,
terima kasih atas keterbukaan dan penerimaan Tuan Haji. macam nilah salah satu contoh dakwah yang terbaik. =)
mohon maaf jika komen saya di atas tu agak kasar.
Salam hormat,
assalamualaikum..
saya pun setuju dengan pendapat anonymous tu. tidak semestinya apabila ada sahaja usaha untuk mengetengahkan bangsa melayu... seluruh alam berkokok melayu ini racist.
bagaimana dengan pembinaan sekolah jenis kebangsaan cina/india? tidak racist kah? tapi kita benarkan juga.
bangsa cina dan india itu juga ada yang racist. ada yang lahir di negara ini,cakap bahasa melayu pun tak tahu. bagaimana tu?
untuk membuat artikel yang memihak kepada itu ini atau mengata itu ini boleh... tapi pemilihan perkataan itu penting.
saya setuju dgn anonymous.
Kajian Tuan Haji dan tulisan tuan haji memang akademik. Kajian tentang sumbangan bangsa Cina suatu ketika dulu memang sangat signifikan berdasarkan kajian Tuan haji.
Ia sepatutnya dipisahkan dengan sangkaan buruk terhadap bangsa melayu sendiri semata-mata. Perlu dikaji juga apakah situasi politik sebenar zaman dahulu antara bangsa Cina, Melayu, Arab, India, dan seluruh Rantau. Pasti ada pihak yang mengeruhkan hubungan antara bangsa, di kota Melaka contohnya. Pasti ada campur tangan politik kotor bangsa penjajah terhadap hubungan baik semua. Perlu juga dikaji secara mendalam sebelum memukul rata bahawa melayu adalah bersifat perkauman.
Tapi, kajian hipotesis en shahabudeen pula sangat meragukan dan tulisannya langsung tidak akademik. Jangan sebab termakan hipotesis nya, kredibiliti tuan haji jatuh.
Saya seorang pengurus dalam bidang marketing dan penggunaan ayat pada setiap kata adalah perkara penting bagi kami. Kami belajar menggunakan ayat dan mendalami bidang NLP dan Hypnosis. Menurut pembacaan saya terhadap tulisan en shahbudeen, dia banyak menggunakan ayat2 yang strong pada pendahuluan tulisan untuk melepasi critical phase di minda manusia.
Tentu tuan haji sendiri pelik, mengapa dia menulis pada permulaan tulisan seolah2 kita sudah pun tertipu. Sedangkan dalam tulisan masih ditahap Hipotesis.
adakah kita sudah pun tertipu? sedangkan penulisan masih dalam fasa hipotesis?
Presuppose, adalah satu teknik NLP utk melepasi critical concious.
Ia hanya satu teknik marketing Tuan Haji. Untuk menggalakkan pembacaan.
Saya pasti ramai yang "terbeli" dengan artikelnya, kerana pendahuluannya.
Ini pendahuluannya, boleh diperhatikan semula.
Ramai di kalangan anggota masyarakat kita terutamanya orang-orang Melayu menganggap Hang Tuah adalah legenda pahlawan Melayu. Pada hakikat sebenarnya Hang Tuah bukanlah dari keturunan Melayu sebagaimana yang disangkakan. Itulah yang bakal dihuraikan dalam artikel ini.
"Selama ini orang-orang Melayu telah terkeliru atau mungkin tertipu dengan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu yang dibangga-banggakan."
[Selama ini,Telah, (Teknik Pacing & Leading(timeline), Presuppose)]
"Hang Tuah sebenarnya telah diMelayukan untuk tujuan kemegahan semacam bentuk yang tercatat pada Robin Hood."
[Sebenarnya, Telah, Semacam Robin Hood (Pacing & Leading, presuppose,Comparing@metaphor)]
Di dalam bilik-bilik darjah, dewan-dewan kuliah atau seminar bermotifkan sejarah atau kajian sejarah hanya membincangkan tentang kepahlawanan, kebijaksanaan serta kesetiaan Hang Tuah.
[Didalam ...etc,Hanya(Pacing(space-based), Limiting belief)]
"Kisah Hang Tuah yang diagung-agungkan ini telah menenggelamkan keadaan sebenar tentang asal keturunannya."
Betulkah kita telah tertipu dan terkeliru? Bukankah ini sekadar hipotesis? Kenapa menggunakan ayat pemasaran seperti ini? Jika Tuan Haji mendalami ilmu yg kami dalami, mungkin Tuan Haji akan lebih nampak betapa bahaya penggunaan teknik2 ini tanpa fakta yg kukuh. Kerana ia berupaya melepasi critical phase minda kita.
Ini soal sejarah Tuan Haji, bukan soal jualan produk. Pembahasaan kami berbeza untuk mempengaruhi minda kritikal pembeli. Tapi dalam soal akademik dan fakta sebenar, ia tidak boleh dikompromi. Apatah lagi masih dalam tahap hipotesis dan penulis punya latar belakang yang,...siapa tahu?
saya turut setuju dgn komen2 atas. Fakta ttg Cheng Ho sudah pun jelas. Malah sudah pun ditulis di wikipedia. Cuma tidak diketahui masyarakat kita kerana kurang membaca.
Tapi soal hang tuah berbangsa cina masih belum ada dasarnya. Tapi ditulis lagak fakta kukuh basis empirikal gitu. Memalukan! Siapa Shahabudeen itu? Jurnalis akhbar murahan kah?
Tuan Haji, pasti tuan haji juga pernah terbaca tentang Islamnya Wong Fei Hong? Mohon pencerahan. Artikel ttg ini juga tersebar luas lagak fakta kukuh. Tapi tiada rujukan. Sungguh memalukan!
Lebih memalukan website NGO ternama dan blog seorang ADUN juga turut menyebarkan tanpa mengetahui asas dan sumber artikel.
Patutlah masyarakat malas membaca dan mengkaji kekukuhan sesuatu fakta jika pemimpin pn sebegitu.
Terbayang bagaimana kritikalnya dan telitinya ilmu hadith yg dibina oleh sahabat dan tabiin serta ulama silam. Begitu berhati2 dalam menyampaikan berita sehingga wujud Ilmu2 hadith seprti jarh wa ta'dil, takhrij dan sebagainya.
Mohon Tuan Haji memberi pencerahan ttg artikel wong fei hong seorang muslim.
Terima Kasih.
Post a Comment