PM Najib & mantan PM Pak Lah ketika hadir pengkebumian Allahyarham Tun Omar Ong Yoke Lin di Makam Pahlawan disini hari ini. Lihat mayyitnya ditutupi bendera Malayisa.. Pernah satu ketika dulunya mayyit orang PAS ditutupi bendera PAS, dianggap ekstrim & taksup parti oleh media kerajaan..
Perginya Omar Ong Yoke Lin, Perintis Perikatan
KL. Khamis Julai 1, 2010: Dengan kembalinya ke Rahmatullah Tun Omar Ong Yoke Lin hari ini, Malaysia kehilangan seorang pejuang kemerdekaan dan anggota terakhir kabinet pertama negara di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman.
Omar, 92, meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di sini pada 8.15 pagi tadi dan jenazah dikebumi di Makam Pahlawan.
Allahyarham merupakan seorang daripada pengasas MCA dan pada 1952, dan bersama-sama Datuk Yahya Razak dari Umno, membuka jalan ke arah pembentukan Perikatan MCA-Umno yang membawa kepada kelahiran gabungan parti pelbagai kaum dan pelopor kepada Barisan Nasional yang terus memerintah negara sehingga hari ini.
"Ong Yoke Lin dan Datuk Yahayalah yang memutuskan untuk membentuk sebuah perikatan bagi bertanding pada pilihan raya ini," kata almarhum Tunku Abdul Rahman dalam bukunya pada 1977 bertajuk "Looking Back", bagi mengimbas pilihan raya perbandaran Kuala Lumpur pada 1952 ketika negara masih di bawah pemerintahan British.
Perikatan itu, yang memenangi sembilan daripada 12 kerusi pada pilihan raya itu, kemudiannya disertai MIC.
Omar yang merupakan Ketua MCA Selangor, kemudian menjadi Naib Presiden MCA dan anggota Parlimen Ulu Selangor.
Beliau adalah antara empat anggota parti Perikatan yang menggubal Perlembagaan Malaya ketika itu di London pada April 1957 sebelum kemerdekaan pada Ogos tahun yang sama.
Pada 1961, beliau mengetuai delegasi Malaya ke Sarawak bagi membincangkan pembentukan Malaysia dan merupakan seorang daripada wakil yang menandatangani perjanjian penubuhan Malaysia di London pada September 1963.
Beliau diberikan jawatan Menteri Pos dan Telekomunikasi oleh Tunku Abdul Rahman dalam barisan kabinet 10 anggotanya pada 1955 yang turut melibatkan tokoh terkemuka seperti Tun Abdul Razak, Tun V.T.Sambathan, Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan Tun H.S.Lee.
Antara 1956-1957, beliau menyandang jawatan sebagai Menteri Pengangkutan dan dalam kabinet pertama selepas kemerdekaan, Omar diberi portfolio Menteri Buruh dan Kebajikan Sosial.
Beliau berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan dan Kebajikan Sosial dari 1959 hingga 1962 serta menteri tak berportfolio (1962-1973).
Pada Mei 1962, Omar berlepas ke Amerika Syarikat bagi berkhidmat sebagai Wakil Tetap ke Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi tempoh 10 tahun sehingga 1972.
Beliau berkhidmat dan bersara presiden Dewan Negara antara 1973 dan 1980.
Selepas meninggalkan kerajaan, Omar memegang beberapa jawatan tinggi di sektor swasta termasuk sebagai Pengerusi Esso Malaysia Bhd, Malaysian Oxygen Bhd dan OYL Industries Bhd.
Dilahirkan di Kuala Lumpur pada 23 Julai 1917, Omar mendapat pendidikan di Victoria Institution di mana beliau bertemu Yahya.
Beliau lulus peperiksaan matrikulasi Universiti London pada 1934.
Omar, yang memeluk Islam pada 1961, dianugerahkan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota yang membawa gelaran "Tun" pada 1979.
Beliau terlibat secara aktif dengan kerja kebajikan antaranya sebagai Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan St John's Ambulans, presiden Yayasan Jantung Malaysia dan naib presiden Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim). -BERNAMA
Komen Blog Ibnu Hasyim: Apa yang menarik, dikatakan pada zaman Allahyarham Tunku Abdul Rahman memerintah, ramai rakan-rakan Tunku bukan Islam yang sama-sama dalam kabinetnya telah masuk Islam berbanding pemimpin-pemimpin (PM) selepasnya. Termasuk Allahyarham Omar Ong Yoke Lin tokoh sejarah ini. Apakah istimewa Tunku? (AK)
2 comments:
Ini adalah laman web yang sangat halus, terima kasih dan melihat bahawa [url = http; / / ciufcia.pl] DLA dzieci gry [/ url]
Listen
Read phonetically
Wow all I can say is that you are a great writer! Where can I contact you if I want to hire you?
Post a Comment