KL: JULAI 12, 10: "SUDAH jelas termaktub dalam perlembagaan kita pada Perkara 3 (1) bahawa agama bagi Persekutuan adalah Islam. Pengubal perlembagaan dahulu iaitu Suruhan jaya Reid meletakkan Islam sebagai agama persekutuan dan tidak menyebut atau menghuraikan atau mencadangkan secara terperinci apa-apa terhadap status agama Islam."
Blog Ibnu Hasyim sangat tertarik dengan kenyataan Professor Aziz Bari di atas, seperti yang dinukilkan oleh Blog Warta Shubhi 'Tegakkan Islam Di Malaysia Melalui Perlembagaan', dari wawancara dengan Mingguan Malaysia Ahad lalu.
Menurut blog itu, para pemimpin yang tidak mahu kepada Islam, bijak pandai undang-undang seperti Karpal Singh sebenarnya memandai apabila berkata bahawa Islam sebagai agama Persekutuan bermaksud hanya pada perkara-perkara ritual sahaja. Sedangkan tidak ada disebut lansung dalam perlembagaan bahawa Islam sebagai agama Persekutuan hanya pada perkara ritual.
Suruhanjaya Reid membiarkannya kosong agar kita dapat mengikut selera kehendak serta percaturan cara pemerintahan kita. Oleh itu disarankan "... agar parti Pas mula memperjuangkan usul bagi menegakkan perlembagaan Negara kita yang menyatakan Islam sebagai agama Persekutuan."
Ini bukan bermaksud untuk melaksanakan hukum hudud apabila memegang tampuk pemerintahan, yang terbukti masih tak mampu dilaksanakan oleh Kelantan, Kedah atau Terengganu suatu ketika dulu dengan berbagai alasan. Perlu mulakan dengan menolak segala aktiviti, undang-undang atau ketetapan yang melanggar perlembagaan 'Islam adalah agama Persekutuan'.
Jadi, antara saranannya adalah..
Satu: Semua warga Negara Malaysia perlu akur dengan segala yang termaktub di dalam perlembagaan.
Kedua: Bagi Pas, perkara 3(1) pasti menjadi agenda utama yang perlu ditegakkan, tak payah bawa falsafah lain bagi membezakan bahawa ideologi Pas adalah ideologi Islam manakala ideologi Negara Malaysia adalah ideologi sekular.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Apakata pemimpin-pemimpin PAS atau Dr Mujahid sebagai Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat? Bolehkah ia dijadikan sebagai pendekatan baru dalam perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS? (IH)
Cadangan Prof.Aziz Bari ni sangat baik dan praktikal.Tak faham mengapa PAS tidak berupaya melihat isu ini dari perspektif yang dicadangkan oleh Prof.Aziz.Asyik-asyik hudud dan kisas walhal perlaksanaan kearah Negara Islam tu boleh dibuat cara berperingkat.Tak boleh ikut kepala Harun Din,dia pun bukan betul sangat.Approach baru ini wajar diteroka dan diperhalusi.Tak usah cakap nak berunding dengan ulamak-ulamak UMNO lagi.Buang masa.
ReplyDeletekita perlu buat perubahan dikit demi dikit. lama2 jadi bukit.
ReplyDeletePertegakkan Islam, itulah fisabilillah dan perjuangan sebenar