Thursday, July 15, 2010

Sarimah: Muslimah N/China, Nak Jodoh Orang M'sia?

CATATAN PERJALANAN CHINA 6

GADIS dalam gambar ini bernama Sarimah. Dia berkerja di sebuah Pertubuhan Islam di bandar Chengdu, distinasi terakhir, rombongan kami yang di ketuai oleh YB Dato Haji Husam Musa bagi mempromosikan, Pameran Laksamana Cheng Ho dan Perdagangan Antarabangsa China yang akan berlangsung di Kota Bharu pada 5-10 Oktober tahun ini.

Maaf, gambar ini diambil dengan tidak minta izin darinya, depan pejabatnya secara kebetulan sahaja. Tinggi tubuhnya, lebih kurang 5 kaki lebih, mungkin dekat-dekat 5 kaki setengah. Berumur 30 tahun, belum pernah kahwin lagi, mungkin sedang menunggu-nunggu jodoh yang sesuai agaknya. Kami dapat peluang bersembang dengannya selepas mesyuarat dengan pertubuhan Islam yang menjadi majikannya.

Semasa mesyuarat di ibupejabat masjid tersebut, kiri sekali YB Datuk Husam, di belakang kanan hujung sekali, Sarimah.

Selepas mesyuarat kami bergambar beramai-ramai di dalam kawasan masjid yang sebumbung dengan pejabat persatuan tersebut.

Sempat saya bergambar dengan pemimpin persatuan dam imam di situ.

Dia ikut dalam van rombongan kami menjadi pemandu pelancong membawa kami ke masjid-masjid dan tempat-tempat berkaitan dengan Islam di Chengdu. Kami dapat mengenalinya secara dekat. Antara salah satu lawatan kami ialah di sebuah masjid, pinggir kota. Se sampainya kami di depan masjid itu, terpampang kain rentang menyambut rombongan kami dari kerajaan Kelantan dalam bahasa China.
Kain rentang menyambut delegasi Kerajaan Kelantan.

Jamuan ringan sebelum solat Jumaat.

Sempat juga kami dijamu minuman ringan, dan terus bersolat Jumaat. Seperti biasa, YB-YB rombongan kami, pantang jumpa masjid terus sahaja solat sunat dulu sebelum apa-apa hal.

YB Zulkifli Mamat, sentiasa mendahului solat sunat tahyatal masjid.

YB Husam, bukan sahaja sholat sunat, bahkan baca Quran lagi, bila ada ruang..

Juga ada kuliah sebelum Jumaat oleh imam masjid itu.

Begitu rapatnya YB Husam dengan imam tersebut.

Seorang tua yang uzur, tetap berJumaat dengan apa cara sekalipun, walaupun tidak mampu berdiri.

Bergambar dengan sebahagian dari jamaah muslimat yang bersolat Jumaat.

Akhirnya lepas solat Jumaat kami pun pergi.. Assalamu alaikum!

YB Zulkifli, bergambar kenangan dengan ahli jamaah..

"Saya lihat Sarimah itu nampaknya gadis baik. Seolah-olah mempelawa kita tolong mencari jodoh untuknya, dari lelaki yang sesuai." Kata saya dalam bahasa Malaysia, kepada YB Zulkifli semasa di dalam van kami yang bertolak keluar dari masjid. Sarimah ada bersama, tapi mungkin tidak faham bahasa Malaysia.

"Dalam mencari jodoh.. kita perlu kepada baka yang baik. Itu sebab dalam Islam perlu pilih 'keturunan'. Kadang-kadang perlu kahwin campur antara kaum dan negara.., di samping kekayaan, kecantikan dan lain-lain." Kata YB Tuan Haji Zulkifli yang juga Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Kerajaan Negeri Kelantan, dalam bahasa Inggeris yang diterjemahkan ke dalam bahasa China oleh teman setugasnya.

"Pernah semasa saya menjadi pimpinan PAS Kawasan Balik Pulau (kira-kira 1985-1995), saya telah kemukakan draf cadangan bertajuk ‘Operasi Hijrah’. Sebuah perancangan berkahwin beramai-ramai dengan wanita-wanita Islam atau yang baru masuk Islam di Thailand, membawa balik ke Malaysia atau berulang-alik dengan meninggalkan isteri di sana di bawah seliaan pusat-pusat pengajian Islam tradisional atau ‘pondok-pondok’... Begitu juga saya pernah mengahwinkan lelaki Malaysia dengan wanita Kemboja, Indonesia, Bidayuh Sarawak dan ada seorang dari negara China.. " Saya jelaskan, tapi dalam bahasa Malaysia.

"Oo, kalau begitu, mu uruslah gadis di depan kita ini, atau gadis lain dari kawasan Islam seperti Uighur dan lain-lain.." Kata YB Zulkifli lagi..

Apakah ini juga termasuk dalam usaha menyambung ekspedisi Laksamana Cheng Ho?

Gambar di bawah ini diambil semasa kami melawat di muzium Arumqi. Ibnu Hasyim bergambar dengan dua pekerja Islam bangsa Uighur. Bangsa yang berkulit putih, hidung mancung dan tinggi-tinggi beragama Islam.


Sekian dulu catatan kali ini. Bersambung.

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan China 6
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
KL Julai 15, 2010

Lihat srtikel sebelum ini ada kaitan...
Siri ini...

1 comment:

Rahmalhay said...

Otak saya dahulunya telah terpahat akan galakan kahwin campur ini.Masa itu saya terfikir bagaimanakah kita UMAT ISLAm INI BOLEH BERSATU TAMPA ADA RINTANGAN-RINTANGAN ASOBIYAH untuk meleraikan masaalah umat diatenro Dunia bersatu dibawah satu PANJI ISLAM,yang boleh memberi modal yang cukup besar untuk kekuatan,ekonomi dan pengaruh atau kuasa Islam yang diyakini dapat membentuk dunia dalam jurus yang aman.
Apabila memperkatakan kahwin campur ini ianya merangkumi seantero dunia Islam, pastinya sudah tentu kita tidak akan terasa terasing diantara bangsa-bangsa yang beragama Islam yang lain dari negara lain dan perpaduan Umat Islam akan lebeh gilang gemilang akan menjadi tras kepada kuasa mutlak sebagai kalifah dimuka bumi ini.Wallahu'Alam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails