Thursday, July 29, 2010

Saudi Dikunjungi Mossad, M'sia Termasuk...



KL JUL29 10: Pimpinan Mossad, lembaga perisikan luar negara Israel, Meir Dagan disebut-sebut baru saja melakukan kunjungan ke Arab Saudi. Laman WorldNetDaily yang memuatkan berita itu menyebutkan bahawa Dagan dan pegawai tinggi intelijen Saudi melakukan pembicaraan tentang Iran dan program nuklear negara itu.

Meski tidak membuka hubungan diplomatik dengan Israel, mengenai konflik Israel-Palestin, sejumlah laporan menyebutkan 'Arab Saudi secara diam-diam menjalin kerjasama dengan Israel, termasuk kerjasama dalam bidang pertahanan', terutamanya mengenai kemungkinan tindakan tentera terhadap Iran.

Sebelum informasi soal kunjungan Meir Dagan ke Saudi muncul, sejumlah informasi tentang pertemuan rahsia Saudi-Israel sudah disiarkan beberapa media. Dua bulan yang lalu, akhbar Times yang terbit di London melaporkan bahawa Arab Saudi mematikan sistem pertahanan udaranya selama beberapa jam untuk memberikan kesempatan bagi pesawat-pesawat tempur Israel yang melewati wilayah udara Saudi untuk menguji senario jika Israel jadi menyerang Iran.

Beberapa media Arab dan Iran juga pernah melaporkan tentang pesawat-pesawat tempur serta helikopter milik angkatan udara Israel yang mendarat di Arab Saudi untuk menempatkan peralatan militer mereka di negeri kaya minyak itu.

Tiga minggu yang lalu, diberitakan Duta United Emirat Arab di Washington dalam sebuah konferen menuduh Iran lebih berbahaya dari Israel jika 'Negeri Para Mullah' itu memiliki senjata nuklear.

Kenyataan duta tersebut menunjukkan bahawa negara-negara Arab dan Teluk, meski menolak membuka hubungan diplomatik dengan Israel, tetapi dengan diam-diam 'main kayu tiga' dan menjalin kerjasama yang intensif dengan regim Zionis itu, terutama untuk menghadapi Iran.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Jauh di mata dekat di hati.. Begitu sikap negara-negara yang disebut 'negara Islam' terhadap Israel. Mereka sanggup bersekongkol, berselingkuh atau main kayu tiga sesama sendiri, demi hubungan sulit, jahat dan munafik dengan negara haram Israel itu. Termasuk Malaysia... (AK)

3 comments:

Anonymous said...

Seteru Asab Saudi di Timur Tengah adalah Iran dan bukan Israel.
Tidak hairan Saudi menghabiskan ratusan bilion dan meminjam dari Raja Brunei utk membantu Saddam Husein.
Inilah kesan peninggalan legacy Lawrence the Arabia dan selepas hancur kerajaan Khilafah Uthmaniyyah

Anonymous said...

Bila kerajaan Saudi berkiblatkan dunia...mengambil musuh menjadi kawan.

Serahkan dua kota milik ummat, Makkah dan Madinah kepada pentadbiran antarabangsa Islam....

Hamzah said...

kalau dikaji susur galur (bloodline) Raja-raja Arab Saudi kita tak perlu hairan kenapa perkara ini berlaku. Mereka jelas sedarah dan sedare'.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails