Sunday, July 18, 2010

Selepas Amerika Latin Wartakan Kahwin Sejenis..


Seorang lelaki menjerit bagi membantah undang-undang perkahwinan sejenis di Buenos Aires semalam.

BUENOS AIRES: Selepas menjadi negara Amerika Latin yang pertama mewartakan undang-undang perkahwinan sesama jantina kelmarin, Argentina bakal menyaksikan pasangan gay pertama yang berkahwin secara sah pada 13 Ogos depan.

Pihak berkuasa semalam mengesahkan, aktor ternama, Ernesto Rodriguez Larrese, 60, dan kekasihnya, Alejandro Vanelli, 61, yang hidup bersama sejak 34 tahun lalu akan menjadi pasangan pertama di bawah undang-undang baru itu.

Ketua Persekutuan Lesbian, Gay dan Pondan Argentina, Maria Rachid berkata, dianggarkan 100 pasangan mahu melangsungkan perkahwinan mereka pada tarikh itu setelah Parlimen meluluskan undian selepas perdebatan panas 15 jam.

Presiden Cristina Kirchner yang memimpin kerajaan berhaluan sederhana kiri juga menyokong undang-undang itu meskipun dibantah keras pihak gereja yang bimbang ia akan menghancurkan institusi keluarga negara Kristian Katholik itu. - Agensi

2 comments:

Anonymous said...

Allah kata haram kahwin sejenis.
Undang manusia, semakin popular, kata boleh kahwin sejenis, macam pengikut Nabi Luth yg engkar.

Tidakkah manusia takut dengan azab Allah? Bukankah hidup kita pun bergantung kpdNya semata-mata?

Allah telah berfirman: Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah, dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi; yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim.

(QS. Huud, 11:82-83)

Jgn SOMBONG dalam hidup ini sampai kita mengengkaiNYa.

Anonymous said...

Pembetulan:

Jgn SOMBONG dalam hidup ini sampai kita mengengkariNYa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails