CATATAN PERJALANAN CHINA 8
BERMULA dari sini, sesudah malam sebelum itu melawat peniaga-peniaga Islam di pasar malam di bandar Arumqi, kini saya hendak pergi melawat tempat shopping sebelah siang pula. Beberapa langkah berjalan, berjumpa beberapa kereta mewah penjang dan menarik, dipamerkan.
Kebanyakannya, peniaga-peniaga di bazar ini adalah orang Uigur beragama Islam. Lihat wanita-wanitanya bertudung. Saya agak letih, setelah beberapa jam berjalan, akhirnya tumpang berehat di bangku jualan seorang peniaga. Apabila dia tahu kami Islam dari luar negara, dia sempat pula memain beberapa lagu Uighur, menyanyi serta bermain muziknya. Mungkin meraikan tetamu.
"As-salamu 'alaikum?" Akhirnya, saya ucap salam perpisahan dan terima kasih, setelah hilang letih.. akan pergi ke bahagian bangunan atas komplek beli-belah.
Se sampai di atas komplek itu, pengunjung masih belum ramai lagi kerana mungkin kerana baru dibuka. Juga ramai jurujual atau peniaga-peniaga Islam di sana.
Suaminya juga menyanyikan beberapa lagu mungkin sebagai menghormati tetamu, dan mengisi masa lapang sambil berhibur.
Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan China 8
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL Julai 17, 2010
Pameran Laksamana Cheng Ho dan
Perdagangan Antarabangsa China
yang akan berlangsung di Kota Bharu
pada 5-10 Oktober tahun ini.
Anda semua dijemput hadir!
Siri ini...
- Shopping Di Urumqi.. siri 8
- Urumqi: Jalan-Jalan P/Malam Temui P/Islam siri7
- Sarimah: Muslimah N/China, Nak Jodoh Orang M'sia? siri6
- Xinjiang, Melihat Titik Hitam Dari Langit siri5
- Urumqi, Kota Istimewa Di China? siri 4
- Orang Cina Tolong Melayu, Cheng Ho Sebagai Lambang...siri3
- Datuk Husam Bergambar Dengan Gadis Beijing siri2
- Ke Arah Dagang Libatkan Umat Islam China -Husam Musa siri 1...
No comments:
Post a Comment