Friday, July 16, 2010

'Tere Bin Ladin' Filem India Dilarang Di Pakistan.

HALAMAN HIBURAN



KL. 16 JUL 10: Badan Sensor Filem negara Pakistan melarang tayangan filem komedi produk India yang salah satu pelakonnya ditampilkan sebagai sosok pemimpin Al-Qaida Usamah bin Ladin.

Filem berjudul "Tere Bin Ladin" (Tanpa Seorang Bin Ladin) akan mulai ditayang di Pakistan Jumaat hari ini (16/7). Namun Badan Sensor Filem negara itu melarangnya kerana bimbang boleh memicu kemarahan kelompok-kelompok pro-Bin Ladin dan akan melakukan tindakan kekerasan.

"Tere Bin Ladin" menceritakan seorang wartawan asal Pakistan yang ingin sekali berimigran ke AS. Ia kemudian membuat wawancara palsu dengan sosok yang mirip Usamah bin Ladin dan menjual hasil wawancaranya itu ke stesyen-stesyen televisyen dengan harapan memudahkan jalannya untuk pindah ke AS.

Seorang anggota Badan Sensor Filem Pakistan yang tidak mahu disebut namanya mengungkapkan, pihaknya memutuskan melarang filem tersebut kerana ceritanya menyinggung sosok Usamah bin Ladin yang dibimbangi akan memicu munculnya aksi-aksi kekerasan baru di Pakistan. Namun ia mengatakan, keputusan itu masih boleh diperdebatkan.

Badan Sensor Filem Pakistan terdiri dari 57 ahli, dari kalangan media massa, perwakilan masyarakat dan pemuka agama. Walaupun produk Bollywood itu sudah diubah judulnya menjadi "Tere Bin" sahaja, yang dibintangi oleh aktor Pakistan, Ali Zafar. (AK)

1 comment:

Anonymous said...

Helpful blog, bookmarked the website with hopes to read more!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails