HALAMAN HIBURAN
KL, 16 Julai 10: Pelakon dan pengacara TV terkenal Maya Karin dan suaminya Muhammad Ali Abdullah hari ini secara rasminya bercerai dengan talak satu. Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Mohd Amran Mat Zain.
Menurut sumber terdekat pasangan tersebut hadir ke mahkamah hari ini adalah untuk bercerai. “Maya (gambar) dan suaminya datang untuk membuat permohonan penceraian dan mereka secara rasminya bercerai dengan talak satu hari ini,” katanya.
Bagaimanapun kedua-dua mereka enggan komen.
“Hari ini adalah hari yang sedih tapi saya lega.
“Maaf saya tidak boleh cakap apa-apa,” kata Muhammad Ali atau nama asalnya Steven David Shorthose.
Maya yang sejak akhir tahun lalu dikaitkan dengan desas-desus masalah rumah tangga, muncul di Mahkamah Tinggi Syariah hari ini untuk membuat permohonan penceraian. Pasangan itu berkahwin pada 14 Ogos 2008 di Villa Corte de Lago, Itali. (AK)
dah takde jodoh cerai je le dan itulah perkara yg terbaik
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteMmm...sayang mahligai baru dibina...hancur sudah!
Tak mungkin kebahagiaan dapat di capai tanpa mengamalkan agama...
ReplyDeleteAda chan l kj
ReplyDelete