CATATAN PERJALANAN CHINA 10
"Bos kamu (YB Dato Husam) nampaknya cukup berminat dengan pertanian.." kata seorang mewakili Pengetua sebuah Universiti di Chengdu, di China.
Rombongan kami berhenti dan bergambar, menikmati kedinginan pagi di kawasan kincir angin. Ditengah-tengah sekali ketua rombongan YB Dato Husam Musa.
Bekakang.. kincir angin sebagai janakuasa letrik.
Antara restoran Islam di kawasan ini.
Bandar Turfan dan beberapa bandar lain seperti Kashgar, Hotan, Yarkan, Ili atau Ghulja, Kumul Aqsu, Kucha atau Altay termasuk dalam kawasan autonomi Xinjiang Uighur atau disebut Turkestan Timur berbudaya orang Turk. Turkestan Timur yang ditadbir sebagai Kawasan autonomi Xinjiang Uyghur oleh Republik Rakyat China ini asalnya dari Turkistan Besar, kemudian dipecahkan kepada Barat (bekas negeri Soviet Union). Tian Shan (Tengri Tagh), kawasan pergunungan Pamir menjadi perbalahan pecahan kepada 2 Turkistan dan Turkestan Timur.KALI ini, pagi-pagi lagi rombongan kami keluar dari Urumqi menuju sebuah kota bernama Turfan. Wilayah (Prefektur) Turfan (Hanzi: 吐鲁番地区; pinyin: Tulufán Dìqū; Uyghur: تۇرپان ۋىلايىتى) terletak di Xinjiang bahagian timur. Memiliki luas wilayah 69,324 km, dengan jumlah penduduk sebanyak 570,000 jiwa (tahun 2003). Pada tahun 2000, terdiri dari penduduk asli Uyghur 70%, Han 23.3%, Hui 6.38%. Ertinya majoriti Islam Uighur.
Melalui lebuhraya kami melintasi bukit-bukit gondol.Rombongan kami berhenti dan bergambar, menikmati kedinginan pagi di kawasan kincir angin. Ditengah-tengah sekali ketua rombongan YB Dato Husam Musa.
Bekakang.. kincir angin sebagai janakuasa letrik.
Antara restoran Islam di kawasan ini.
Turkestan Timur (juga dieja dan ditulis: Turkistan Timur; Uyghur:Sherqiy Türkistan), juga dikenali sebagai Uyghurstan, ia merupakan sebahagian besar Turkistan di Xinjiang, Chinadan terletak di Asia Tengah, disebelah timur jauh. Kawasan ini kebanyakkannya didiami dan diduduki oleh bangsa Turkic. Marco Polo pernah melintasi kawasan ini dalam tahun 1272.
Melihat peta di atas Republik Turkestan Timur Pertama (RTT), atau Republik Islam Turki Turkestan Timur (TIRET), atau, Republik Uyghurstan, adalah sebuah negara yang mempunyai hayat singkat yang mengambil pendekatan republik berperlembagaan yang ditubuhkan pada tahun 1933. Ia terletak di tengah-tengah kota Kashgar di mana kini terletak di wilayah Xinjiang yang ditadbir oleh Republik Rakyat China kini.
RTT memiliki penduduk berbilang bangsa seperti Kazakh, Kyrgyz, dan minoriti-minoriti Turkik lain. Republik Turkestan Timur Pertama dihapuskan dengan penyingkiran Kashgar pada tahun 1934 oleh ketua-ketua puak Hui yang secara teorinya bersekutu dengan kerajaan Kuomintang di Nanjing. Walaubagaimanapun, tinggalannya menjadi aspirasi kepada penubuhan Republik Turkestan Timur Kedua satu dekad kemudian, dan terus mempengaruhi penyokong nationalis Uyghur moden untuk menubuhkan sebuah negara Turkestan Timur merdeka.
Isa Alptekin adalah setiausaha agung bagi Republik Turkestan Timur Pertama. Mengikut kerajaan Cina, Turkestan Timur juga merujuk kepada Pergerakan Islamiah Turkestan Timur, yang dikatakan mempunyai kaitan dan pautan dengan Al-Qaeda.. Malangnya lagi, bila disekongkolkan oleh US dan kerajaan Cina, sebagai 'pengganas'.
Cukup sampai di sini, jom kita lihat muzium pertanian, pengairan dan tanaman anggor.
Selepas itu, ada beberapa lagi ladang anggor yang kami lawati. Saya pernah tanya YB Dato Husam sebelum ini berhubung kenyataannya dalam sessi perbincangan bersama Gerak Usahawan Muslim disebuah hotel di KL Jun lalu... mengenai hubungan dagang yang melibatkan umat Islam di China. Ekspot kismis bermutu dari China adalah dari kawasan ini, kawasan orang Islam. Jadi kalau ada syarikat dari Malaysia yang berminat, boleh dapatkan maklumat asas dari kami..
Selepas ini kami ke Chendu, satu negeri lain lagi di China. Banyak kawasan pertanian, dan kilang-kilang memproses bahan pertanian yang kami lawati. Termasuk tanaman cili, cendawan dan lain-lain, yang dilihat kosnya jauh lebih murah dan hasilnya berlipat ganda berbanding di Malaysia. Mengapa? Itu persoalan yang patut dirungkai.
Semasa melawat pusat tanaman cendawan, saya diiringi oleh seorang yang mewakili sebuah universiti di Chengdu, dia kagum melihat kesungguhan dan minat YB Husam dalam hal-hal pertanian. Katanya, "Bos kamu (YB Dato Husam) nampaknya cukup berminat dengan pertanian.. bertuah kamu dapat pemimpin seperti ini." sambil mengisyaratkan tangannya.. "Good!"
Sekian dulu catatan kali ini. Bersambung, insya Allah.
Pameran Laksamana Cheng Ho dan
Perdagangan Antarabangsa China
yang akan berlangsung di Kota Bharu
pada 5-10 Oktober tahun ini.
Anda semua dijemput hadir!
Siri ini...
Semasa melawat pusat tanaman cendawan, saya diiringi oleh seorang yang mewakili sebuah universiti di Chengdu, dia kagum melihat kesungguhan dan minat YB Husam dalam hal-hal pertanian. Katanya, "Bos kamu (YB Dato Husam) nampaknya cukup berminat dengan pertanian.. bertuah kamu dapat pemimpin seperti ini." sambil mengisyaratkan tangannya.. "Good!"
Sekian dulu catatan kali ini. Bersambung, insya Allah.
Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan China 10
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL Julai 19, 2010
Pameran Laksamana Cheng Ho dan
Perdagangan Antarabangsa China
yang akan berlangsung di Kota Bharu
pada 5-10 Oktober tahun ini.
Anda semua dijemput hadir!
Siri ini...
- Turfan, Islam & Anggur siri 10
- Perkenal Dinar K'tan Kpd Gabenor Negeri Xinjiang siri9
- Shopping Di Urumqi.. siri 8
- Urumqi: Jalan-Jalan P/Malam Temui P/Islam siri7
- Sarimah: Muslimah N/China, Nak Jodoh Orang M'sia? siri6
- Xinjiang, Melihat Titik Hitam Dari Langitsiri5
- Urumqi, Kota Istimewa Di China? siri 4
- Orang Cina Tolong Melayu, Cheng Ho Sebagai Lambang...siri3
- Datuk Husam Bergambar Dengan Gadis Beijing siri2
- Ke Arah Dagang Libatkan U/Islam China -Husam Musa siri1
Beneficial info and excellent design you got here! I want to thank you for sharing your ideas and putting the time into the stuff you publish! Great work!
ReplyDeleteWhat a great resource!
ReplyDeleteI’ve recently started a blog, the information you provide on this site has helped me tremendously. Thank you for all of your time & work.
ReplyDelete