Tuesday, July 13, 2010

Urumqi, Kota Istimewa Di China?

CATATAN PERJALANAN CHINA 4

Urumqi, kota istimewa di China? Lihat betul-betul gambar ini..

ISTIMWA? Sebelum ini lihat berita di bawah..

Cegah rusuhan, Pegawai keselamatan China meronda di bandar Urumqi semalam bagi memastikan rusuhan ganas tahun lalu tidak berulang. -- Foto AP

URUMQI (China) 6 Julai 10: Pasukan keselamatan China diletak dalam keadaan berjaga-jaga semalam di bandar Urumqi, wilayah Xinjiang, yang mengalami rusuhan kaum genap setahun lalu.

Pada 5 Julai tahun lalu rusuhan ganas berlaku antara penduduk asal Muslim kaum Uighur dan penduduk pendatang kaum Han, mengakibatkan sekurang-kurangnya 197 orang terkorban.

Semalam, pasukan keselamatan antara lain dilihat melakukan rondaan di Dataran Rakyat, tempat rusuhan tahun lalu bermula.

'Keadaan sangat tegang hari ini. Anda lihat saja di jalan raya. Tidak ramai orang keluar sedang sekarang biasanya waktu paling sibuk setiap hari. Penduduk kaum Uighur mungkin tidak berani keluar kerana ia tarikh ulang tahun rusuhan,' kata seorang pemandu teksi kaum Han, Encik Liu Yan, 50 tahun.

Beberapa penduduk kaum Uighur di Urumqi berkata mereka telah diberitahu supaya jangan keluar rumah semalam.

'Kami telah diberi cuti sehari untuk berehat di rumah,' kata seorang pelajar Uighur.

Sejauh ini, sekitar 200 orang telah didakwa terlibat dalam rusuhan tahun lalu. Sekurang-kurangnya 26 daripada mereka dijatuhi hukuman mati.

Pihak berkuasa telah memasang sekitar 40,000 kamera litar tertutup di serata Urumqi, yang didiami dua juta penduduk, bagi mengawal keselamatan.

Pemerintah China menyalahkan golongan 'pemisah' atas rusuhan tahun lalu. Bagaimanapun, kaum Uighur mendakwa keganasan tercetus apabila polis bertindak kasar ke atas penunjuk perasaan yang pada mulanya mengadakan bantahan aman.

Bantahan itu ekoran satu pergaduhan di sebuah kilang di wilayah selatan pada Jun tahun lalu, di mana dua pekerja kaum Uigher mati dibunuh.

Sementara itu, jurucakap Kongres Uighur Sedunia, Encik Dilxat Raxit, berkata pihaknya merancang mengadakan bantahan di seluruh dunia bagi memperingati rusuhan tahun lalu.

Beliau turut mengulangi gesaannya agar Beijing membenarkan satu siasatan bebas diadakan berkaitan rusuhan itu.

'Terdapat jurang besar antara jumlah angka korban yang diumumkan pemerintah dengan jumlah yang kami terima. Satu siasatan bebas harus dijalankan,' kata beliau. Demikian media AFP, Reuters.

Sedangkan hari itu saya, termasuk dalam rombongan 'Cheng Ho Exhibition' sembilan orang dari Kelantan (-ProsperousIslam- yang akan diadakan di Kelantan, bertempat di Kelantan Trade Centre And Sultan Muhammmad IV pada 5-10 Oktober 2010 akan datang) berada di situ. Kami dalam usaha berkempen untuk menarik pengunjung ke majlis tersebut. Banyak perjumpaan, pertemuan, perundingan, tandatangani persefahaman, dengan dewan-dewan perniagaan Islam dan bukan Islam, termasuk dengan timbalan Gabernor Urumqi sendiri.

Gambar di atas adalah gambar di depan masjid ini. Memang awalnya van kami ditahan tidak dibenarkan masuk ke kawasan masjid di situ, mungkin atas sebab-sebab yang disebutkan (mengawal rusuhan). Setelah berunding baru dibenarkan.

Ini masjidnya. pegawai keselamatan melarang di kawasan parking depan masjid ini.

"Lihat ini.. di bawah masjid itu ada kedai-kedai menjual pelbagai barang. Disebelah kirinya, ada gerai buah-buahan dan berbagai jenis!" Kata YB Zulkifli Mamat ADUN Pulai Condong Kelantan, yang hadir bersama-sama, kepada saya. "Sepatutnya begitu.. menunjukkan seluruh kehidupan harian termasuk perniagaan bernaung di bawah tadbiran masjid dan agama."

Dua gambar di atas, Ibnu Hasyim sedang meninjau kedai-kedai di bawah masjid itu. Bergambar dengan wanita-wanita dan lelaki Uighur beragama Islam.

YB Datuk Husam Musa sendiri mengambil gambar gerai-gerai depan sebelah kiri masjid itu.

Add Image
YB Datuk Husam dan YB Zulkifli Mamat, di dalam gerai buah-buahan kaum Uighur.

Add Video
Ibnu Hasyim dengan seorang peniaga di gerai tersebut..

Berbalik kepada gambar di atas sekali, di toko China Mobile itu.. Teratas sekali ada 'tulisan jawi', kalau dalam istilah orang Melayu. Yakni tulisan Arab atau tulisan Al-Quran yang di Melayukan, tanda pengaruh Islam kuat dalam tulisan bangsa tersebut. Begitu juga dengan 'tulisan jawi Urumqi' ini. Hampir seluruh kedai-kedai di Urumqi yang saya lihat di sini terdapat tulisan jawi Urumqi. Mungkin lebih hebat dari penggunaan 'tulisan jawi' di Tanah Melayu atau Malaysia.

Bahkan dalam kad pengenalan rakyat mereka pun tertera 'tulisan jawi Urumqi' ini. Dalam kad pengenalan Malaysia tak ada pun tulisan jawi. Lihat gambar di bawah ini dalam kad pengenalan mereka.
Remove formatting from  selection
Apakah hal ini sesuatu yang istimewa? Kerana keistimewaan inikah menyebabkan walaupun sudah satu tahun berlaku rusuhan (seperti disebutkan), hingga kini rakyat masih menerima bahangnya? Seolah-olah masih darurat dan perintah berkurung? Nak parking depan masjid pun susah? Nak masuk hotel, ke pasar malam atau siang pun kena check, seolah-olah kita bawa bom peledak??

Bersambung lagi, insya Allah!

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan China 4
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
KL Julai 13, 2010

Sila lihat..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails